Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan dominasi selaku pasukan terbaik di negara ini, setelah mempertahankan kejuaraan liga berkenaan buat musim kelima berturut-turut sejak 2014.
Kemenangan tipis 2-1 dilakar JDT ke atas Perak di Stadium Perak, Ipoh, malam ini, menyaksikan skuad Harimau Selatan muncul juara liga musim ini dengan kelebihan 16 mata ke atas pasukan tuan rumah, walaupun mempunyai baki empat perlawanan.
Pada aksi di Ipoh, Perak terlebih dahulu memecah kebuntuan menerusi jaringan Mohd Nor Hakim Hassan pada minit ke-72 sebelum JDT bangkit melakar dua gol pantas hasil sentuhan penyudah pemain antarabangsa Singapura, Hariss Harun pada minit ke-74 dan Muhammad Safawi Rasid pada minit ke-83.
Terengganu FC (TFC I) pula merampas tangga keempat daripada juara Piala FA, Pahang setelah mengatasi Kuala Lumpur 3-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Pasukan pelawat terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan penyerang import dari Brazil, Guilherme de Paula pada minit ke-32, sebelum skuad Penyu meraih tiga gol hasil sumbangan Abdul Malik Mat Ariff pada minit ke-38, Igor Zonjic (minit ke-52) dan Abdul Latiff Suhaimi pada minit ke-90.
SUKAN-LIGA SUPER (RANGKUMAN) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Melaka pula naik dua anak tangga ke kedudukan ketujuh liga setelah mengejutkan pasukan tangga ketiga, Kedah 4-1 di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Empat gol pasukan tuan rumah disumbangkan Khair Muhammad Jefri Jones pada minit ke-34, R. Gopinathan (minit ke-37 dan ke-62) serta Ifedayo Olusegun pada minit ke-84.
Gol tunggal Kedah dijaringkan penyerang import dari Brazil, Paulo Rangel pada minit ke-52.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 10 2018

Pemain dan pegawai pasukan JDT meraikan kejayaan menewaskan pasukan Perak dan dinobatkan juara unifi Liga Super 2018 di Stadium Perak, malam ini. - Foto Bernama
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pecahkan dominasi JDT musim ini - Azman Adnan
Sudah tiba masanya pencabar lain mengembangkan sayap dan memecah dominasi mahkota kejuaraan Liga Super 10 kali berturut-turut.

JDT juara Liga Super musim kelima berturut-turut
Juara bertahan Liga Super, JDT meneruskan dominasi selaku pasukan terbaik di negara ini, setelah mempertahankan kejuaraan liga berkenaan buat musim kelima berturut-turut sejak 2014.

UMNO Terengganu yakin dominasi kerusi DUN lebih banyak - Jailani
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Jailani Johari yakin kemenangan BN mampu dihasilakan menerusi semangat kerjasama pemimpin.

Tiada penawar 'trauma' dominasi satu kaum satu sekolah - Penganalisis
Kerisauan dominasi satu kaum di satu sekolah disifatkan kebimbangan berpanjangan yang tidak akan 'terubat' dalam masa terdekat.