KUALA LUMPUR: Bekas juara remaja dunia Goh Jin Wei mengikuti jejak pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia mengemukakan rayuan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berikutan penggantungan selama dua tahun ke atasnya.
Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh berkata pemenang pingat emas Sukan Olimpik Remaja Dunia 2018 menghantar surat rayuan berkenaan melalui e-mel semalam.
"Kami baru sahaja menerima surat rayuan daripadanya semalam. Oleh itu, kita akan melalui proses yang diperlukan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Jin Wei, mengumumkan persaraan dan keluar dari BAM pada September tahun lepas sebelum bergerak sebagai profesional, digantung daripada beraksi di mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun berkuat kuasa 31 Okt 2021.
BACA: Norza beri lampu hijau Zii Jia jadi pemain profesional
Pada Isnin, Zii Jia mengemukakan surat rayuan berhubung penggantungan selama dua tahun oleh BAM berikutan tindakannya meninggalkan badan induk sukan itu.
Semalam, kedua-dua pihak mengadakan pertemuan berhubung rayuan dikemukakan yang membawa kepada keputusan yang baik.
President BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria memberi restu kepada Zii Jia untuk menjadi pemain profesional.
"Saya gembira kami dapat selesaikan isu ini dengan BAM selepas mendapat restu Tan Sri untuk menjadi pemain profesional," kata Zii Jia melalui hantaran di Facebook semalam.
Pada Jumaat, Timbalan Presiden BAM Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunos mengumumkan bahawa BAM tidak akan mendaftar Zii Jia dalam mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun berkuat kuasa 18 Jan.
Keputusan itu dibuat selepas pemain berusia 23 tahun itu meninggalkan BAM untuk menjadi pemain profesional pada 11 Jan dan mengatakan tidak mampu berdepan tekanan dan 'gaya hidup' di BAM.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 26 2022

Pemenang pingat emas Sukan Olimpik Remaja Dunia 2018 itu menghantar surat rayuan berkenaan melalui e-mel semalam. - Gambar fail/Astro Arena
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Jin Wei lepasi halangan pertama dalam kejar impian ke Olimpik Paris 2024
Jin Wei, yang kini menduduki ranking ke-31 dunia, bakal berdepan tugas berat pada pusingan kedua, esok, menentang pilihan ketujuh.

Jin Wei gembira kembali beraksi di Kejohanan Super 1000
Pemain berusia 22 tahun yang menghuni ranking ke-33 dunia itu mahu memberikan yang terbaik di hadapan penyokong tempatan di Axiata Arena.

Pemain antarabangsa hangatkan kejohanan Malaysia Purple League
Penganjuran kejohanan berkonsep liga itu menyaksikan lapan pasukan tempatan berentap merebut kejuaraan.

Kehilangan besar namun BAM hormati keputusan Jin Wei - Mohamad Norza
Goh Jin Wei pernah menyatakan hasrat untuk bersara sejak bulan lepas berikutan masalah kesihatan yang dialaminya.

Bekas juara remaja dunia Jin Wei umum persaraan
Pemain berasal dari Pulau Pinang mengumumkan persaraan pada usia muda itu menerusi satu video yang dimuat naik di YouTube.

Jin Wei tidak sertai Master Malaysia - BAM
Pihak kejurulatihan percaya pemain berumur 19 tahun itu memerlukan lebih banyak masa untuk kembali cergas.

Seluruh England: Jin Wei perlu kerah segala keringat
2018 menyaksikan Jin Wei membuat penampilan pertamanya dalam kejohanan ini namun dia disingkirkan Aya Ohori dalam pusingan kedua.

Terbuka Jerman: Yamaguchi sekat impian Jin Wei ke final
Pertemuan kedua buat dua seteru itu pada tahun ini menyaksikan Yamaguchi merakamkan kemenangan dalam tempoh 33 minit.

Lee Chong Wei kagum pada Jin Wei
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mahu jaguh remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei lebih yakin dengan kemampuan diri untuk tampil lebih kompetitif.