Program Serlahkan Kehebatan 10 yang kini memasuki edisi yang ke-7 dilihat mampu untuk memperkasa sukan permotoran di Johor, kata Menteri Besar Datuk Osman Sapian.
Katanya beliau yakin program itu dapat menjadi satu platform yang boleh membawa anjakan dalam industri sukan pemotoran negara, terutama di negeri Johor, seiring dengan teras Pelan Pembangunan Mampan Negeri Johor tahun 2019-2030 iaitu Aspirasi Idealis Anak Muda.
Beliau berkata program ini juga bertujuan untuk menyahut seruan kerajaan yang berhasrat mewujudkan modan insan yang seimbang dari pelbagai aspek.
"Ia untuk memastikan perkembangan anak muda yang positif dalam memperkasa sukan permotoran dan keusahawan, sekaligus membendung gejala negatif seperti lumba haram dan sebagainya," katanya ketika merasmikan Program Serlahkan Kehebatan 10, di sini pada Sabtu.
Kira-kira 50,000 motosikal pelbagai jenis berhimpun bagi memeriahkan program itu, yang merupakan anjuran Kelab Permotoran Generasi Baru dengan kerjasama Institut Intergriti Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato Onn (IKLAS).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 13 2018
![Johor mahu perkasa sukan permotoran negeri - Osman Johor mahu perkasa sukan permotoran negeri - Osman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/71527353978_OsmanSapian.jpg)
OSMAN: Sahut seruan kerajaan yang berhasrat mewujudkan modan insan yang seimbang dari pelbagai aspek.
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Umat Islam digalak amal konsep seru kebaikan demi cegah gejala negatif Umat Islam digalak amal konsep seru kebaikan demi cegah gejala negatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/41573768367_MohdShahzihanAhmad.jpg)
Umat Islam digalak amal konsep seru kebaikan demi cegah gejala negatif
Konsep itu perlu dilakukan bersungguh-sungguh dengan mengaplikasikan hakikat kebenaran ilmu pengetahuan dan undang-undang.
![Johor mahu perkasa sukan permotoran negeri - Osman Johor mahu perkasa sukan permotoran negeri - Osman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/71527353978_OsmanSapian.jpg)
Johor mahu perkasa sukan permotoran negeri - Osman
Program Serlahkan Kehebatan 10 dilihat dapat menjadi satu platform yang boleh membawa anjakan dalam industri sukan pemotoran negara.
![Sikap sambil lewa ibu bapa antara punca masalah sosial - Tengku Adnan Sikap sambil lewa ibu bapa antara punca masalah sosial - Tengku Adnan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81444529689_TengkuAdnan.jpg)
Sikap sambil lewa ibu bapa antara punca masalah sosial - Tengku Adnan
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ibu bapa tidak boleh hanya memberikan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru di sekolah.