Beraksi di gelanggang sendiri ada pro dan kontranya, dan bagi skuad gimnastik negara ke temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bulan depan sokongan peminat tempatan dikhuatiri memberi tekanan tinggi yang tidak mampu ditangani dalam usaha mempertahankan pingat emas mereka.
Kebimbangan itu diluahkan pengurus pasukan Azmi Hassan yang mahu gimnas negara, khususnya atlet wanita, berusaha menangani tekanan dengan meningkatkan motivasi masing-masing.
"Apa yang saya paling khuatir ialah sokongan dan sorakan orang ramai... mereka (gimnas) tidak biasa. Biasa di luar negara tidak banyak sorakan. Saya risau mereka tidak boleh terima tekanan tinggi, terutamanya gimnas wanita. Gimnas lelaki saya rasa tidak ada masalah.
"Cabaran dan tekanan memang agak tinggi, tidak dinafikan. Kami mahu sekurang-kurangnya pertahankan pingat di Singapura atau buat lebih baik. Kita mahukan kepercayaan dan sokongan daripada rakyat Malaysia," katanya pada sidang media di Majlis Sukan Negara hari ini.
Acara gimnastik akan berlangsung di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa (MITEC) di sini.
Pada edisi 2015 di Singapura, skuad negara meraih tiga pingat emas menerusi acara berpasukan wanita yang dibarisi Tracie Ang, Farah Ann, Tan Ing Yueh, Nur Eli Ellina, Siti Nur Bahirah dan Lavinia Jayadev manakala dua lagi emas masing-masing dalam acara palang bertingkat menerusi Tan Ing Yueh dan Farah Ann Abdul Hadi (senaman lantai).
Dalam pada itu, Azmi berkata kesemua gimnas wanita dan lelaki masing-masing baru sahaja selesai menjalani latihan selama tiga minggu di Australia dan Jepun.
Katanya ada beberapa gimnas mengalami kecederaan namun skuad negara tidak bimbang kerana kecederaan yang dialami adalah ringan dan biasa bagi sukan berkenaan.
Mengulas mengenai persediaan skuad gimnastik artistik negara, beliau berkata mengikut perancangan, gimnas lelaki akan ke Sukan Universaide di Taiwan sebagai pasukan jemputan bermula 4 hingga 10 Ogos ini untuk latihan dan pertandingan terakhir sebelum KL2017 bermula.
Sementara itu, jurulatih gimnastik artistik wanita Ng Shu Wai berkata kesemua gimnas wanita akan memulakan latihan di venue Sukan SEA ke-29 di MITEC.
"Mereka akan berlatih atas podium... podium biasanya digunakan di pertandingan antarabangsa sahaja. Dari segi persediaan semua berjalan lancar. Lima atlet memang berlatih bersama, cuma Lavinia berlatih di United Kingdom.
"Saya harap beliau dapat balik ke Malaysia sebelum 1 Ogos untuk sama-sama berlatih di MITEC kerana di situ kita mahu terapkan strategi, kerjasama dan keserasian antara mereka. Saya mahu kesemua mereka kekal positif sehingga acara berakhir," katanya.
Sementara itu, jurulatih gimnastik artistik lelaki Ng Shu Liang berkata gimnas lelaki yang kini bebas kecederaan berat yang boleh mengganggu prestasi mereka akan memulakan latihan pusat sebaik sahaja pulang dari kejohanan di Taiwan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2017
Pengurus pasukan bimbang peserta gimnas tertekan dengan sorakan dan harapan tinggi rakyat Ma,aysia di gelanggang sendiri. - Gambar fail
Maritim Malaysia dipilih perintis integrasi AI dalam pengoperasian
Maritim Malaysia dipilih sebagai salah satu jabatan di bawah KDN sebagai perintis pengintegrasian teknologi AI dalam pengoperasian.
NAFAS perlu kekal sebagai pembekal utama baja negara
Faizul berkata, sejak sekian lama PPK membuat tempahan baja daripada NAFAS dan pengagihan berjalan mengikut jadual.
NRES perkasa Akta Hakmilik Strata - Nik Nazmi
Hal ini bagi memastikan skim-skim strata yang dibangunkan dapat disediakan dokumen hak milik strata mengikut kehendak perundangan semasa.
Bursa ASEAN perlu bangun instrumen tarik pelabur asing - CEO Bursa Malaysia
Beliau berkata ASEAN mesti terangkum dan mampan untuk menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2030.
Solusi lebih holistik perlu dirancang elak banjir berulang
Tumpuan perlu diberikan bukan hanya kepada kerja-kerja mitigasi jangka pendek tetapi perlu menerapkan perubahan iklim.
Dua beradik jual ikan 'sekoq dua kupang', bantu golongan memerlukan
Dua beradik, Mohamad Syamil Zulkifli dan Mohamad Shauki Zulkifli mengambil inisiatif menjual ikan seekor 20 sen bagi membantu golongan memerlukan.
Jeneral Joseph Aoun dipilih sebagai Presiden Lubnan yang baharu
Pelantikan Jeneral Joseph Aoun bagi mengisi kekosongan jawatan presiden, dengan seorang jeneral yang mendapat sokongan Amerika Syarikat.
Donald Trump beri penghormatan terakhir untuk Jimmy Carter
Lawatan ini menandakan kali pertama beliau kembali ke Capitol sejak rusuhan ganas yang berlaku pada 6 Januari 2021.
74 kanak-kanak di Gaza terbunuh minggu pertama 2025 - UNICEF
Serangan "waktu malam" oleh Israel di kawasan seperti Bandaraya Gaza, yang dianggap sebagai “zon selamat telah meragut nyawa kanak-kanak.
Kerajaan MADANI sentiasa mudah cara selesai masalah pelabur - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan MADANI sentiasa memudah cara dan mencari kaedah terbaik serta pantas dalam menyelesaikan mana-mana masalah yang dihadapi pelabur.
Gimnas negara perlu bijak serap tekanan beraksi di gelanggang sendiri
Beraksi di gelanggang sendiri ada pro dan kontranya, dan bagi skuad gimnastik negara ke temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, sokongan peminat tempatan dikhuatiri memberi tekanan.