BIRMINGHAM: Juara disiplin bola dan riben Ng Joe Ee mendedikasikan dua pingat emasnya pada Sukan Komanwel 2022 Birmingham kepada dua orang jurulatihnya yang berasal dari Rusia.
Joe Ee, yang mencipta sejarah sebagai gimnas Malaysia pertama membawa pulang dua emas individu, mengakui beliau berasa agak ralat dan sukar bertanding di sini tanpa kehadiran kedua-dua jurulatih itu buat pertama kali sejak beliau menyertai temasya atau kejohanan sukan.
Selepas jurulatihnya dihalang daripada memasuki United Kingdom (UK), Joe Ee yang pertama kali beraksi pada Sukan Komanwel, gembira kerana latihan secara dalam talian yang dijalankan bersama mereka membuahkan hasil.
Kemenangan gimnas itu turut membantu Malaysia mencapai sasaran enam emas pada temasya kali ini.
"Jurulatih sering mengingatkan saya semua kesilapan, menasihatkan saya untuk mengurangkannya dan buat yang terbaik menerusi latihan dalam talian.
"Saya sangat gembira sekarang, saya tak jangka langsung akan menang emas tetapi saya percaya semua kerja keras sebelum temasya ini telah membuahkan hasil. Kemenangan ini juga untuk kedua ibu bapa saya yang tidak jemu menyokong dengan menghantar saya berlatih sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas pertandingan.
Media sebelum ini melaporkan bahawa dua jurulatih gimnastik Rusia bagi skuad gimnastik negara untuk temasya sukan itu mungkin menghadapi masalah visa.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kedua-dua jurulatih itu mungkin berhadapan masalah berkaitan sekatan kemasukan yang dikenakan oleh kerajaan UK ke atas warga Rusia berikutan konflik Rusia-Ukraine.
Sementara itu, atlet berusia 16 tahun itu berkata kegagalan membantu pasukan negara membawa pulang pingat dalam acara berpasukan dan all-around individu telah menyuntik semangatnya untuk mempamerkan aksi lebih baik pada hari kemuncak acara gimrama hari ini.
"Saya telah berjanji kepada semua untuk melakukan lebih baik pada final hari ini selepas kami gagal meraih pingat dalam dua acara sebelum ini. Lega, saya akhirnya berjaya mengatasi perasaan gementar beraksi di hadapan penonton yang ramai selepas dua hari," katanya.
Joe Ee berkata untuk misi seterusnya, beliau berharap dapat membantu pasukan negara merampas semula emas acara berpasukan pada Sukan Komanwel akan datang di Victoria selepas kali terakhir Malaysia memenanginya di Kuala Lumpur pada 1998, selain memberi fokus pada Sukan Asia di Hangzhou, China, tahun depan.
Beliau memulakan aksi hari ini dengan persembahan anggun di Arena Birmingham untuk mencatatkan 29.700 mata dalam disiplin bola, sekali gus mengatasi gimnas Kanada Suzanna Shahbazian yang meraih perak dengan 29.050 mata, manakala Anna Sokolova dari Cyprus memenangi gangsa dengan 28.800 mata.
Kemenangan itu merangsang Joe Ee untuk sekali lagi menampilkan aksi mantap bagi membawa pulang emas keduanya, kali ini menerusi disiplin riben dengan 27.800 mata, mengetepikan cabaran Louise Christie dari Scotland yang merangkul perak dengan 27.550 mata dan Carmel Kallemaa dari Kanada yang mencatatkan 27.500 mata untuk gangsa.
Kejayaan meraih dua emas dalam acara individu itu mengatasi pencapaian Elaine Koon yang mengungguli disiplin gelung di New Delhi 2010 dan Amy Kwan Dict Weng yang menjuarai aparatus riben di Gold Coast 2018, justeru menjadikan beliau gimnas negara paling cemerlang dalam Sukan Komanwel.
Sementara itu, seorang lagi gimnas negara Izzah Amzan, yang memperoleh gangsa dalam disiplin belantan, bersyukur kerana beliau akhirnya berjaya membawa pulang pingat individu pertamanya selepas membantu Malaysia mendapatkan perak dalam acara berpasukan pada 2018.
"Pingat ini untuk diri saya sendiri kerana bukan senang untuk buat kemunculan semula lepas pembedahan di lutut kiri sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) tempoh hari.
"Apabila dapat pingat ini sangat berharga bagi saya kerana tak kiralah warna apa sekalipun ia tetap emas bagi saya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 06 2022
Joe Ee yang pertama kali beraksi pada Sukan Komanwel, gembira kerana latihan secara dalam talian yang dijalankan bersama mereka membuahkan hasil. - Bernama
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
Polis temukan tulang manusia di Pantai Batu Buruk 2
Tulang tersebut ditemukan orang awam di kawasan semak di belakang kuarters jabatan kerajaan yang tidak dihuni.
"Sumpahan" Birmingham hantui Zii Jia?
Kata Roslin Hashim, Lee Zii Jia telah mensia-siakan peluang keemasan apabila 'bungkus awal' di Jepun.
Sukan Komanwel: Dhabitah-Syafiq hadiahkan gangsa pada hari terakhir di kolam renang
Skuad terjun negara menamatkan saingan pada Sukan Komanwel 2022 Birmingham dengan meraih satu pingat gangsa dalam acara 3 meter (m) papan anjal seirama campuran, hari ini.
Joe Ee dedikasikan emas buat jurulatih
Juara disiplin bola dan riben Ng Joe Ee mendedikasikan dua pingat emasnya pada Sukan Komanwel 2022 Birmingham kepada dua orang jurulatihnya yang berasal dari Rusia.