DOHA: Menjelang perlawanan akhir Piala Asia 2023 malam esok, Ketua Jurulatih Qatar Marquez Lopez berkata The Maroons, tetap melihat Jordan sebagai 'musuh' biarpun kedua-dua pasukan dianggap sebagai adik-beradik dalam keluarga Arab yang besar.
Lopez berkata dalam perhubungan adik-beradik mesti mempunyai persaingan untuk menjadi yang terbaik, tetapi tidak boleh merendahkan kemampuan satu sama lain.
Beliau berkata Jordan di bawah bimbingan Hussein Ammouta yang banyak menghabiskan masa di Qatar sebagai pemain dan jurulatih, telah menunjukkan kemajuan yang positif, namun pasukan bimbingannya tidak mahu melepaskan peluang mencipta sejarah memenangi gelaran kedua berturut-turut di laman sendiri.
"Ammouta berkata aksi esok merupakan perlawanan antara adik-beradik, tetapi pada akhirnya akan ada satu pemenang...Ammouta jurulatih yang baik, hubungan antara dua negara (juga) sangat baik dan sudah pasti kami berdua mahu final ini, menjadi satu perlawanan yang baik antara dua negara Arab.
"Berdasarkan apa yang telah dipersembahkan di sini, bola sepak Jordan telah membangun dengan baik dan saya harap ia akan berterusan, bagi kami (Qatar) kita di sini untuk meraih kejayaan dan menjulang trofi, serta menjadi yang terbaik di rantau ini," katanya pada sidang media praperlawanan di sini, hari ini.
Ketika ditanya mengenai faktor tekanan yang tinggi lebih berpihak Qatar, Marquez berkata tekanan merupakan perkara normal dan tidak hanya berlaku dalam perlawanan bola sepak.
"Kami bermain setiap perlawanan dengan semangat, keberanian dan keinginan untuk memenangi perlawanan dan kami mempunyai inspirasi untuk melakukannya, itu yang penting," tambah pengendali berusia 62 tahun itu.
Sementara itu, Ketua Pasukan Hassan Al-Haydos berkata pasukannya sudah bersedia untuk bertemu Jordan dan tidak terkejut dengan pencapaian The Chivalrous, yang mencipta sejarah mara ke final buat julung kali selepas pasukannya tewas 1-2 pada aksi persahabatan antarabangsa, 5 Jan lepas.
"Dalam perlawanan yang kami main lawan mereka, kami sudah jangka mereka akan pergi jauh dan sekarang kami akan jumpa di final.
"Mereka bermain dalam setiap perlawanan dengan hebat, mereka layak berada di mana mereka berada sekarang dan Qatar juga layak berdasarkan perkara yang sama, dan sebab itu kedua-dua pasukan bermain di final," kata pemain berusia 33 tahun itu.
Al-Haydos merupakan pemain dalam skuad Qatar yang mencipta sejarah merangkul gelaran pertama, selepas menewaskan Jepun 3-1 pada final edisi 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Sebagai juara bertahan dan beraksi di laman sendiri, Qatar mempunyai matlamat penting iaitu memenangi gelaran kedua berturut-turut, manakala Jordan yang akan beraksi pada final Piala Asia buat pertama kali, sangat bermotivasi untuk memahat sejarah baharu dengan merangkul kejuaraan sulung.
Perlawanan akhir esok akan berlangsung di Stadium Lusail di Lusail pukul 6 petang (11 malam waktu Malaysia).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 09 2024
Lopez berkata dalam perhubungan adik-beradik mesti mempunyai persaingan untuk menjadi yang terbaik, tetapi tidak boleh merendahkan kemampuan satu sama lain. - Gambar AFC.com
Polis Singapura bimbang peningkatan kes pemandu mabuk
Polis Singapura bimbang berikutan peningkatan kes memandu dalam keadaan mabuk, dengan 180 kes direkodkan pada tahun 2023 iaitu angka tahunan tertinggi sejak 2014.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur pada Selasa sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau.
Agenda AWANI: Keselamatan Jalan Raya | Jaga Nyawa
Apa sebab utama yang menyebabkan kemalangan jalan raya khususnya semasa musim perayaan, dan bagaimana penguatkuasaan undang-undang boleh diperketatkan bagi menangani isu ini? Diskusi 8.30 malam
Dua lelaki ditangkap bantu siasatan pergaduhan bola sepak
Polis tahan dua lelaki disyaki terbabit pergaduhan antara kumpulan penyokong skuad Harimau Malaya dan Singapura di LRT Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, hari ini.
Nahas Ayer Keroh: Perkembangan dua mangsa di Hospital Melaka
Dua kanak-kanak yang merupakan anak sulung dan kedua kepada pasangan suami isteri yang maut dalam nahas ngeri di kilometer 204 lebuhraya PLUS arah utara, Melaka, malam tadi masih menerima rawatan di Hospital Melaka.
Difahamkan anak sulung mereka yang berusia tujuh tahun kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), akibat beberapa kecederaan parah manakala adik perempuannya berusia empat tahun berada di wad biasa hospital sama.
Bersama wakil Astro AWANI Melaka, Shuhada Kadir.
Difahamkan anak sulung mereka yang berusia tujuh tahun kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), akibat beberapa kecederaan parah manakala adik perempuannya berusia empat tahun berada di wad biasa hospital sama.
Bersama wakil Astro AWANI Melaka, Shuhada Kadir.
Sebarang usaha tanam bibit pertentangan kaum mesti dielakkan - PM Anwar
Sebarang usaha menanam bibit dan gejala memicu pertentangan kaum di negara ini mesti dielakkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] 10 Nahas Ngeri Di Malaysia
Berikut adalah info berkenaan dengan sepuluh nahas ngeri di Malaysia.
Nahas Ayer Keroh: Ratusan menanti ketibaan jenazah
Bersama Khalish Kadir, Wartawan Astro AWANI di lokasi ketibaan jenazah lima sekeluarga.
Harga minyak naik didorong data pertumbuhan ekonomi AS
Harga minyak meningkat pada Selasa, disokong oleh data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh serta jangkaan bahawa aktiviti ekonomi global akan meningkatkan permintaan minyak.
Elak guna soket kelengkapan elektrik berlebihan
Orang ramai dinasihatkan tidak menggunakan soket dengan kelengkapan elektrik yang berlebihan atau beban yang tinggi.
Jordan tetap 'musuh' walaupun hubungan kami umpama adik-beradik - Pengendali Qatar Lopez
Menjelang perlawanan akhir Piala Asia 2023 malam esok, Ketua Jurulatih Qatar Marquez Lopez berkata The Maroons, tetap melihat Jordan sebagai 'musuh'.
Se Young lakar sejarah buat Korea dengan gelaran Terbuka Malaysia
Pemain wanita nombor satu dunia, An Se Young mencatatkan sejarah sebagai pemain Korea Selatan pertama memenangi gelaran Terbuka Malaysia.