KEPUTUSAN Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang membenarkan kelab Liga Super mendaftarkan sehingga sembilan pemain import mulai musim depan mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.
Bagi pemerhati sukan, Dr Pekan Ramli, beliau secara peribadi berpandangan, keputusan itu hanya akan memberi kelebihan kepada pasukan yang mempunyai kedudukan sumber kewangan kukuh.
Malah, beliau juga tidak tolak kemungkinan masalah tunggakan gaji pemain akan menjadi lebih teruk disebabkan beberapa pasukan yang mempunyai bajet kecil akan tetap mengambil pemain import lebih daripada kemampuan mereka.
“Pada saya, perkara ini perlu diberi perhatian serius. Sebab kalau MFL beri kebenaran kelab Liga Super ambil sembilan pemain import, ia hanya akan beri kelebihan kepada pasukan yang mempunyai bajet besar.
“Jadi ia secara tidak langsung akan menyebabkan pasukan yang tidak mempunyai kewangan kukuh akan terus ketinggalan di belakang, sekali gus tidak mampu untuk memberi saingan lebih kompetitif dalam Liga Super.
“Lebih membimbangkan, masalah tunggakan gaji pemain akan semakin meluas. Saya takut ada pasukan yang tak 'ukur baju di badan sendiri' walaupun mereka tak mampu dari segi kewangan.
“Ada pasukan ambil sembilan import, pasukan itu juga nak ambil sembilan import. Akhirnya nanti nama liga kita yang akan jadi buruk kerana masalah tunggakan gaji,” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.
Pada Rabu, MFL memaklumkan kesemua kelab Liga Super boleh mendaftarkan sehingga sembilan pemain import mulai musim depan selepas badan pengelola Liga-M itu membuat penstrukturan liga domestik.
Namun, MFL hanya membenarkan lima pemain import termasuk satu import Asia dan satu dari ASEAN beraksi pada satu masa dengan hanya tambahan seorang pemain di bangku simpanan.
Malah, Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan turut mengingatkan kepada setiap kelab untuk mendaftarkan sama ada sembilan atau kurang daripada jumlah itu mengikut kemampuan kewangan mereka.
Ketika ditanya berkenaan solusi terbaik bagi menangani masalah 'lambakan' pemain import di pentas Liga Super, Pekan mencadangkan kuota yang diberikan MFL kepada setiap kelab itu dikurangkan.
“Daripada sembilan, mungkin kita patut bermula dengan enam pemain import. Kita jangan terikut-ikut sangat seperti apa yang dilakukan di Liga Perdana Inggeris (EPL)yang membenarkan ramai pemain import didaftarkan dalam pasukan.
“Kalau nak kata ia untuk kelab yang bertanding pada Piala AFC atau Liga Juara-Juara Asia (ACL) ada berapa saja kelab Liga-M yang bertanding dalam kedua-dua kejohanan di pentas Asia itu.
“Ini bukan bermaksud saya tidak bersetuju langsung dengan pertambahan kuota pemain import kepada pasukan Liga Super tetapi takut nanti yang rugi adalah liga kita sendiri nanti,” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jul 22 2022
Kuala Lumpur City FC dan Selangor FC antara pasukan yang mewarnai saingan Liga Super. --fotoBERNAMA. Gambar kecil: Pekan Ramli. - Foto Sinar Harian
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Apa yang tidak kena dengan Harimau Muda?
Pekan melihat bagai ada lompong yang perlu ditambah baik kerana kesemua pemain yang dipilih adalah dalam kalangan yang terbaik.
Prestasi pengurusan pasukan, pemain Harimau Malaya tidak berdaya saing - Pekan Ramli
Prestasi pengurusan dan para pemain skuad bola sepak kebangsaan disifatkan lemah dan tidak berdaya saing, ekoran kekalahan 0-4 kepada New Zealand pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1.
Prestasi Harimau Malaya harus setimpal dengan dana diterima - Penganalisis
Pekan menyifatkan FAM sebagai persatuan sukan kebangsaan paling bertuah yang pasti dicemburui kerana jumlah 'durian runtuh' yang diterima.
Isyarat tsunami kepada FAM
Pekan berkata, peminat sudah muak dengan segala drama dan masalah dalam FAM yang masih tidak menemui jalan penyelesaian.
Sukan Olimpik Paris 2024: 'Azizulhasni terlalu fokus strategi' - Bekas atlet, penganalisis sukan
Beliau berkata strategi yang dilakukan atlet berusia 36 tahun itu sudah bagus namun Mohd Azizulhasni seharusnya berhati-hati dengan pergerakan.
Segerakan penubuhan universiti sukan di Malaysia
Dengan adanya universiti sukan ini, ia mampu dijadikan sebagai tempat pemusatan kepakaran akademik yang membolehkan pelbagai kajian dan inovasi kreatif dalam bidang sukan dilaksanakan.
Hang-seo sesuai ganti Pan-gon
Park Hang-seo dilihat sebagai calon tepat yang memiliki aura selain telah membuktikan kemampuan membawa bekas pasukannya ke tahap yang lebih baik.
Henti besarkan isu, fokus pembangunan sukan - Penganalisis
Fokus patut diberikan kepada usaha menyusun semula strategi pembangunan sukan negara ke tahap lebih tinggi berbanding terus membesarkan isu yang disensasikan netizen.
MFL perlu konsisten, nyatakan rasional hukuman - Pemerhati
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) perlu konsisten dengan hukuman serta menyatakan rasional di sebalik setiap keputusan dibuat.
Liga-M berpotensi melingkup andai isu tunggakan gaji berlarutan
Pekan berkata, pendekatan MFL juga seolah-olah gagal memberi kesan dalam mendidik pemilik kelab untuk lebih bertanggungjawab mengurus kewangan.