SOUTHAMPTON 0 MANCHESTER CITY 1

Juara Liga Perdana Inggeris 2018, Manchester City, menamatkan musim ini dengan rekod baru 100 mata selepas Gabriel Jesus meledak jaringan pada detik akhir permainan dalam pertemuan dengan Southampton hari ini, yang terselamat daripada tergelincir dalam saingan EPL biarpun kecundang 1-0.

Southampton hanya memerlukan satu mata untuk menjadi kedudukan selamat namun kekalahan 1-2 Swansea City kepada Stoke memastikan Saints terus kekal dengan kedudukan ke-17.

The Citizen, yang memulakan kempen pada 12 Ogos lalu dengan kemenangan 2-0 ke atas Brighton & Hove Albion, menamatkan perjuangan musim ini dengan noktah kemenangan buat barisan yang dikemudi Pep Guardiola apabila menutup kempen ini dengan 19 mata di depan musuh ketat, Manchester United.

Selain meraih 100 mata, kemenangan liga ke-32 musim ini menyaksikan City mengatasi rekod 57 tahun dipegang Tottenham Hotspur untuk mencatat kemenangan terbanyak dalam semusim.

Sementara itu, Mohamed Salah turut melakar rekod baru sebagai penjaring terbanyak dengan ledakan kali ke-32 musim ini apabila membuka tirai jaringan ketika Liverpool membenam Brighton 4-0.


KEPUTUSAN LAIN:

BURNLEY 1 AFC BOURNEMOUTH 2

CRYSTAL PALACE 2 WEST BROM 0

HUDDERSFIELD TOWN 0 ARSENAL 1

MANCHESTER UNITED 1 WATFORD 0

NEWCASTLE UNITED 3 CHELSEA 0

LIVERPOOL 4 BRIGHTON & HOVE ALBION 0

SWANSEA CITY 1 STOKE CITY 2

TOTTENHAM HOTSPUR 5 LEICESTER CITY 4

WEST HAM UNITED 2 EVERTON 1