Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) berdepan laluan sukar untuk layak ke final Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2015 setelah tumpas 1-3 kepada juara bertahan, Qadsia SC dari Kuwait pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Kelab Sukan Kuwait, pada awal Rabu.
Kedua-dua pasukan akan bertemu pada aksi timbal balik di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Baharu pada 20 Okt ini.
Pada perlawanan disiarkan secara langsung itu, Qadsia membuka tirai jaringan pada minit ke-31 menerusi Fuakuputu Doris Salomo yang menanduk masuk bola hasil sepakan sudut rakan sepasukan.
Pasukan tuan rumah menggandakan kedudukan pada minit ke-42 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh kapten pasukan, Bader Al Almotawaa selepas beliau dijatuhkan oleh pemain pertahanan JDT, Aidil Zafuan Abdul Radzak.
Keputusan 2-0 itu kekal sehingga berakhir babak pertama perlawanan.
Bersambung separuh masa kedua, Qadsia meneruskan asakan ke kubu JDT dan mereka berjaya menjaringkan gol ketiga pada minit ke-57 menerusi percubaan luar kotak penalti pemain import dari Guinea, Seydouba Soumah.
Skuad Harimau Selatan berjaya mengurangkan defisit jaringan pada minit ke-82 menerusi pemain gantian, Mohd Amri Yahyah yang memanfaatkan hantaran daripada Leandro Velazquez.
Keputusan 3-1 itu kekal sehingga tiupan wisel penamat oleh pengadil, Ko Hyung Jin dari Korea Selatan.
Barisan Pemain:
QADSIA SC: Ahmed Alfadhli, Dhary Saeed, Khaled Ebrahim Hajiah, Rashid Sumaila, Sultan Alenezi, Fahed Al Ebrahim, Bader Al Almotawaa (kapten), Seydouba Soumah, Abdulaziz Alenezi (Ahmad Aldhefiri), Faisal Abdullah, Fuakuputu Doris Salomo (Ahmad J A H Zanki).
JDT: Izham Tarmizi Roslan, Marcos Antonio, Aidil Zafuan Abdul Radzak, S. Kunalan, Muhammad Fazly Mazlan, Safiq Rahim (kapten), Gary Steven Robbat (Mohd Amri Yahyah), Hariss Harun (Amirulhadi Zainal), Mahalli Jasuli, Leandro Velazquez, Safee Sali.
Pengadil: Ko Hyung Jin (Korea Selatan)
Bernama
Wed Sep 30 2015

JDT tumpas 1-3 kepada juara bertahan, Qadsia SC pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Kelab Sukan Kuwait, pada awal Rabu.

Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS lepas tanpa bebas tuduhan pecah amanah RM21 juta
Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan bekas Pengarah Urusan BNS, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, daripada tiga pertuduhan pecah amanah berhubung projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Kuwait kutuk Israel sekat elektrik ke Gaza
Kuwait mengutuk tindakan Israel menyekat bekalan tenaga elektrik ke Semenanjung Gaza dan sifatkan ia sebagai hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin.
Singapore Airlines larang guna, cas power bank mulai 1 April
Singapore Airlines akan mula menguatkuasakan polisi larangan menggunakan dan mengecas bank kuasa dalam pesawat bermula 1 April.

Penganggur, ibu tunggal mengaku siar video pertubuhan Geng 36, Geng 04
R Elaango didenda RM3,500 atau penjara dua bulan, manakala Tan Lee Sim didenda RM2,000 atau penjara enam bulan.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

JDT berdepan laluan sukar ke final Piala AFC 2015
JDT akan bertemu Qadsia SC dari Kuwait pada aksi timbal balik di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Baharu pada 20 Okt.