Kementerian Belia dan Sukan hari ini menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Sportspin Event & Athlete Management milik jaguh skuasy negara Mohd Azlan Iskandar bagi membangunkan sukan itu.
Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata MoU itu bagi mencari bakat baharu menerusi Azlan Iskandar Squash Academy (AISA) dan Sirkit Skuasy Jelajah Malaysia (SSJM).
"Akhirnya kita tidak akan ketandusan (bakat) sebab skuasy merupakan sukan yang kita sudah berada di atas. Datuk Nicol David merupakan nama yang tidak asing lagi tapi ramai juga yang bertanya siapakah yang mampu mengantikan beliau.
"Peranan yang dimainkan oleh persatuan skuasy sedia ada sudahpun baik tapi saya percaya usaha yang dibuat Mohd Azlan akan melengkapi apa yang dibuat oleh badan-badan lain dalam bidang ini," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani MoU tersebut, di sini hari ini.
Setakat ini AISA yang diasaskan Mohd Azlan pada Januari 2011 mempunyai lebih 500 pelatih yang menerima bimbingan daripada jurulatih bertauliah termasuk bekas pemain skuasy kebangsaan.
Terdapat lima AISA di seluruh negara iaitu di Kemaman, Terengganu; Kuching, Miri dan Bau di Sarawak serta Seremban 2, Negeri Sembilan; selain lima lagi dirancang di Johor, Kelantan, Pahang, Melaka dan Kuala Terengganu, Terengganu.
SSJM pula yang akan diadakan di 10 negeri bermula 15 Feb ini dibuka kepada semua peringkat umur dengan sasaran golongan berusia 17-25 tahun sebagai persediaan ke sirkit profesional.
Sirkit akan bermula di Kemaman, Terengganu, diikuti Seremban 2, Negeri Sembilan; Kuantan, Pahang; Kuala Terengganu, Terengganu; Kota Baharu, Kelantan; Putrajaya; Melaka; Jalan Duta, Kuala Lumpur; Johor Baharu, Johor dan peringkat akhir di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 23 Ogos nanti.
Menurut Ahmad Shabery kementeriannya berpuas hati dengan apa yang dilakukan AISA, manakala sirkit itu yang menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM30,000 pada setiap siri, amat penting dalam mencungkil bakat baharu.
Bernama
Wed Jan 23 2013
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
Jalin kerjasama bangunkan skuasy
Kementerian Belia dan Sukan hari ini menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bagi membangunkan sukan itu.