KUALA LUMPUR: Jurulatih yang dikaitkan dengan kes gangguan seksual membabitkan perenang para negara direhatkan sehingga siasatan isu salah laku itu selesai, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Beliau berkata sebaik laporan berkenaan diterima baru-baru ini, Pegawai Pelindungan Majlis Sukan Negara (MSN) telah mengadakan perjumpaan bersama atlet terlibat untuk melindungi hak mereka menerusi kod Sukan Selamat yang dilancarkan pada 15 Mac tahun lepas.
Beliau menegaskan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap jurulatih berkenaan sekiranya terbukti bersalah menerusi siasatan pihak polis yang sedang berlangsung ketika ini.
"Selepas dapat e-mel dalam akaun macam surat layang dan laporan polis dibuat, kita terus rehatkan dulu jurulatih untuk pastikan siasatan berlangsung.
"Tetapi kalau (e-mel) surat layang ini betul, MSN akan ambil tindakan terus... tetapi kalau pelaporan semua ini terus berjalan dan (e-mel) surat layang itu tidak benar, saya boleh jangka tindakan undang-undang akan datang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Kod Sukan Selamat: Antigangguan Seksual Dalam Sukan di Institut Sukan Negara (ISN) di Bukit Jalil di sini hari ini.
Beliau turut memaklumkan terdapat sebahagian atlet renang para negara yang mahukan khidmat jurulatih itu untuk terus mengemudi pasukan dalam persiapan ke Sukan Paralimpik Paris 2024 pada 28 Ogos hingga 8 Sept depan.
Bagaimanapun, Hannah berkata MSN akan meneliti permintaan berkenaan sebelum sebarang keputusan dibuat terutamanya apabila ia melibatkan keselamatan atlet.
"Sekarang ini tuduhan melibatkan jurulatih dan polis sedang jalankan siasatan. Jadi kita tidak boleh ganggu siasatan tersebut tetapi ada atlet telah meminta supaya jurulatih ini (sama) terus melatih mereka. Ini jurulatih yang telah bersama mereka sejak 2017...jadi sudah lama.
"Atlet telah meminta (untuk jurulatih sama mengajar) kerana (mereka) akan bertanding di Sukan Paralimpik nanti di Paris, beberapa bulan lagi kerana mereka tidak mahu proses persediaan untuk ke Sukan Paralimpik terganggu," katanya.
Hannah turut mengesahkan tiada jurulatih baharu dimasukkan dalam Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) bagi mengganti jurulatih berkenaan.
Sebuah media tempatan melaporkan MPM mengesahkan seorang jurulatih para telah disiasat kerana melakukan gangguan seksual terhadap seorang atlet para bawah umur.
Menurut laporan itu, Presiden MPM Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin memaklumkan badan induk itu telah membuat laporan polis selepas menerima e-mel berhubung perkara itu daripada Persatuan Renang Para Malaysia (MPSA) manakala MSN pula menegaskan tidak menerima laporan ataupun aduan daripada mana-mana atlet para mengenai salah laku seksual oleh jurulatih sebelum aduan terbaharu pada Selasa (27 Feb).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 29 2024

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh ketika sidang media selepas merasmikan Seminar Kod Sukan Selamat: Antigangguan Seksual Dalam Sukan di Institut Sukan Negara, Bukit Jalil hari ini. - Foto Bernama

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Isu gangguan seksual: Jurulatih renang para direhatkan - Hannah
Jurulatih yang dikaitkan dengan kes gangguan seksual membabitkan perenang para negara direhatkan sehingga siasatan isu salah laku selesai.