KUALA LUMPUR: Sabah FC bangkit daripada kekecewaan tersingkir daripada saingan Piala FA minggu lepas dengan merakam kemenangan 2-1 ke atas Petaling Jaya (PJ) City FC pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.
Pada aksi itu, skuad Sang Badak berdepan tentangan sengit pasukan tuan rumah terutama di separuh masa pertama yang menyaksikan PJ City mendahului 1-0 hasil tandukan penyerang Darren Lok berpunca daripada sepakan penjuru V Ruventhiran pada minit ke-34.
Bagaimanapun, rentak itu gagal diteruskan PJ City di babak kedua dengan Sabah yang dibimbing bekas pengendali skuad Kebangsaan Datuk Ong Kim Swee tampil lebih garang sebelum pemain import dari Jepun Taiki Kagayama menyamakan kedudukan selepas merembat bola muntah pada minit ke-48.
Gol kemenangan Sabah hadir pada minit ke-75 menerusi penyudah Mohamad Irfan Fazail selepas beliau bijak mencari ruang terbuka untuk menampan hantaran lambung rakan sepasukan yang gagal diselamatkan penjaga gol Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.
Kemenangan itu membolehkan Sabah yang mengumpul 28 mata selepas mengharungi 11 aksi terus memberi tekanan ke atas pendahulu Johor Darul Ta'zim (JDT) yang menerajui takhta liga dengan 29 mata, namun kurang dua perlawanan.
Di Stadium Hang Jebat, Melaka, pasukan tuan rumah Melaka United FC menikmati malam gemilang selepas membelasah pasukan tercorot Penang FC 4-1 sekali gus merakam kemenangan keempat mereka musim ini.
Melaka United memulakan aksi dengan bergaya apabila mendahului seawal minit keempat menerusi pemain sayap import dari Ghana Emmanuel Oti sebelum penyerang import dari Brazil Adriano Narcizo menggandakan kedudukan pada minit ke-36 selepas melepaskan rembatan dari luar kotak penalti.
Bersambung babak kedua, Penang semakin tertekan selepas dua lagi pemain import Ifedayo Olusegun dan Justin Baas masing-masing meledak gol ketiga dan keempat Melaka United pada minit ke-58 dan ke-60, namun berhasil memperoleh gol sagu hati yang disumbangkan Lucas Silva pada minit ke-86.
Sementara itu, dalam aksi Liga Premier, Johor Darul Ta'zim (JDT) II merampas kedudukan kedua dengan kejayaan membenam UiTM FC 4-0 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang.
Pada aksi itu, pemain muda Daryl Sham mencuri tumpuan apabila meledak dua gol pada minit ke-20 dan ke-62 sementara Moussa Sidibe dan Gabriel Nistelrooy Tamin masing-masing mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-26 dan ke-89 untuk membantu pasukan meraih tiga mata berharga.
Dalam pada itu, Terengganu FC II dikejutkan dengan kekalahan 0-2 di tangan PDRM FC menerusi jaringan Milos Lacny pada minit ke-48 dan Martin Adamec pada minit ke-90 memastikan pasukan pelawat pulang dengan senyuman pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu.
Di Stadium UiTM, Shah Alam, jaringan tunggal oleh Ferris Danial Mat Nasir pada minit ke-77 memastikan Perak FC meraih kemenangan 1-0 ke atas Selangor FC 2.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 26 2022
Kemenangan malam tadi membolehkan Sabah yang mengumpul 28 mata selepas mengharungi 11 aksi terus memberi tekanan ke atas JDT yang menerajui takhta liga dengan 29 mata, namun kurang dua perlawanan.
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
AB Rauf sahkan ada rombakan kabinet negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan kerajaan negeri akan melaksanakan rombakan portfolio exco dalam tempoh terdekat.
Penyedia diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan – Penyelidik MIROS
Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh berkata operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Tumpuan Sabtu – 28 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Petra belum dirujuk, tiada keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana PETRA belum dirujuk serta dimaklumkan oleh TNB berkaitan perkara tersebut.
Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.
Sabah melangkah ke suku akhir Piala Malaysia dengan bergaya
Sabah menerima saingan sengit yang menyaksikan kedudukan terikat tanpa jaringan di separuh masa pertama.
Bukan tugas mudah gantikan 'Tok Guru' dalam Sabah FC - Alto Linus
Katanya, mengekalkan prestasi setiap pemain serta mengekalkan corak permainan itu tugas amat mencabar.
Tiada lantikan ketua jurulatih, Sabah FC kekalkan barisan kejurulatihan
Sabah FC memutuskan untuk mengekalkan barisan kejurulatihan sedia ada dan tiada lantikan baharu bagi mengisi kekosongan Ketua Jurulatih musim ini menggantikan Datuk Ong Kim Swee.
Kim Swee yakin mentaliti positif pacu kejayaan Sabah FC
Datuk Ong Kim Swee berharap Sabah FC mengekalkan momentum terbaik mereka setelah beliau melepaskan jawatan Ketua Jurulatih pasukan itu hujung bulan ini.
Sabah FC sambung kontrak Kim Swee hingga hujung musim 2024/2025
Kontrak Kim Swee pada asalnya bakal berakhir pada 30 Nov ini, namun kini disambung hingga April tahun depan.
Sabah FC teruskan rentak kemenangan, tewaskan Kelantan 4-1
Kemenangan dimulakan dengan jaringan Joao Pedro menerusi tandukan hasil hantaran lintang daripada Stuart Wilkin pada minit ke-17.
Ong Kim Swee puji disiplin pemain Sabah FC, benam Penang FC 4-0
Ong Kim Swee puji disiplin oleh anak buahnya sepanjang 90 minit permainan ketika membenam Penang FC dengan jaringan 4-0, malam tadi.
Duarte diharap selesai masalah penyudah tumpul Sabah FC - Kim Swee
Ketumpulan penyudah yang dialami Sabah FC sebelum ini menghalang Sabah FC daripada memperoleh keputusan positif dalam beberapa perlawanan.
Sabah FC ikat penyerang import baharu dari Brazil
Sabah FC memaklumkan Joao Pedro Boeira Duarte, 24, mengikat kontrak selama sembilan bulan bermula 15 Ogos lepas hingga 30 April tahun depan.