KUALA LUMPUR: Skuad hoki dalam dewan lelaki negara akhirnya menamatkan kemarau penantian selama lapan tahun untuk beraksi di pentas final Kejohanan Hoki Dalam Dewan Piala Asia 2022 selepas mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Kazakhstan di Bangkok, pada Ahad.
Malaysia, yang berkongsi 11 mata keseluruhan bersama Indonesia dan Kazakhstan, melangkah ke final dengan kelebihan jaringan untuk menghuni tangga kedua dan akan bertemu dengan pasukan teratas liga, Iran, pada pentas final hari ini.
Dalam perlawanan terakhir liga sepusingan di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok, skuad negara turun dengan misi tidak boleh kalah menghasilkan jaringan menerusi Muhammad Aslam Mohamed Hanafiah pada minit ke-22, namun Kazakhstan menyamakan kedudukan menerusi jaringan Daulet Urmanov pada minit ke-30.
Ketua jurulatih negara skuad hoki dalam dewan, Muhammad Amin Rahim yakin akan kebolehan anak buahnya untuk mempamerkan aksi garang dan penuh bertenaga dalam usaha merebut piala di pentas final itu.
Beliau berkata skuad negara akan memberi tumpuan sepenuhnya agar mampu memperkemaskan corak permainan menjadi lebih jitu ketika bertemu Iran, pasukan ranking ketiga dunia.
"Alhamdulillah selepas lapan tahun tidak beraksi di final Piala Asia, kami berjaya melepasi halangan ini di mana pujian diberikan pada semua pemain yg bertungkus lumus untuk merealisasikan impian dan harapan pasukan dan juga peminat hoki Malaysia.
"Setiap perancangan yang kami atur sebelum perlawanan, dilunaskan dengan baik oleh semua pemain.
"Kami akan terus fokus untuk perlawanan esok (Isnin) bertemu Iran dan cuba mencipta sejarah baharu hoki dalam dewan di Malaysia dengan membawa pulang trofi kejuaraan," katanya menerusi kenyataan dikeluarkan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC). malam tadi.
Dalam pada itu, Muhammad Amin berkata, pihaknya akan mengkaji kesilapan yang dilakukan anak buahnya selepas ditundukkan Iran 0-3 dalam aksi keempat, Jumaat lalu.
Pada edisi 2014 di Changhua, Taiwan, Malaysia tewas 1-5 kepada Iran pada pertemuan di pentas final.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 14 2022

Skuad hoki dalam dewan lelaki negara akhirnya tamatkan kemarau penantian selama lapan tahun untuk beraksi di pentas final Kejohanan Hoki Dalam Dewan Piala Asia 2022 selepas catat seri 1-1 dengan Kazakhstan. -FB Malaysia Hockey Confederation
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Hoki Dalam Dewan: Skuad wanita Malaysia ketiga terbaik Asia
Kejayaan di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok itu menyaksikan skuad negara memperbaiki pencapaian kedudukan keempat edisi 2019 sebelum ini.

Hoki: Penantian lapan tahun berakhir, Malaysia ke final hari ini
Malaysia melangkah ke final dengan kelebihan jaringan untuk menghuni tangga kedua dan akan bertemu dengan pasukan teratas liga, Iran, pada pentas final hari ini.