PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya perlu berhati-hati dengan taktikal baharu yang akan dimainkan pasukan Oman ketika berhadapan pasukan itu pada perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 /Sukan Asia 2027, pada 21 dan 26 Mac.
Pemain tengah Harimau Malaya Brendan Gan sedar bahawa pasukan ke-80 dunia itu, kini dilatih oleh bekas jurulatih pasukan kebangsaan Republik Czech Jaroslav Silhavy, yang menjadikan pasukan itu tentunya akan bermain dengan taktikal dan gaya permainan baharu.
Brendan berkata Malaysia yang berkedudukan ke-132 dunia itu perlu berhati-hati dalam menghadapi takikal baharu pasukan Oman, yang mungkin jauh berbeza berbanding sebelum ini, pada dua perlawanan penting yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Sultan Qaboos, Muscat pada 21 Mac dan Stadium Nasional Bukit Jalil, lima hari kemudian.
"Beliau tentunya akan membawakan taktikal baharu dan mengubah apa juga sistem yang mereka ada sebelum ini, itu akan menjadi perkara paling sukar untuk kami mengetahui bagaimana cara mereka akan bermain. Bagaimanapun kita akan bertindak balas atas apa juga mereka akan lakukan dan tumpukan kepada apa yang kami boleh lakukan dan apa yang boleh diperbaiki.
"Kami juga perlu lihat semula dan kenal pasti apa kesilapan yang telah dilakukan di Piala Asia.
"Bagaimanapun, saya fikir rakan-rakan saya bersedia untuk tunjukkan apa yang boleh kami lakukan kerana kedudukan kami yang lebih baik dan kami tidak mahu mensia-siakan kedudukan kami sekarang," katanya kepada media selepas sesi latihan di Wisma FAM di sini hari ini.
Silhavy, 62, yang melatih Republik Czech dari 2018-2023 dan membawa Slavia Prague memenangi gelaran musim 2016-2017, menggantikan jurulatih dari Crotia Branko Ivankovic yang dibuang Persatuan Bola Sepak Oman (OFA) selepas prestasi buruk di Piala Asia 2023.
Sementara itu Brendan yang meninggalkan Selangor FC bulan lepas berkata beliau cuba untuk berada dalam keadaan terbaik dengan berlatih setiap hari, walaupun beliau kini tidak bersama mana-mana kelab.
"Untuk saya, di luar musim bukanlah untuk hanya duduk diam, tidak melakukan apa-apa dan menonton televisyen. Saya akan cuba untuk terus cergas, bersenam setiap hari, manakala sebahagian daripada rakan sepasukan juga telah pun memulakan latihan bersama pasukan mereka.
"Saya rasa ia cuma masa perlawanan, kami akan perlu perlawanan kecergasan dan berintensiti, kami akan sampai ke situ. Pasukan kejurulatihan tahu perkara itu dan telah lakukan yang terbaik sebelum ini dalam menjadikan pasukan kami bersedia untuk berhadapan pasukan berkualiti tinggi," katanya.
Apabila ditanya mengenai pasukan baharu, beliau berkata dia belum membuat sebarang keputusan.
Malaysia kini berada dalam haluan yang betul untuk layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia buat pertama kali, dengan mendahului Kumpulan D dengan kelebihan tiga mata ke atas Oman selepas menewaskan Kyrgyzstan 4-3 dan Taiwan 1-0 tahun lepas, diikuti Oman dan Kyrgyzstan (masing-masing 3 mata), manakala Taiwan tanpa sebarang mata.
Sebelum berhadapan Oman, Harimau Malaya akan bertemu Nepal yang berkedudukan ke-175 dunia pada 15 Mac dalam perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 tertutup, di Wisma FAM sebagai aksi pemanas badan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2024
![Harimau Malaya perlu berhati-hati berhadapan dengan Oman - Brendan Harimau Malaya perlu berhati-hati berhadapan dengan Oman - Brendan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699802315_BrendanGan.jpg)
Brendan Gan sedar bahawa pasukan itu tentunya akan bermain dengan taktikal dan gaya permainan baharu. - Gambar fail/Stadium Astro
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Saya tidak boleh bayangkan Ronaldo beraksi di Piala Dunia 2026 - Alex Ferguson Saya tidak boleh bayangkan Ronaldo beraksi di Piala Dunia 2026 - Alex Ferguson](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720835300_CristianoRonaldo.jpg)
"Saya tidak boleh bayangkan Ronaldo beraksi di Piala Dunia 2026" - Alex Ferguson
Ferguson percaya Ronaldo sudah memiliki segalanya sepanjang karier bola sepaknya.
![Harimau Malaya daki tiga anak tangga, Thailand cecah 100 terbaik dunia Harimau Malaya daki tiga anak tangga, Thailand cecah 100 terbaik dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718885691_HarimauMalaya.jpg)
Harimau Malaya daki tiga anak tangga, Thailand cecah 100 terbaik dunia
Skuad Harimau Malaya melonjak tiga anak tangga untuk menduduki tempat ke-135 dunia berdasarkan kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.
![Pan Gon sakit hati Harimau Malaya kempunan menang dengan jaringan besar Pan Gon sakit hati Harimau Malaya kempunan menang dengan jaringan besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718142997_KimPanGon.jpg)
Pan Gon sakit hati Harimau Malaya kempunan menang dengan jaringan besar
Kim Pan Gon sifatkan kegagalan mencatat jumlah jaringan besar seperti diharapkan ke atas Taiwan sangat menyakitkan.
![Walau tanpa pemain utama, Harimau Malaya mampu raih kemenangan besar - Pan Gon Walau tanpa pemain utama, Harimau Malaya mampu raih kemenangan besar - Pan Gon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703602195_KimPanGon.jpg)
Walau tanpa pemain utama, Harimau Malaya mampu raih kemenangan besar - Pan Gon
Walau turun tanpa beberapa pemain, Malaysia masih mampu melakar kemenangan besar ke atas Taiwan dalam perlawanan terakhir Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
![Messi tidak pasti mengenai penyertaan Piala Dunia 2026 Messi tidak pasti mengenai penyertaan Piala Dunia 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717822700_TBMessi.jpg)
Messi tidak pasti mengenai penyertaan Piala Dunia 2026
Lionel Messi telah menimbulkan keraguan mengenai peluangnya untuk bermain di kejohanan utama ke-13 untuk Argentina pada Piala Dunia 2026.
![Peluang Harimau Malaya cipta sejarah semakin tipis Peluang Harimau Malaya cipta sejarah semakin tipis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717714651_HarimauMalaya.jpg)
Peluang Harimau Malaya cipta sejarah semakin tipis
Keputusan itu menyaksikan skuad Harimau Malaya kekal di kedudukan ketiga saingan Kumpulan D dengan mengumpul tujuh mata.
![Daniel sedia galas tugas bek sayap bagi lebih sengat skuad Harimau Malaya Daniel sedia galas tugas bek sayap bagi lebih sengat skuad Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710884420_DanielTing.jpg)
Daniel sedia galas tugas bek sayap bagi lebih sengat skuad Harimau Malaya
Daniel Ting bersedia untuk mengambil alih peranan lebih menyerang bagi mengimbangi ketiadaan beberapa pemain sayap pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bulan ini.
![Pan Gon hilang tiga tonggak utama menjelang pertemuan dengan Kyrgystan, Taiwan Pan Gon hilang tiga tonggak utama menjelang pertemuan dengan Kyrgystan, Taiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712722817_pangon.jpg)
Pan Gon hilang tiga tonggak utama menjelang pertemuan dengan Kyrgystan, Taiwan
Tiga pemain itu ialah pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi dan Mohamad Faisal Abdul Halim serta penyerang Romel Morales.
![Laine sedia rebut tempat berdepan Oman Laine sedia rebut tempat berdepan Oman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679305742_NooaLaine.jpg)
Laine sedia rebut tempat berdepan Oman
Nooa Laine bertekad untuk menawan hati Pan Gon sekiranya dipilih antara 25 pemain bagi mengharungi saingan Kumpulan D kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia menentang Oman.
![Harimau Malaya perlu berhati-hati berhadapan dengan Oman - Brendan Harimau Malaya perlu berhati-hati berhadapan dengan Oman - Brendan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699802315_BrendanGan.jpg)
Harimau Malaya perlu berhati-hati berhadapan dengan Oman - Brendan
Skuad Harimau Malaya perlu berhati-hati dengan taktikal baharu yang akan dimainkan pasukan Oman ketika berhadapan pasukan itu pada perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026.