Sembilan jalan di sekitar ibu negara akan ditutup secara berperingkat dari 3.30 petang hingga 5 petang sempena acara 'The Bursa Bull Charge 2014' esok.

Ia melibatkan Persimpangan Jalan Pudu/Jalan Pudu Lama, Persiaran Maybank, Jalan Raja Chulan, Persiaran Raja Chulan, Jalan Ceylon, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Jalan Gereja dan Jalan Bukit Nanas.

Semua pengguna dinasihat menggunakan laluan alternatif sepanjang tempoh itu bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, menurut kenyataan Polis Trafik Kuala Lumpur hari ini.