Golongan orang kelainan upaya (OKU) tidak ketinggalan dalam memeriahkan lagi sambutan Hari Sukan Negara di Sarawak.
Pelbagai kejohanan sukan diadakan bagi golongan berkenaan termasuk Kejohanan Tenpin Boling di Mega Lanes, E-Mart, Batu Kawah.
Kejohanan Tenpin Boling itu disertai lebih daripada 150 peserta yang bukan sahaja disertai golongan OKU, malah peserta normal bagi memupuk semangat bersaing yang sihat dalam bersukan.
“Adalah sesuatu yang sangat bermakna bagi komuniti melibatkan golongan OKU ini untuk turut serta dalam suasana yang mesra dan kompetitif. Ini kali pertama seumpamanya acara sukan seperti ini kami anjurkan,” ujar Presiden Persatuan Tenpin Boling Para Negeri Sarawak, Dunstan Lim.
Selain itu, dalam menjayakan Kejohanan Tenpin Boling, mereka turut sama-sama meraikan anak-anak yatim bagi memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara kali ini.
“Kami tidak mahu dilihat sekadar menerima apa yang ada sahaja. Kami juga mahu membalas semula kepada masyarakat. Sebab itu kami mengajak anak-anak yatim untuk menyertai acara ini,” ujarnya.
Sementara itu, bagi Ketua Jurulatih Sukan Paralimpik Sarawak, Abang Kassim Kadir golongan OKU juga perlu diberi perhatian dalam penglibatan aktiviti kesukanan terutama mereka yang mempunyai minat mendalam dalam bidang tersebut.
Mariah Ahmad
Sat Oct 08 2016
Pelbagai kejohanan sukan diadakan bagi golongan berkenaan termasuk Kejohanan Tenpin Boling di Mega Lanes, E-Mart, Batu Kawah. - Foto Astro AWANI
Aerotrain KLIA dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025
Langkah itu selaras dengan pelan penggantian Aerotrain di Terminal 1, KLIA yang dijadual siap sepenuhnya pada 31 Jan, 2025.
Simpanan air mentah Empangan Muda, Bukit Merah terus rekod paras bahaya
Lima lagi empangan menunjukkan baki stok simpanan air mentah semasa berada pada paras amaran.
Imigresen Negeri Sembilan gempur penempatan haram warga asing
Seramai 69 warga Indonesia dan Bangladesh termasuk lapan wanita berusia dalam lingkungan 24 hingga 60 tahun diperiksa.
YB Kinabatangan mahu bawa 'tour' ke kawasan miskin tegar
"Saya rela bawa YB dua tiga hari, kita 'tour' di kawasan miskin tegar. Biar YB nampak keparat macam mana corak kemiskinannya. Jalan raya tiada, elektrik tiada ,air tiada," kata YB Kinabatangan.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
Pupuk minat STEM, PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis anjur program di sekolah
Anwar berkata inisiatif tersebut perlu dilakukan bagi meningkatkan minat pelajar kepada Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) yang dilaporkan semakin berkurangan sekarang.
Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Punca kematian Nur Farah Kartini Abdullah masih belum dapat disahkan berikutan bahagian dada dan mukanya yang reput ketika dijumpai.
10 daerah termiskin, lapan daripadanya adalah di Sabah
Menteri Ekonomi perincikan 10 daerah termiskin di Malaysia dan lapan daripadanya adalah di Sabah. Ia termasuk Tongod, Beluran, Pitas, Kinabatangan, Kota Marudu, Tuaran, Ranau dan Lahad Datu.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan
Abang kepada mangsa berkata lokasi sebenar pengebumian adik bongsunya itu akan dimaklumkan kelak.
Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin
Ketika itu, Azharuddin ligat berfikir, apa harus diperkatakan kerana semua sudah tahu orang kesayangan mereka telah tiada.
Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT
Keputusan berkenaan juga berasaskan aspek daya maju komersial laluan terbabit.
Golongan OKU tidak ketinggalan meriahkan Hari Sukan Negara
Pelbagai kejohanan sukan diadakan bagi golongan berkenaan termasuk Kejohanan Tenpin Boling di Mega Lanes, E-Mart, Batu Kawah.