KUALA LUMPUR: Kejohanan Piala Cabaran 2021 turut tidak terlepas daripada terkena tempias pandemik COVID-19 apabila dibatalkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini, beberapa jam selepas pembatalan Liga M3 2021, pagi tadi.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL Stuart Ramalingam memaklumkan pihaknya mengambil kira tiga faktor utama serta penilaian rapi bagi pembatalan Piala Cabaran 2021.
Beliau berkata ia melibatkan maklum balas penaja, masalah kewangan kelab begitu terkesan akibat kos di luar jangkaan sepanjang Liga Premier dan prosedur operasi standard (SOP) yang masih tiada kelonggaran sepanjang pandemik COVID-19.
"Sebenarnya ia bukan satu keputusan mudah sama ada membatalkan atau meneruskan tetapi atas beberapa faktor, pasukan-pasukan bersama MFL secara kolektif telah bersetuju agar kejohanan ini tidak diteruskan," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata meskipun Piala Cabaran 2021 terpaksa dibatalkan, kesemua 11 pasukan Liga Premier dapat beraksi dalam saingan liga yang penuh mencabar musim ini, dengan kesemua pasukan masing-masing mengharungi 20 perlawanan.
Stuart berkata berdasarkan perbincangan bersama pasukan dalam mesyuarat diadakan hari ini juga, mereka menyatakan persetujuan untuk menghormati kontrak pemain dan pegawai sehingga hujung kontrak musim 2021 biarpun Piala Cabaran 2021 dibatalkan.
Terdahulu hari ini, Pengerusi Liga Bola Sepak Amatur (AFL) Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengumumkan pembatalan Liga M3 2021 selepas mengambil kira segala faktor termasuk hal pengoperasian, aspek keselamatan serta kekangan dihadapi AFL dan pasukan, kesemuanya susulan pandemik COVID-19.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini, membatalkan saingan Piala Belia, Piala Presiden dan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) buat kali kedua berturut-turut berikutan pandemik tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 14 2021
Stuart Ramalingam memaklumkan pihaknya mengambil kira tiga faktor utama serta penilaian rapi bagi pembatalan Piala Cabaran 2021. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 07 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (06 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel serang lagi pinggir bandar Beirut ketika pertempuran di sempadan memuncak
Pesawat perang Israel giat mengebom kawasan pinggir bandar selatan Beirut awal Ahad, menyasarkan kawasan kediaman dan mencetuskan kebakaran yang berterusan hingga ke pagi.
Kabinet setuju komoditi kelapa di bawah Lembaga Koko Malaysia - TPM Ahmad Zahid
Jemaah Menteri bersetuju menstrukturkan Lembaga Koko Malaysia dengan memasukkan komoditi kelapa di bawah agensi itu.
PRESMA cadang ‘kedai mamak’ tidak lagi jual rokok
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) mengesyorkan semua premis makanan naungannya agar tidak lagi menjual rokok di premis mereka.
8,500 premis diberi amaran - Dr Dzulkefly
Sejumlah 8,500 premis di seluruh negara diberi amaran kerana melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa pada 1 Oktober lepas.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor
Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor bagi penggal 2024/2027 menggantikan Liew Chin Tong yang menyandang jawatan itu sejak 2014.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 6 Oktober 2024.
Mohamad Hasan, Tengku Zafrul tiba di Vientiane untuk Sidang Kemuncak ASEAN
Kedua-dua menteri berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay pada 7.45 malam waktu tempatan (8.45 malam waktu Malaysia).
Giliran Piala Cabaran 2021 dibatalkan
Kejohanan Piala Cabaran 2021 turut tidak terlepas daripada terkena tempias pandemik COVID-19 apabila dibatalkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini.