PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp, menegaskan pemainnya tidak akan terganggu oleh khabar angin mengenai hala tuju Philippe Coutinho.
Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berjaya mengekalkan bintang Brazil itu daripada jangkauan Barcelona pada musim luruh lalu, namun gergasi LaLiga berkenaan dijangka kembali memburu Coutinho, bulan ini.
Menjelang pertembungan 'derby' Piala FA menentang Everton, awal pagi nanti, Klopp menegaskan isu perpindahan itu tidak akan memberi impak kepada pemain lain.
"Mereka adalah pemain bola sepak profesional, kadang-kadang mereka menjadi topik dan kadangkala di dalam bilik persalinan, mereka duduk di sebelah pemain yang menjadi tumpuan perpindahan," kata pengurus Jerman itu kepada akhbar UK.
"Pemain sudah didedahkan dari awal lagi dengan perkara seumpama ini agar mereka mengabaikan keadaan di sekeliling mereka. Jika mereka cukup bijak, mereka tidak mengendahkannya.
"Semua cerita yang berlegar di sekeliling mereka tiada masalah, cerita ini bukan perkara baru, ia berlaku sejak musim panas lalu dan adakah anda mendapat gambaran bahawa pasukan ini terganggu kerana khabar angin perpindahan? Tidak.
"Kami memberi tumpuan kepada misi kami. Semua yang lain perlu diabaikan, jelas sekali wujud banyak keseronokan di sekeliling kami."
BACA: Perpindahan Coutinho ke Barcelona dibocorkan Nike
BACA: Tiba masa Coutinho ke Barcelona - Ronaldinho
Kecederaan paha akan menyaksikan Coutinho terlepas pertembungan Piala FA di Anfield selepas dia memainkan peranan penting apbila menyumbangkan 12 gol dan lapan bantuan gol dalam 20 perlawanan musim ini.
Klopp tidak berminat membincangkan minat daripada Barcelona yang dilaporkan bersedia menawarkan £140 juta demi memiliki Coutinho.
"Saya tidak berminat dengan Barcelona, apa yang boleh saya katakan mengenai apa yang mereka lakukan?" katanya lagi.
"Ia selalunya sama, tahun ini Phil, setahun lagi pemain lain pula, tiada apa-apa untuk diperkatakan.
"Apa yang patut saya buat? Saya tidak dapat bercakap tentang perlawanan."
Astro Arena
Fri Jan 05 2018
Kecederaan paha akan menyaksikan Coutinho (gambar) terlepas pertembungan Piala FA di Anfield selepas dia memainkan peranan penting apbila menyumbangkan 12 gol dan lapan bantuan gol dalam 20 perlawanan musim ini. - Gambar fail
Kerajaan kawal had pengambilan pekerja asing
Kerajaan sentiasa memastikan pengurusan pengambilan pekerja asing yang seimbang dengan keperluan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.
Hyundai Motor umum pelaburan RM2.14 bil di Malaysia - Laporan
Hyundai Motor Co mengumumkan rancangan untuk melabur hampir AS$479 juta di Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2025.
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
Liverpool tenggelamkan kualiti Arsenal, kata Klopp
Pasukan juara bertahan itu kini hanya dibezakan dua mata dengan kelompok empat teratas hasil kemenangan di Stadium Emirates.
Liverpool masih berpeluang rebut kejuaraan - Guardiola
City berkelebihan tujuh mata di puncak liga, 13 ke atas Liverpool, dengan kurang satu perlawanan selepas menang 3-0 ke atas Tottenham.
Klopp tidak tolak bersara sejurus kontrak Liverpool tamat
"Saya akan berehat selama setahun dan bertanya kepada diri sendiri adakah saya akan merindui bola sepak."
Keputusan sukar yang dibuat Liverpool terima kritikan
Bagi pengkritik, keputusan meletakkan kakitangan bukan pemain di bawah skim pengekalan pekerjaan UK itu adalah satu tindakan yang memalukan.
#AWANIFinalUCL: Firmino sedia untuk diturunkan
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengesahkan Roberto Firmino sudah pulih dan cergas sepenuhnya untuk beraksi di final.
Liverpool nikmati tekanan- Klopp
Liverpool menguasai puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kempen musim ini hanya berbaki empat perlawanan.
Saya tidak gementar - Klopp
Skuad bimbingan Klopp berkunjung ke West Ham esok, sehari selepas Manchester City bertemu Arsenal.
Tiada sebarang cela dalam jentera tengah Liverpool, kata Klopp
Kapten Liverpool, Henderson, akan terlepas aksi di Anfield itu selepas dibuang padang ketika kemenangan ke atas Watford, Ahad lalu.
Klopp akui sukar atasi pergerakan Hazard
Hazard mempamerkan permulaan musim yang cemerlang, menjaringkan lima gol dan melakukan dua bantuan jaringan dalam enam aksi EPL.
Salah yakin Liverpool mampu juarai UCL
Salah mengambil positif dalam setiap peluang Liverpool untuk meraih kejayaan pada Mei nanti.