SEPANG: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengucapkan tahniah kepada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang, yang menghadiahkan kilauan emas berganda pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Velodrom Nasional, Nilai.
Hannah berkata beliau akan memastikan mesyuarat dengan Jawatankuasa Road To Gold (RTG) esok, akan membincangkan aspek keperluan Mohd Azizulhasni untuk memastikan kejayaannya terus dapat dicapai, di peringkat antarabangsa.
"Saya ucap tahniah kepada Azizulhasni menang emas dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom (kejayaan di ACC) dan esok semasa mesyuarat RTG kita lihat bagaimana boleh tingkatkan lagi sokongan buat kedua-dua atlet itu," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Mohd Azizulhasni yang dikenali sebagai The Pocket Rocketman merangkul gelaran keirin lelaki dengan mengenepikan cabaran getir tiga pelumba Jepun, hari ini.
Kemenangan itu menyaksikan beliau mencipta legasi sendiri untuk meraih pingat emas ke-12 di ACC, selain menamatkan penantian lapan tahun untuk kembali bergelar 'Raja Keirin Asia', selepas edisi 2015 di Nakhon Ratchasima, Thailand.
Mohd Azizulhasni turut meraih kejuaraan acara pecut elit lelaki buat kali ketujuh pada Jumaat lepas (16 Jun), selepas edisi 2008, 2009, 2014, 2017, 2019 dan 2020.
Hannah memaklumkan mesyuarat itu turut akan membincangkan keperluan dan bentuk sokongan yang diperlukan kesemua 15 atlet, yang telah tersenarai dalam RTG.
Atlet yang terlibat selain Mohd Azizulhasni dan Muhammad Shah ialah jaguh badminton negara, Lee Zii Jia serta empat pasangan atlet badminton iaitu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi (beregu lelaki), Pearly Tan dan M. Thinaah (beregu wanita), Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing (beregu campuran), serta Goh Soon Huat dan Shevon Lai Jemie (beregu campuran).
Turut tersenarai, atlet akuatik terjun Datuk Pandalela Rinong Pamg dan Nur Dhabitah Sabri.
Ditanya adakah beliau terkejut selepas Zii Jia mengumumkan mahu berehat sementara waktu daripada menyertai kejohanan badminton, Hannah berkata ia adalah fasa turun naik yang dihadapi oleh atlet.
"Saya tidak terkejut (Zii Jia umum berehat sementara waktu) sebab untuk atlet naik turun menang kalah memang dah biasa, jadi kita ada hari yang cemerlang dan juga tidak. Namun, konsisten bagi atlet itu adalah penting dan esok kita akan bincangkan," katanya.
Zii Jia tewas seawal pusingan pertama Kejohanan Terbuka Indonesia 2023 pada Rabu (14 Jun), kepada pemain India Lakshya Sen 21-17, 21-13, dalam tempoh 33 minit di Stadium Istora Senayan.
Selepas kekalahan itu, Zii Jia mengumumkan beliau mengambil keputusan untuk berehat sementara waktu daripada menyertai kejohanan badminton, namun tidak mendedahkan berapa lama tempoh rehat yang akan diambil oleh beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 18 2023
![Hannah ucap tahniah kejayaan Mohd Azizulhasni di AAC Hannah ucap tahniah kejayaan Mohd Azizulhasni di AAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681803889_RoadToGold.jpg)
Dalam mesyuarat dengan Jawatankuasa RTG esok, akan dibincangkan aspek keperluan Mohd Azizulhasni demi memastikan kejayaannya di peringkat antarabangsa. - Gambar fail
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
AB Rauf sahkan ada rombakan kabinet negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan kerajaan negeri akan melaksanakan rombakan portfolio exco dalam tempoh terdekat.
Penyedia diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan – Penyelidik MIROS
Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh berkata operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Tumpuan Sabtu – 28 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Petra belum dirujuk, tiada keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana PETRA belum dirujuk serta dimaklumkan oleh TNB berkaitan perkara tersebut.
![Azizulhasni ketepi saingan Ridwan, juarai acara pecut di Nilai Azizulhasni ketepi saingan Ridwan, juarai acara pecut di Nilai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716298578_Azizulhasni.jpg)
Azizulhasni ketepi saingan Ridwan, juarai acara pecut di Nilai
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang tidak berdepan masalah menjuarai acara pecut lelaki elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2024.
![PKBM sasar Mohd Azizulhasni raih pingat emas di Sukan Olimpik Paris PKBM sasar Mohd Azizulhasni raih pingat emas di Sukan Olimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684254256_AzizulhasniAwang.jpg)
PKBM sasar Mohd Azizulhasni raih pingat emas di Sukan Olimpik Paris
Amarjit berkata sasaran itu bukan dilakukan secara tiba-tiba malah ia realistik berdasarkan keadaan The Pocket Rocketman ketika ini.
![Pocket Rocketman masih berbisa, peroleh emas di Piala UCI Adelaide Pocket Rocketman masih berbisa, peroleh emas di Piala UCI Adelaide](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684254256_AzizulhasniAwang.jpg)
Pocket Rocketman masih berbisa, peroleh emas di Piala UCI Adelaide
Kemenangan itu sekali gus memberi mata buat Mohd Azizulhasni untuk ke pentas Sukan Olimpik Paris 2024, Julai ini.
![Azizulhasni gagal dalam misi raih podium Kejohanan Berbasikal Trek Dunia Azizulhasni gagal dalam misi raih podium Kejohanan Berbasikal Trek Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684254256_AzizulhasniAwang.jpg)
Azizulhasni gagal dalam misi raih podium Kejohanan Berbasikal Trek Dunia
Laluan Azizulhasni tersekat selepas beliau menamatkan aksi saringan pertama pusingan separuh akhir di kedudukan keempat.
![Azizulhasni diyakini mampu lakar sejarah peroleh emas di Olimpik Paris Azizulhasni diyakini mampu lakar sejarah peroleh emas di Olimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51662051741_TBAZIZULTOKYO.jpg)
Azizulhasni diyakini mampu lakar sejarah peroleh emas di Olimpik Paris
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dilihat mampu melakar sejarah untuk menamatkan penantian pingat emas negara di Sukan Olimpik Paris 2024.
![Azizulhasni, Pandelela calon Olahragawan, Olahragawati Kebangsaan Azizulhasni, Pandelela calon Olahragawan, Olahragawati Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674224536_AzizulhasniPandele.jpg)
Azizulhasni, Pandelela calon Olahragawan, Olahragawati Kebangsaan
Jaguh berbasikal trek Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan ratu terjun Datuk Pandelela Rinong tersenarai sebagai calon Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan Anugerah Sukan Negara (ASN) 2021.
![Nurul Izzah mahu jadi sehebat Mohd Azizulhasni Nurul Izzah mahu jadi sehebat Mohd Azizulhasni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81657119180_IzzahIzzati.jpg)
Nurul Izzah mahu jadi sehebat Mohd Azizulhasni
Gadis berusia 19 tahun itu berkata menjuarai Kejohanan Dunia dan memenangi pingat di Sukan Olimpik adalah pencapaian yang disasarkan dalam kariernya.
![Mohd Azizulhasni rancang bersara selepas Sukan Olimpik Paris 2024 Mohd Azizulhasni rancang bersara selepas Sukan Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51642853971_TBazizulhasni.jpg)
Mohd Azizulhasni rancang bersara selepas Sukan Olimpik Paris 2024
Ia akan menjadi penampilan kelimanya di pentas temasya sukan berprestij itu.
![Azizulhasni, Shah Firdaus masuki 'gear akhir' di Nilai sebelum ke Tokyo Azizulhasni, Shah Firdaus masuki 'gear akhir' di Nilai sebelum ke Tokyo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41622981068_pelumbaberbasikal.jpg)
Azizulhasni, Shah Firdaus masuki 'gear akhir' di Nilai sebelum ke Tokyo
Azizulhasni telah menerima suntikan dos pertama di Australia baru-baru ini manakala Muhammad Shah Firdaus masih belum disuntik sehingga kini.
![KBS sedia bantu Azizulhasni, Shah Firdaus dapatkan suntikan vaksin di Australia KBS sedia bantu Azizulhasni, Shah Firdaus dapatkan suntikan vaksin di Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61617098024_AustralianNational.jpg)
KBS sedia bantu Azizulhasni, Shah Firdaus dapatkan suntikan vaksin di Australia
Kementerian Belia dan Sukan sedia membantu menguruskan proses suntikan vaksin kepada jaguh berbasikal kebangsaan Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang kini berada di Australia.