Tiada tekanan buat Felda United untuk mengharungi Liga Super 2013. Bagi pengendalinya, K. Devan, pemain telah mempamer prestasi memuaskan, kini hanya tinggal nasib sahaja yang belum memihak pasukan itu.

Dari segi keserasian pemain, Devan akui Felda masih punya sedikit kelemahan. Ini jelas kelihatan dalam enam aksi Liga Super yang diharungi.

Malah bekas pengendali Selangor ini bakal mengambil pendekatan terbaik untuk merubah keadaan itu.

Jelasnya, beberapa penambahbaikan akan diserap di kalangan pemain bagi memastikan prestasi Felda United dapat dipertingkatkan dan mencapai sasaran ditetapkan.