Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) meminta supaya tiada syarikat atau individu mengambil kesempatan untuk meraih populariti dengan menggunakan media bagi menyatakan minat mengambil alih atau membeli persatuan itu.
Sebaliknya, naib presidennya Ahmad Muzakkir Hamid berkata syarikat atau individu yang berminat seharusnya berjumpa dan melakukan rundingan dengan persatuan itu sebelum mengeluarkan kenyataan kepada media.
"Kami tidak mahu KAFA menjadi tempat bagi kepentingan diri dalam usaha kami untuk memperkuatkan persatuan dan akhirnya nama syarikat atau individu itu meletup tanpa ada hasil kepada KAFA.
"Ia kerana tindakan itu memberikan kesan kepada rundingan kami dengan pihak yang serius untuk membeli atau bekerjasama dengan persatuan," katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan terdapat beberapa pihak berminat untuk membeli KAFA antaranya pakar pelaburan Norizam Tukiman dan bapa kepada pemain negara Wan Kuzain dan Wan Kuzri, Wan Kamal Wan Napi.
Ahmad Muzakkir berkata sesiapa ingin memiliki Kelantan FC tidak mungkin memiliki kuasa penuh kerana ia juga tertakluk kepada penubuhan persatuan itu yang mana KAFA sebuah persatuan yang dipertanggungjawabkan.
"Untuk mahu kuasa penuh daripada KAFA sukar berlaku kerana apa jua terjadi akan kembali dan terpalit kepada KAFA, oleh itu KAFA mesti ada kuasa juga.
"Ia sudah terjadi pada hari ini di mana pemilikan saham Syarikat TRW Sdn Bhd ialah 80 peratus yang dimiliki penaja utama dan 20 peratus dimiliki oleh KAFA ... akhirnya segala beban telah kembali kepada KAFA setelah penaja utama itu menarik diri," katanya.
Katanya, sesiapa yang ingin membeli KAFA khususnya pasukan Kelantan pihaknya mengalu-alukan dan boleh berunding semeja untuk mencapai kata sepakat.
"KAFA berusaha selesaikan hutang, namun untuk jangka masa yang singkat mungkin sukar dilakukan jika itu syarat yang diletakan oleh pihak yang berhasrat mengambil alih atau membeli pasukan Kelantan," katanya.
Beliau berkata syarat untuk mengambil alih atau membeli tanpa sebarang liabiliti dan kesemua hutang lapuk berjumlah RM4.6 juta diselesaikan terlebih dahulu tidak mungkin dilaksanakan pada masa ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 12 2020

Naib presiden KAFA Ahmad Muzakkir Hamid berkata syarikat atau individu yang berminat seharusnya berjumpa dan melakukan rundingan dengan persatuan itu sebelum mengeluarkan kenyataan kepada media.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).
RUU Tahanan Rumah sedang diperhalusi
Kementerian Dalam Negeri sedang memperhalusi draf rang undang-undang (RUU) Tahanan Rumah yang memberikan kuasa kepada mahkamah untuk menahan atau mengeluarkan perintah tahanan rumah sebagai alternatif kepada pemenjaraan.
10 Rang Undang-Undang termasuk Perkhidmatan Parlimen diluluskan
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 yang berakhir hari ini telah meluluskan 10 rang undang-undang termasuk kelulusan bersejarah Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025.
Enam jenis ubat termasuk dari Jepun dirampas dari rumah Ridz Okumura
Enam jenis ubat-ubatan termasuk dari Jepun dirampas polis dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura, Jumaat lalu.

Nasib malang Kelantan FC
Skuad The Red Warriors (TRW) kini merupakan pasukan terbanyak bolos dalam sejarah Liga Malaysia (Liga-M) untuk semusim.

CEO Kelantan FC umum lepaskan jawatan Naib Presiden KAFA
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TRW Kelantan FC Ahmad Muzakkir Hamid melepaskan jawatan sebagai Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Ahmad Muzakkir CEO Kelantan FC baharu
TRW Kelantan FC melantik Pengerusi Hal Ehwal Usahawan PAUiTM Malaysia Ahmad Muzakkir Hamid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab berkenaan berkuat kuasa hari ini.

KAFA bukan tempat untuk raih populariti
Persatuan Bola sepak Kelantan (KAFA) meminta supaya tiada syarikat atau individu mengambil kesempatan untuk meraih populariti dengan menggunakan media bagi menyatakan minat mengambil alih atau membeli

Tunggakan gaji pemain: KAFA terima satu lagi surat FIFA
Persatuan Bola Sepak Kelantan menerima satu lagi surat daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa yang mengarahkan KAFA melunaskan tunggakan gaji seorang lagi bekas pemain import Alaeddine Bouslimi.