JOHOR Darul Ta'zim FC (JDT) menamakan satu kawasan tempat duduk penonton di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri bersempena pengurusnya, Luciano Figueroa, demikian disahkan kelab gergasi tanah air itu dalam satu kenyataan.

‘Luciano Figueroa Stand’ merupakan seksyen penyokong pertama yang diberikan nama di Stadium Sultan Ibrahim, yang mula beroperasi sejak Februari lalu.

Kawasan tempat duduk penonton itu dirasmikan oleh pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini.

Figueroa menyertai JDT pada 2014 dan berkhidmat selama dua musim sebagai pemain, menjaringkan 43 gol dan 14 bantuan jaringan dalam 71 perlawanan.

Bekas pemain kebangsaan Argentina itu memenangi dua kejuaraan Liga Super (2014 dan 2015), Piala Sultan Ahmad Shah (2015) dan Piala AFC (2015) sebelum kembali sebagai duta kelab itu pada 2017.

Dia kembali menyarung jersi JDT pada 2018 dan untuk memenangi satu lagi Piala Sultan Ahmad Shah dan trofi Liga Super sebelum dinamakan sebagai pengurus JDT pada Ogos 2018.

PERASMIAN ‘LUCIANO FIGUEROA STAND’ DI STADIUM SULTAN IBRAHIM DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim,...

Posted by JOHOR Southern Tigers on Monday, 21 September 2020