KUALA LUMPUR: Paul Revington memutuskan untuk melepaskan jawatanya sebagai Pengarah Pembangunan Teknikal dan Skuad Projek Khas Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) setahun sebelum kontraknya tamat.
Ia berikutan pelantikan rakyat Afrika Selatan itu sebagai Ketua Jurulatih pasukan lelaki England dan Great Britain, seperti diumumkan Hoki Great Britain menerusi satu kenyataan, hari ini.
"Saya amat gembira sepanjang bekerja dengan KHM dan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas kerja keras, sokongan dan kemurahan hati mereka.
"Ini adalah peluang yang hebat untuk saya dan kini menjadi tugas pasukan kejurulatihan kita untuk mengikut jejak langkah beberapa ketua jurulatih yang cemerlang dan memimpin satu lagi kumpulan atlet berbakat dalam perjalanan yang penuh aksi dengan peningkatan berterusan, kerja keras dan memberi inspirasi kepada negara melalui prestasi elit yang konsisten," kata Revington dalam kenyataan itu.
Revington, bekas Jurulatih Terbaik Dunia Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Jurulatih Pasukan Lelaki negara dari 2012-2014, selain berkhidmat sebagai Ketua Jurulatih Program Pembangunan Elit Skuad Wanita Great Britain.
Selain itu, beliau juga sebagai Penolong Jurulatih England dan pasukan wanita kanan Great Britain.
Revington kemudian kembali ke Malaysia pada Oktober 2020 untuk mengikat kontrak selama tiga tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 20 2022
Revington dilantik sebagai Ketua Jurulatih pasukan lelaki England dan Great Britain. - Gambar fail/BERNAMA
Suruhanjaya Eropah saman Hungary atas dakwaan pelanggaran hak asasi
Budapest gagal hilangkan kebimbangan mengenai undang-undang baharu Hungary yang bertujuan mengehadkan pembiayaan asing bagi kempen politik.
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
G7 desak pemain serantau di Asia Barat bertindak cermat dalam krisis
Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) mengulangi kebimbangan mereka terhadap krisis di Asia Barat dan menyeru pemain serantau supaya bertindak dengan bertanggungjawab serta berhemah.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
AS sokong operasi Israel di Lubnan meski risiko meluaskan konflik
Pentadbiran Joe Biden menyatakan bahawa adalah wajar untuk Israel meneruskan serangan darat dan udara terhadap Hezbollah buat masa ini, menurut jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Matthew Miller.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo, pada masa ini terdapat banyak perbincangan, tidak hanya antara syarikat-syarikat di negara serantau malah dunia berhubung perkara itu.
Hoki: Revington tinggalkan KHM, pulang ke Britain
Ia berikutan pelantikan rakyat Afrika Selatan itu sebagai Ketua Jurulatih pasukan lelaki England dan Great Britain.
Arul Selvaraj tidak setuju dilantik kendali Skuad Projek 2016
Arul menerima berita mengejutkan sebaik pulang dari Ireland, Sabtu lalu dan namanya dicadangkan sendiri oleh rakan karibnya, Paul Revington.
Revington letak sasaran tinggi pada kejohanan di Perth
Malaysia akan menentang Pakistan pada 17 Okt ini diikuti Australia pada hari berikutnya dan Argentina pada 19 Okt dalam kejohanan jemputan antarabangsa empat negara itu.
Beri sokongan kepada Revington, jauhi perselisihan - Tengku Abdullah
Keputusan Paul Revington utuk terus kekal bersama Skuad Hoki Kebangsaan mendapat reaksi positif Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
KBS-MSN bantu lerai isu perletakan jawatan Revington
Pengendali kebangsaan Paul Revington mengumumkan perletakkan jawatannya sebelum menarik balik keputusannya.
'Beri Revington ruang' - Arul Selvaraj
Penolong Jurulatih Skuad Hoki Kebangsaan, Arul Selvaraj mahu semua pihak beri ruang kepada Paul Revington untuk berehat seketika.
Revington tarik balik keputusan
Jurulatih skuad negara Paul Revington telah menarik balik keputusan peletakan jawatannya.
Rundingan sulit Paul Revington dengan MHC
Ketua Jurulatih Hoki Negara Paul Revington mengadakan pertemuan sulit dengan Pegawai Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).
Malaysia sedia berdepan cabaran
Paul Revington optimis pemainnya mampu menyerap tekanan menjelang saingan Liga Hoki Dunia pusingan separuh akhir di Johor Baharu.
Malaysia sedia hadapi cabaran separuh akhir Liga Hoki Dunia
Skuad hoki kebangsaan bersedia menghadapi persaingan pusingan ketiga separuh akhir kejohanan Liga Hoki Dunia yang bakal berlangsung di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru, Johor.