JUARA bertahan, Johor Darul Ta’zim perlu memberikan aksi terbaik ketika berdepan Penang FC dalam saingan suku akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim pada Ahad bagi menjamin slot ke separuh akhir musim ini.
Menurut pengendalinya, Esteban Solari, pelawat sudah pasti bakal menurunkan kesebelasan utama selain merangka percaturan strategi terbaik dalam usaha mencatatkan kejayaan.
Justeru, kesemua pemain skuad Harimau Selatan diharap bersedia untuk berdepan tentangan sengit daripada kesebelasan skuad Harimau Kumbang itu.
“Kini JDT sudah berada di suku akhir Piala FA...seperti yang saya katakan sebelum ini, setiap perlawanan dalam saingan kalah mati seperti ini pastinya sukar.
“Lawan JDT kali ini adalah Penang FC...pasukan yang mempunyai strategi yang baik, pemain-pemain yang pantas dan kesemua ini pastinya akan memberikan kesukaran kepada kita.
“Oleh itu, semua pemain perlu memberikan aksi yang terbaik untuk melepasi peringkat ini (suku akhir),” katanya.
Untuk rekod, JDT merupakan juara bertahan Piala FA apabila menewaskan Terengganu FC, 3-1 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, 10 September 2022, lalu.
JDT mara ke suku akhir Piala FA musim ini apabila menewaskan PDRM FC, 3-0 bagi saingan kelompok 16 terbaik di Stadium Sultan Ibrahim, 14 April lalu.
Mengulas mengenai kesebelasan yang bakal beraksi berdepan Penang FC, Solari berkata, ramai dalam pemain dilihat bersedia untuk diturunkan termasuk pemain-pemain simpanan.
Katanya, senario berkenaan dilihat memberikan petanda positif dan memberikannya lebih banyak pilihan bagi menurunkan kesebelasan terbaik berdepan skuad Harian Penang Haria itu.
“Rata-rata pemain sudah bersedia dan tidak sabar untuk beraksi kali ini. Apa pun, mereka (pemain) diharap telah bersedia untuk berdepan apa sahaja kemungkinan.
“Mereka (pemain) juga perlu ingat, setiap perlawanan adalah berbeza dan mereka perlu sentiasa bersedia,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 27 2023

Esteban Solari berkata pelawat sudah pasti bakal menurunkan kesebelasan utama selain merangka percaturan strategi terbaik dalam usaha mencatatkan kejayaan. - Gambar fail
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

ACL Elite: JDT kelab ketiga terbaik liga Zon Timur
JDT menamatkan saingan peringkat kumpulan Zon Timur kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Elite (ACL Elite) 2024/25 di tempat ketiga.

AFC akan nilai laporan diterima daripada Pohang Steelers
AFC menerima laporan daripada Pohang Steelers, ekoran dakwaan gangguan bunga api di penginapan pasukan itu menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) kelmarin.

ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat
Kapten JDT dedikasi kejayaan pasukan itu ke ACLE buat semua 'Bangsa Johor.'

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

ACLE: 'Cara Arif Aiman umpan penjaga gawang Pohang bijak' - Azmin Azram
Teknik gerakan yang berakhir dengan jaringan disumbangkan Arif Aiman Hanapi ketika membantu JDT membenam Pohang Steelers merupakan sesuatu yang 'bijak'.

ACLE: Ucapan TMJ dalam bilik persalinan bikin meremang bulu roma!
Laungan nama 'TMJ' turut bergema di SSI selepas juara liga super 10 kali berturut-turut itu melakar kemenangan bergaya.

JDT calar ego Pohang Steelers, layak bergaya ke pusingan 16 ACL Elite
JDT menamatkan saingan kumpulan Zon Timur pada kedudukan keempat dengan mengumpul 14 mata, selepas merakam empat kemenangan, dua seri dan tewas dua kali.