Meskipun berjaya mengelak daripada kekalahan, pengendali Selangor, Irfan Bakti tidak menafikan kecewa dengan tahap disiplin barisan pertahanannya.

Namun, Irfan tetap memuji semangat juang pemain-pemainnya yang terus menjelmakan corak permainan menyerang, walaupun beraksi dengan 10 pemain.

Bekas pengendali Terengganu ini turut lega, awang importnya Francis Forkey Doe berjaya meraih jaringan pertama musim ini, pada Selasa.

Dalam pada itu, ketua jurulatih Perak, Azraai Khor Abdullah mengakui kecewa dengan jentera serangannya.

Pengendali kelahiran Kedah ini, tidak menolak kemungkinan melakukan perubahan taktikal, yang mampu membangkitkan persembahan skuad Yob selepas ini.