Datuk K. Rajagobal bakal kembali ke kancah bola sepak tempatan dengan melatih skuad Sarawak untuk Liga Super musim 2016, hampir 14 tahun selepas kali terakhir mengendalikan Kelantan dari 2001-2002.
Pelantikan bekas ketua jurulatih Harimau Malaya yang berkuatkuasa 1 Dis itu diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Sudarsono Osman di sini hari ini.
Rajagobal berkata beliau memilih melatih Sarawak selepas melihat semangat yang ditunjukkan pemain dan menyifatkan pasukan berkenaan mampu memberi saing dalam liga musim depan.
"Secara peribadi, Sarawak adalah pasukan yang baik. Seperti yang dikatakan presiden (Sudarsono), saya datang bukan untuk melakukan keajaiban tapi akan melakukan yang terbaik untuk Sarawak," katanya.
Rajagobal akan mengambil tempat Robert Alberts yang mengendalikan pasukan itu sejak 2011 sebelum meletak jawatan pada awal Julai lepas berikutan aksi hambar Sarawak dalam Liga Super musim ini.
Sudarsono berkata Rajagobal yang akan mengetuai barisan kejurulatihan skuad Bujang Senang itu turut bertanggungjawab menyediakan program pembangunan peringkat belia.
"Datuk Rajagobal seorang jurulatih tempatan tetapi mempunyai pengalaman luas di peringkat antarabangsa. Selaku bekas ketua jurulatih negara, pengalamannya mampu membantu Sarawak.
"FAS berharap beliau dapat membentuk satu pasukan yang mampu bersaing di Liga Super musim depan, di samping mengenalpasti pemain muda Sarawak yang dapat diserap dalam pasukan senior kita," katanya dalam sidang media mengumumkan pelantikan tersebut.
Turut hadir, Timbalan Presiden FAS, Datuk Mohd Abu Bakar Marzuki dan Setiausaha Agung FAS, Abdullah Julaihi.
Untuk rekod, jurulatih skuad Piala Presiden Sarawak, Fuad Grbesic mengendalikan pasukan senior negeri itu untuk tujuh perlawanan terakhir Liga Super musim ini berikutan peletakan jawatan Alberts.
Bagaimanapun, bagi saingan Piala Malaysia yang bermula Sabtu ini, Sarawak akan dikendalikan penolong ketua jurulatih, David Usop.
Bernama
Thu Sep 10 2015

RAJAGOBAL: Saya datang bukan untuk melakukan keajaiban tapi akan melakukan yang terbaik untuk Sarawak.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

K. Rajagobal dilantik ketua jurulatih Sarawak hadapi Liga Super 2016
Pelantikan beliau yang berkuatkuasa 1 Dis itu diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak, Datuk Sudarsono Osman hari ini.

Kelayakan Piala Asia: Bahrain tundukkan Malaysia 1-0
Usaha yang di lakukan barisan Rajagobal untuk sekurang kurangnya samakan kedudukan gagal.

Masa depan Rajagobal bergantung pada pencapaiannya
Masa depan Rajagobal bergantung kepada pencapaiannya, kata Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah apabila ditanya mengenai masa depan pengendali kebangsaan, Datuk K. Rajagobal.
Rajagobal ambil pendekatan waspada
Pengendali skuad senior kebangsaan, Datuk K. Rajagobal mengambil pendekatan waspada menjelang pertemuan dengan Qatar, 6 Februari nanti.

K. Rajagobal pantau pemain untuk Piala Asia
Ketua jurulatih kebangsaan Datuk K. Rajagobal membuat tinjauan perkembangan pemain dalam Liga Malaysia untuk dipanggil mengikuti latihan menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia 2015.

Kehadiran PM beri tonik 'luar biasa' kepada skuad Harimau Malaya
Ketua jurulatih skuad kebangsaan Datuk K. Rajagobal menyifatkan kehadiran Perdana Menteri menjadi azimat terbaik kepada anak buahnya.