SEPANG: Selepas dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejuaraan Asia Talent Cup (ATC) 2022 pada Ahad lepas, pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli berharap mampu mengekalkan momentum kemenangan dalam penampilan sulungnya di Red Bull MotoGP Rookies Cup musim 2023.
Perlumbaan yang berlangsung di Mandalika International Street Circuit di Lombok, Indonesia itu menyaksikan pelumba berusia 15 tahun yang lebih mesra disapa Hakim Danish menjadi rakyat Malaysia pertama dan pelumba kedua dari Asia Tenggara bergelar juara keseluruhan, sejak saingan perlumbaan itu mula diperkenalkan pada 2014.
Pelumba muda berasal dari Terengganu itu mengumpul 187 mata keseluruhan di posisi teratas senarai kedudukan pelumba, mengetepikan cabaran Shinya Ezawa dari Jepun yang mengumpul 177 mata dan pelumba tuan rumah Vede Ega mengutip 141 mata bagi kedudukan di posisi ketiga.
Anak kedua dari empat adik beradik itu tidak mampu menyembunyikan perasaan gembira dan bersyukur apabila mampu menutup tirai perlumbaan musim 2022 dengan penuh bergaya, sekali gus berharap terus menghasilkan 'magis' pada tahun hadapan.
"Saya sangat gembira dapat gelaran juara keseluruhan ATC dan sebagai rakyat Malaysia pertama menang kejuaraan ini. Saingan sangat sengit sebelum perlumbaan terakhir di Lombok di mana saya hanya dibezakan tiga markah dengan Shinya Ezawa dari Jepun.
"Tahun ini puas hati, tahun depan perlu bekerja keras dan kekal momentum kerana akan mula bermain dalam Red Bull Rookies Cup di mana pelumba Eropah mempunyai kelajuan yang tinggi jadi kena mula buat persediaan yang awal," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam semalam.
Beliau mahu mendedikasikan kemenangan berkenaan kepada Litar Antarabangsa Sepang (SIC), kru ZK Racing dan seluruh ahli keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan galakan sepanjang kerjaya permotorannya.
Kejayaan merangkul gelaran juara keseluruhan ATC hadir selepas Hakim Danish berjaya menduduki tempat pertama pada dua perlumbaan pusingan kedua di Lombok pada Mac lepas, diikuti perlumbaan pertama pusingan keempat di Thailand dan perlumbaan pertama pusingan kelima di Litar Antarabangsa Sepang bulan lepas, sebelum kembali beraksi di Lombok bulan ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif berkata beliau amat berpuas hati dengan kejayaan Hakim Danish pada musim ini yang mampu membuka mata masyarakat di luar sana tentang kewujudan sukan permotoran.
"Kita nampak dia (Hakim Danish) permata baharu yang masih perlu digilap bersama pengurus ZK Racing Zulfahmi Khairuddin dan pasukan. Setakat ini perbincangan masa depan bersama pengurus ialah Hakim Danish akan beraksi di ATC bagi satu tahun lagi dan buat penampilan sulung di Red Bull Rookies Cup," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 15 2022

Hakim Danish tekad bekerja lebih keras bagi mengharungi perlumbaan motosikal musim depan. - Foto Agensi
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Hakim Danish mahu kekal momentum di Red Bull MotoGP Rookies Cup 2023
Hakim Danish Ramli berharap mampu mengekalkan momentum kemenangan dalam penampilan sulungnya di Red Bull MotoGP Rookies Cup musim 2023.

Hakim Danish terus gegar Lombok
Kejayaan diraih di Litar Mandalika itu menyaksikannya melakar kejayaan berganda selepas turut menjuarai perlumbaan pertama di venue sama, semalam.