Di atas kertas, kelab Jepun, Gamba Osaka sememangnya lawan yang sukar, namun B Sathianathan percaya Johor Darul Ta'zim (JDT) mampu membuat kejutan di pusingan kelayakan akhir Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2017.
Baginya kelebihan bermain tanpa tekanan mampu membantu JDT menjinakkan Gamba Osaka biarpun akan beraksi di gelanggang lawan di Stadium Suita City, malam esok.
Keyakinan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Kebangsaan itu adalah bersandarkan prestasi JDT pada pusingan kedua kelayakan ACL pada 31 Jan lepas ketika menewaskan Bangkok United 5-4 menerusi sepakan penalti di Stadium Thammasat, Bangkok.
Beliau yakin skuad berkenaan yang dibarisi pemain muda dan beberapa pemain import yang lincah tidak mempunyai tekanan dalam menghadapi lawan, sekali gus meluaskan peluang bagi menyaingi antara pasukan terbaik Asia itu.
"Semua orang tahu Gamba Osaka ialah pasukan yang kuat tetapi bagi saya, JDT mungkin akan buat kejutan dan diharap semua pemain boleh beraksi dengan tenang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai peluang JDT yang bakal bertemu Gamba Osaka di Stadium Suita City, Osaka, kira-kira pukul 7 malam esok waktu Malaysia.
"Daripada apa yang saya nampak dalam Liga Super, ada orang kata JDT lemah namun sebenarnya ia semakin kuat kerana pemain import barunya sama taraf dengan pemain terdahulu, Jorge Pereyra Diaz serta Juan Martin Lucero.
"Perlawanan itu turut memberi peluang kepada JDT untuk melangkah ke peringkat tertinggi memandangkan tidak banyak pasukan negara berpeluang bertemu kelab dari Arab Saudi, Jepun dan Korea Selatan," katanya.
Bagi Sathianathan, kejayaan JDT bukan hanya kebanggaan kepada negara, malah dapat memperbaiki mutu bola sepak negara kerana rata-rata pemainnya terdiri daripada pemain muda, sekali gus memberi mereka pendedahan awal di peringkat antarabangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 06 2017
![JDT mampu cipta kejutan ke atas Gamba Osaka - Sathianathan JDT mampu cipta kejutan ke atas Gamba Osaka - Sathianathan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/41456372115_BSathianathan.jpg)
B Sathianathan percaya JDT mampu membuat kejutan di pusingan kelayakan akhir ACL 2017. - Gambar fail
![Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan
Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.20 mata kepada 1,630.02 daripada 1,629.82 ketika ditutup pada Isnin.
AWANI Pagi: Hidup bersama COVID-19
Jom ketahui semua info penting tentang “Hidup Bersama COVID-19”! Langkah, pengurusan kes, vaksin, dan banyak lagi bersama Dr Aznida Mohamad Zaki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Awani Pagi Selasa, 8.30 pagi.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699450877_wang.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6695/6735 berbanding dolar US daripada 4.6725/6745 semalam.
YB Kinabatangan 'musykil' Ahli Parlimen PN pakai riben putih
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin 'musykil' Ahli Parlimen Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) guna lilitan riben putih.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Penguasaan bahasa Inggeris, KPM buka ruang kepada pesara beri cadangan
"Kalau sukarelawan Singapura nak datang, kita alu-alukan. Kalau guru-guru bersara nak berkhidmat dengan kita pun kita alu-alukan," kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini? Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718169354_TBKimPanGon.jpg)
Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Kim Pan-gon dipercayai akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya.
AWANI Ringkas: Syor ambil guru Bahasa Inggeris dari Singapura jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
KPM teliti cadangan sukarelawan Guru Bahasa Inggeris dari Singapura
Sukarelawan berbentuk hubungan diplomasi yang dibiayai kerajaan Singapura bagi bantu tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar dan luar bandar, kata Menteri Pendidikan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Niaga AWANI: [Pasca IPO] Apa hala tuju Johor Plantations Group?
Johor Plantations Group (JPG) memperoleh RM735 juta daripada penyenaraiannya di pasaran utama Bursa Malaysia sejak 9 Julai lalu. Bagaimanakah pelan JPG untuk terus berdaya saing pada masa hadapan?
![Fahami keupayaan tubuh badan ketika bersukan, elak kecederaan ACL & PCL Fahami keupayaan tubuh badan ketika bersukan, elak kecederaan ACL & PCL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715773316_tbUKMSCsukan.jpg)
Fahami keupayaan tubuh badan ketika bersukan, elak kecederaan ACL & PCL
Kecederaan sukan boleh berlaku apabila bersukan, beriadah ataupun semasa kemalangan kecil.
![ACL: Cristiano Ronaldo belum mampu sekat kekecewaan Al Nassr ACL: Cristiano Ronaldo belum mampu sekat kekecewaan Al Nassr](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710203421_CristianoRonaldo.jpg)
ACL: Cristiano Ronaldo belum mampu sekat kekecewaan Al Nassr
Sesudah kalah dalam perlawanan pembukaan di Al Ain minggu lalu, kelab Liga Pro Saudi Ronaldo itu mengalami kekecewaan lagi awal pagi tadi.
![JDT benam BG Pathum United 4-1, tamatkan saingan kumpulan di kedudukan ketiga JDT benam BG Pathum United 4-1, tamatkan saingan kumpulan di kedudukan ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702394963_TBACL.jpg)
JDT benam BG Pathum United 4-1, tamatkan saingan kumpulan di kedudukan ketiga
JDT menamatkan saingan Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) di tangga ketiga, di belakang Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai selepas membenam BG Pathum United 4-1.
![ACL: Kawasaki Frontale saji aksi sempurna - Jordi Amat ACL: Kawasaki Frontale saji aksi sempurna - Jordi Amat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701208695_JordiAmat.jpg)
ACL: Kawasaki Frontale saji aksi sempurna - Jordi Amat
Ketua pasukan JDT terkilan gagal menyaingi Kawasaki Frontale menerusi kekalahan buruk 0-5 dalam kunjungan ke tempat lawan, malam tadi.
![ACL: JDT hidup peluang ke pusingan kedua selepas tewaskan Ulsan Hyundai 2-1 ACL: JDT hidup peluang ke pusingan kedua selepas tewaskan Ulsan Hyundai 2-1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699390285_ACL.jpg)
ACL: JDT hidup peluang ke pusingan kedua selepas tewaskan Ulsan Hyundai 2-1
Kemenangan itu sekali gus menebus kekalahan skuad Harimau Selatan kepada kelab bimbingan Hong Myung Bo itu pada pada 24 Okt lepas.
![Neymar selamat jalani pembedahan lutut kiri Neymar selamat jalani pembedahan lutut kiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71698993186_Neymar.jpg)
Neymar selamat jalani pembedahan lutut kiri
Penyerang Brazil, Neymar selamat menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) dan meniscus di lutut kiri.
![Liga Juara-Juara: PSG benam Milan Liga Juara-Juara: PSG benam Milan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71698289355_KylianMbappe.jpg)
Liga Juara-Juara: PSG benam Milan
PSG bangkit daripada kekalahan 1-4 di tempat lawan dan tampil dengan kualiti serangan menakjubkan ke atas pasukan dari Itali itu.
![ACL: Sepakan guntung Marcinho buat JDT gigit jari ACL: Sepakan guntung Marcinho buat JDT gigit jari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695166497_bolasepak.jpg)
ACL: Sepakan guntung Marcinho buat JDT gigit jari
Penyerang berusia 28 tahun dari Brazil itu memecah kebuntuan pada penghujung babak pertama selepas memanfaatkan tandukan Tatsuki Seko.
![ACL: Peluang JDT tebus kekecewaan musim lalu ACL: Peluang JDT tebus kekecewaan musim lalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695071559_SidangMedia.jpg)
ACL: Peluang JDT tebus kekecewaan musim lalu
Selain Kawasaki Frontale, skuad JDT turut diundi bersama Ulsan Hyundai dari Korea Selatan dan BG Pathum United kelab dari Thailand.
![Zaquan Adha belum rancang bersara susulan ACL kelima Zaquan Adha belum rancang bersara susulan ACL kelima](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51685917268_ZaquanAdha.jpg)
Zaquan Adha belum rancang bersara susulan ACL kelima
Bekas penyerang Harimau Malaya tersebut mengalami nasib buruk itu ketika bertemu Kuching City dalam perlawanan suku akhir Piala FA.