Selepas gagal mendapatkan khidmat bekas penyerang Melaka United Marko Simic, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) telah mengubah haluan dengan memburu penyerang import dari Brazil bagi memperkuatkan jentera serangan pasukan Kelantan musim depan.
Presiden KAFA Bibi Ramjani Ilias Khan berkata pihaknya sudah mempunyai perancangan untuk membawa masuk pemain import lain selepas penyerang dari Croatia itu (Simic) menolak tawaran menyertai pasukan Kelantan.
"Apa yang pasti pemain dari Brazil itu mempunyai rekod permainan yang bagus daripada Marko Simic," katanya kepada pemberita sini, hari ini.
Bibi Ramjani berkata pemain import dari Brazil iaitu Cesar Augusto dan Bruno Lopes akan tiba sebelum 1 Januari depan bagi penilaian dan rundingan kontrak.
Beliau berkata Augusto sebelum ini bermain bersama Yangon United pada saingan Liga Myanmar manakala Lopes bermain dengan Persija Jakarta di Liga Indonesia.
"Kedua-kedua pemain ini mempunyai pengalaman dengan corak pemainan di rantau ASEAN ini," katanya.
Sementara itu, mengenai kedudukan pemain import Abou Bakr Al-Mel dan Seydi L Imam yang sebelum ini masih mempunyai kontrak bersama pasukan Kelantan, beliau berkata pihaknya sudah melepaskan kedua-dua pemain itu.
"Abou Bakr sudah mempunyai pasukan di negara asalnya Lubnan untuk mendapatkan khidmatnya manakala Seydi dalam proses mencari pasukan lain untuk menggunakan khidmatnya," katanya.
Beliau berkata setakat ini, kuota bagi pemain import ASEAN belum dipenuhi dan pihaknya masih berunding dengan beberapa pemain import bagi mengisi slot itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 28 2017
Bibi Ramjani berkata, pihaknya sudah melepaskan kedua-dua pemain import Abou Bakr Al-Mel dan Seydi L Imam, yang sebelum ini masih mempunyai kontrak bersama pasukan Kelantan. - Gambar fail
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Kerja-kerja naik taraf fasiliti pintu automatik akan siap akhir tahun
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sudah melantik kontraktor untuk kerja-kerja naik taraf pintu di platform Monorel yang memisahkan platform dengan koc monorel.
"Ketika Itu arwah dalam keadaan duduk" - Anak Allahyarham Ahmad Nawab
Anak Allahyarham Ahmad Nawab, Nassier Khan sempat berkongsi dirinya terkejut dengan pemergian bapanya, pada Ahad.
MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.
Pemandu mabuk sebabkan kematian pasangan suami isteri didakwa di mahkamah
Seorang lelaki mdidakwa atas dua pertuduhan memandu dengan kandungan alkohol berlebihan dalam badan sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri.
Sony bangunkan konsol mudah alih permainan PS5
Peranti konsol mudah alih baharu Sony ini mungkin mengambil masa beberapa tahun sebelum hadir ke pasaran.
'Tak payah anjur Anugerah Kredit Madani' - Mas Ermieyati
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik pelaksanaan Anugerah Kredit Madani dan menggesa agar KPKT menyatakan makenisme sesuai pantau syarikat kredit komuniti yang mengenakan faedah tinggi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
KAFA akan uji pemain import dari Brazil - Bibi Ramjani
Pihaknya sudah mempunyai perancangan untuk membawa masuk pemain import lain selepas penyerang dari Croatia itu (Simic) menolak tawaran menyertai pasukan Kelantan.