Hari ke-dua kejohanan Masters disinari pemain Australia, Jason Day (68) dan Marc Leishman (73) berserta pemain veteran Fred Couples (67). Day berada di tempat pertama setelah mencatat keputusan untuk dua hari pada 138 pukulan, 6 pukulan di bawah par untuk mendahului kejuaraan sementara Leishman dan Couples tertambat di tempat kedua setelah mencatatkan 7 pukulan di bawah par 139.
Tiger Woods bersama enam pemain lain berada di tempat ke tujuh mencatatkan 141 pukulan untuk jumlah dua hari. Woods sempat berkongsi jadi pendahulu buat sementara dengan baki empat lubang tetapi mengambil 3 pukulan untuk menamatkan lubang terakhir, mencatatkan 71 pukulan pada penghujung hari ke dua.
Cerita paling menarik pada hari ke dua melibatkan pemain China Guan Tianlang yang dikenakan penalti satu pukulan kerana terlalu lama mengambil masa untuk membuat pukulan. Namun pemain berstatus amatur ini berjaya mengatasi garisan potongan, mengumpul 148 jumlah pukulan bersama enam pemain lain yang termasuk Ryo Ishikawa, Bubba Watson dan Lucas Glover yang kesemuanya berkongsi tempat ke 55.
Pemain nombor dua dunia Rory McIlroy dan Sergio Garcia terikat di kedudukan ke-14 mencatatkan 142 pukulan.
Pendahulu hari pertama Dustin Johnson mencatat 76 pukulan dan menduduki tempat ke 20.
Astro Awani
Sat Apr 13 2013
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.