Great Britain muncul juara Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2015 selepas mengalahkan juara bertahan India 4-3 menerusi penentuan penalti selepas terikat 2-2 pada final di Stadium Hoki Taman Daya, di sini, Ahad malam.
Jack Clee muncul wira pasukan apabila menjaringkan gol kemenangan untuk membantu Great Britain menjulang kejuaraan buat pertama kali pada cabaran edisi kelima kali ini.
Sebelum itu, tiga gol penentuan penalti skuad kendalian Jon Bleby itu dijaringkan oleh Clee (dua gol), Ed Holler dan kapten pasukan Luke Taylor.
Sementara, pukulan penentuan penalti India dihasilkan menerusi jaringan kapten pasukan Harjeet Singh (dua gol) dan Harmanpreet Singh.
Ini merupakan pertemuan kedua pasukan itu dalam final.
Terdahulu, Great Britain memulakan saingan agak garang dengan serangan bertubi-tubi ke gawang juara dua kali itu sebaik sahaja perlawanan dimulakan.
Pukulan sudut penalti pertama mereka seawal minit ketiga membuahkan hasil apabila hantaran Robert Farrington berjaya disempurnakan oleh Taylor, seminit kemudian.
India bangkit menyamakan kedudukan 1-1 menerusi pukulan sudut penalti pertama mereka pada minit ke-12 apabila hantaran Parvinder Singh berjaya dijaringkan oleh Harmanpreet tepat ke gawang sebelah atas kanan lawan.
Cubaan demi cubaan oleh kedua-dua pasukan gagal membuahkan sebarang jaringan sehingga keputusan terikat 1-1 sehingga wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan.
Bermula babak kedua, India nampak mengasak pintu gawang lawan namun percubaan demi percubaan berjaya dipatahkan oleh pemain pertahanan yang diketuai Taylor.
Namun begitu, penyerang India, Gurjant Singh berjaya menjaringkan gol kedua buat India pada minit ke-42 yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol Great Britain, Chris Wyver.
Selang empat minit kemudian, Great Britain bangkit menyamakan kedudukan dengan skuad kendalian Harendra Singh, menerusi jaringan solo Jack Turner, sekali gus menewaskan penjaga gawang Suraj Karkera.
Sementara itu, Australia memenangi Anugerah Fair Play, Taylor memenangi Anugerah Penjaring Terbanyak, Wyer (Penjaga Gol Terbaik) dan pemain India, Harjeet dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan.
Bernama
Sun Oct 18 2015
Jack Clee muncul wira pasukan apabila menjaringkan gol kemenangan untuk membantu Great Britain menjulang kejuaraan buat pertama kali pada cabaran edisi kelima kali ini. - Foto Bernama
AWANI Ringkas: Pendatang asing tanpa izin | Kekecohan di Wisma Transit
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Ahad – 06 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Polis siasat dakwaan buli di sekolah berasrama penuh di KL
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kejadian buli membabitkan anak seorang penyanyi dan beberapa individu lain di sebuah sekolah berasrama penuh di ibu negara.
Peruntukan tebatan banjir Sungai Damansara diluluskan, kurangkan risiko di Sungai Buloh
Peruntukan berjumlah RM481 juta bagi Projek Tebatan Banjir Sungai Damansara telah diluluskan sebagai usaha mengurangkan risiko banjir di kawasan Parlimen Sungai Buloh.
AWANI 7:45 [05/10/2024] – Tunggu perkenan Majlis Raja-Raja | Inflasi dan gaji jadi tumpuan | Kes terpencil | Zionis terus angkuh
- Tiga negeri fatwakan GISB sesat, siasatan libat 10 peruntukan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
Pekebun boleh kemuka tuntutan akibat serangan haiwan liar
Pekebun yang mengalami kerugian hasil tanaman akibat ancaman haiwan liar boleh mengemukakan tuntutan pampasan terhadap kerosakan yang berlaku.
AWANI Ringkas: GISB Holdings | Kes tembakan di Song | PR1MA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki rugi RM224,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga tempatan berputih mata apabila kerugian RM224,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi WhastApp.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 Oktober 2024
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
Serangan gajah: Perhilitan terus pantau Kampung Basung
Perhilitan Terengganu akan meneruskan pemantauan di Kampung Basung di Kuala Berang bagi mengesan gajah liar yang menyebabkan kematian warga emas hari ini.
Virus korona jejas pendapatan, dana kerajaan ditagih hartawan
Akibat tidak sanggup menanggung beban pembayaran gaji dari poket sendiri, mereka dikecam tangkai jering.