Atlet pecut kebangsaan, Jonathan Nyepa mencipta kejutan apabila mengungguli saingan 200 meter (m) Terbuka Olahraga Malaysia 2018 yang berlangsung Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Lebih manis, catatan masa 21.10 saat (s) yang dicatatnya itu untuk merangkul pingat emas merupakan catatan peribadi terbaiknya, memadam masa 21.18s yang direkodkannya sebelum ini.
Pingat perak dimenangi atlet Terengganu, Abdul Wafiy Roslan yang merakam 21.24s sementara raja pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan membawa pulang gangsa selepas sekadar mencatat 21.27s.
"Saya sangat berpuas hati kerana ia adalah catatan terbaik saya meskipun pada awalnya saya tidak meletakkan apa-apa harapan kerana masih lagi letih selepas acara 100m semalam (Jumaat).
"Rekod terbaik saya sebelum ini 21.18s dan untuk membuat catatan 21.10 dalam keadaan fizikal yang tidak begitu cergas adalah sesuatu yang di luar jangkaan saya.
"Saya bermula agak lambat tetapi bila memasuki 100m terakhir saya hanya fikir mahu menamatkan saingan dengan cepat," katanya kepada pemberita selepas acara itu di sini, pada Sabtu.
Pada aksi 100m yang berlangsung pada Jumaat, atlet kelahiran Sarawak berusia 22 tahun itu berjaya meraih pingat perak dengan kepantasan 10.40s ketinggalan di belakang atlet Sri Lanka Vinoj Suranjaya De Silva yang memenangi emas dengan catatan 10.27s.
Sementara itu, bagi kategori wanita pula menyaksikan ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli memastikan pingat emas menjadi miliknya selepas merekodkan kepantasan 23.74s untuk menewaskan rakan senegara S.Komalam Shally (perak) dan Shereen Samson Vallabouy (gangsa) selepas masing-masing mencatat 24.38s dan 24.63s.
Pada masa sama, dalam acara lompat tinggi, jaguh lompat tinggi negara, Nauraj Singh Randhawa meraih emas menewaskan rakan sepasukan Lee Hup Wei.
Nauraj melakukan 2.23m manakala Hup Wei 2.20m dan tempat ketiga milik Muhammad Syazwan Ahmad, 2.10m.
Dalam pada itu, hasrat penyokong tempatan menyaksikan atlet kebangsaan mendominasi kedudukan podium dalam saingan lompat jauh lelaki tidak kesampaian apabila pingat emas acara itu dimenangi atlet Korea Selatan, Kim Sang Su selepas mencatat lompatan 7.39 meter (m).
Jaguh Paralimpik negara, Abdul Latiff Romly terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas hanya dipisahkan 0.02m sementara Luqman Hakim Ramlan yang merekodkan catatan peribadi terbaik 7.82m pada Mac lalu, hanya mencatat jarak 7.24m untuk gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 12 2018
Jonathan Nyepa selepas berjaya menjadi juara Acara Pecut Lelaki 200 Meter Kategori Terbuka pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu, 12 Mei, 2018. --fotoBERNAMA
'Tunai janji hapus sistem tol dulu, bukan mansuh tol percuma sempena perayaan'
Kerajaan diminta cari jalan atau inisiatif untuk ringankan beban rakyat yang berdepan situasi kos sara hidup tinggi dan kenaikan harga barang.
Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Pas desak kerajaan kaji semula pelaksanaan semakan cukai eksais bagi OMV
Katanya, pelaksanaan yang dijadual bermula tahun depan itu pastinya memberi kesan besar kepada pengguna dan industri automotif di Malaysia.
Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir hingga Isnin
Mekah dan Riyadh mungkin menghadapi hujan sederhana hingga lebat, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu.
ASEAN dan Peranan Strategik Singapura dalam Perdagangan Global
Timbalan Perdana Menteri Singapura, Gan Kim Yong, menekankan pentingnya ASEAN sebagai blok perdagangan utama dalam ekonomi global. Dalam sesi di World Economic Forum 2025, beliau membincangkan inisiatif strategik Singapura dalam ketersambungan fizikal, digital, dan kelestarian untuk memperkukuh hubungan perdagangan serantau dan global.
Belia kini belia paling berkuasa dalam sejarah - Muhammad Yunus
Pemenang Hadiah Nobel dan penasihat kerajaan sementara Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus, menyifatkan generasi muda kini sebagai generasi paling berkuasa dalam sejarah manusia. Beliau menyeru dunia untuk mengambil iktibar daripada keberanian anak muda Bangladesh yang mengubah landskap politik negara pada Ogos 2024.
Pencemaran udara paksa 200 sekolah di Bangkok ditutup
Pencemaran udara yang teruk memaksa hampir 200 sekolah di Bangkok ditutup pada Khamis ketika mana pegawai menggesa orang ramai bekerja dari rumah dan mengehadkan kenderaan berat di bandar itu.
Sandwic ham and cheese: Bertindak secara rasional, bijaksana
Lee berkata, isu sensitif perlu dikendalikan melalui saluran yang betul bagi mengelakkan suasana tidak harmoni serta menjadi tidak terkawal.
1,907 kakitangan JPJ jaga kaunter lebih 5 tahun bakal ditukarkan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunter yang melebihi lima tahun membabitkan 1,907 kakitangan di seluruh negara.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata seramai 80 daripada 560 anak-anak bekas anggota Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd belum dituntut ibu bapa mereka.
Kejohanan Olahraga Asia 2023: Jonathan, Nur Afrina Batrisyia mara ke separuh akhir
Jonathan menempah slot ke separuh akhir apabila menduduki tempat keempat pada saringan keempat, dengan catatan masa 21.79 saat (s), sekali gus berada dalam kelompok 24 pelari terbaik.
Jonathan Nyepa gegar Singapura
Atlet kebangsaan, Jonathan Nyepa muncul raja pecut dan membantu kuartet lelaki 4x100 meter (m) meraih pingat emas pada hari terakhir Kejohanan Trek dan Padang Singapura ke-82 2022, hari ini.
Connie menang emas, Jonathan peroleh perak di Kazakhstan
Pelempar cakera wanita negara Connie Chu Kang Ni memenangi emas pada hari pembukaan Kejohanan Olahraga Qasanov di Almaty, Kazakhstan.
Jonathan puas catat rekod peribadi 200m
Lebih manis, catatan masa 21.10 saat yang dicatatnya itu untuk merangkul pingat emas merupakan catatan peribadi terbaiknya, memadam masa 21.18s yang direkodkannya sebelum ini.
Jonathan ungguli acara 100 meter Terbuka Malaysia
Jonathan Nyepa, muncul raja pecut Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2016, selepas mengungguli acara 100 meter dalam saingan di Stadium UM.
Khairul Hafiz Jantan lebur rekod Watson Nyambek
Atlet pecut Melaka Khairul Hafiz Jantan mencatat rekod kebangsaan baru dalam acara 100 meter di Sukma Sarawak hari ini.