Pemain golf profesional Malaysia, Gavin Kyle Green menamatkan kemarau gelaran apabila merangkul kejuaraan sulung Jelajah Asia di Taiwan Masters, semalam.
Pemain berusia 23 tahun itu yang hanya meraih naib juara sebanyak tiga kali musim ini, melakukan satu bawah par 71 untuk berkelebihan dua pukulan ke atas empat pencabar terdekat pada pusingan akhir kejohanan itu yang berlangsung di Kelab Golf dan Country Taiwan.
Pencapaiannya mencatat keseluruhan sembilan bawah par 279 itu menyaksikan beliau membawa pulang hadiah wang tunai AS$160,000 (RM675,736), selain merampas kedudukan teratas dalam kedudukan Order of Merit Jelajah Asia daripada pemain Australia, Scott Hend.
Pendahulu semalaman, Juvic Pagunsan dari Filipina yang melakukan 74 pukulan, berkongsi di tempat kedua dengan tiga lagi pemain - Adilson Da Silva dari Brazil (69), Scott Vincent dari Zimbabwe (70) dan Keith Horne dari Afrika Selatan (71), dengan catatan tujuh bawah par 281.
Dua lagi pemain Malaysia - Ben Leong dan Nicholas Fung, masing-masing berkongsi di tempat ketujuh dan ke-16, manakala pemain berpengalaman negara, Danny Chia menduduki tempat terakhir pada kejohanan berkenaan.
Gavin mendedikasikan kemenangan bermakna itu kepada datuknya, Gerald Green yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 20 Sept lepas, sambil memberitahu mendiang banyak memainkan peranan memberi inspirasi kepadanya bagi mencapai kejayaan dalam sukan berkenaan.
"Sebelum ini saya sudah beritahu, ia sesuatu yang bermakna jika saya memenangi kejuaraan ini untuk beliau," kata Gavin seperti dipetik dalam laman sesawang Jelajah Asia, www.asiantour.com.
Pada masa sama, beliau mengakui saingan hari ini cukup sengit, kerana terpaksa bersaing rapat dengan empat lagi pencabar terdekat sebelum berjaya meraih kejuaraan tersebut.
KEPUTUSAN PUSINGAN AKHIR:
279 - GAVIN KYLE GREEN (MAS) 67-70-71-71;
281 - Adilson da Silva (BRA) 71-68-73-69, Scott Vincent (ZIM) 69-76-66-70, Keith Horne (RSA) 70-68-72-71, Juvic Pagunsan (PHI) 68-69-70-74;
283 - Danthai Boonma (THA) 68-72-71-72;
285 - Suradit Yongcharoenchai (THA) 68-72-75-70, Gaganjeet Bhullar (IND) 73-73-69-70, Arjun Atwal (IND) 73-71-70-71, BEN LEONG (MAS) 71-69-71-74;
286 - Settee Prakongvech (THA) 65-73-78-70;
287 - Chang Yikeun (KOR) 71-74-72-70, Tirawat Kaewsiribandit (THA) 74-69-73-71, Prom Meesawat (THA) 73-71-71-72;
288 - Lu Chien-soon (TPE) 75-72-69-72;
289 - Lu Wen-teh (TPE) 71-72-73-73, NICHOLAS FUNG (MAS) 70-75-71-73, Antonio Lascuna (PHI) 70-71-73-75;
290 - Liang Wen-chong (CHN) 74-73-72-71, Siddikur Rahman (BAN) 71-73-74-72, S.Chikkarangappa (IND) 70-71-76-73;0
291 - DANNY CHIA (MAS) 71-75-75-70.
Bernama
Sun Oct 01 2017

Gavin Kyle Green menamatkan kemarau gelaran apabila merangkul kejuaraan sulung Jelajah Asia di Taiwan Masters, semalam.

Malaysia perlu perkukuh keselamatan siber menerusi kepakaran tempatan
Usaha berkaitan keselamatan siber negara perlu diterajui pakar tempatan bagi mengurangkan ketergantungan terhadap kepakaran dan penyelesaian luar negara.
MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital & pusat perubatan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP memberikan sumbangan sebanyak RM1.87 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan menerusi Tabung Kebajikan Hospital.
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.

FBM KLCI ditutup tinggi seiring bursa serantau
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini dengan meningkat sedikit, seiring dengan indeks serantau walaupun Wall Street mencatatkan prestasi lemah dalam tempoh semalaman.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.
AWANI Sabah+: Suara generasi pelapis didengari, keperluan dipenuhi
Kepentingan generasi muda dalam mewarisi kepimpinan Sabah menjadikan pendidikan antara penekanan utama kerajaan negeri sekaligus memastikan kebajikan mahasiswa dan pelajar sentiasa diutamakan.
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Gavin, Khavish hanya ketinggalan dua pukulan di belakang pendahulu bersama Veer, Jazz
Pemain India, Veer Ahlawat dan Jazz Janewattananod dari Thailand muncul pendahulu bersama selepas melakarkan catatan sembilan bawah par 62.

Gavin letak sasaran tinggi walaupun di landasan tepat layak ke Olimpik Paris 2024
Walaupun menghuni ranking ke-196 dunia, pemain itu turut meletakkan sasaran tinggi untuk berada di kelompok 70 terbaik dunia.

Gavin hanya ketinggalan satu pukulan dengan juara Siri Antarabangsa Singapura
Gavin merakamkan 273 pukulan untuk terikat dengan pemain Kanada, Richard T Lee dan pemain Thailand, Phachara Khongwatmai.

Selangor beri RM10,000 masing-masing kepada 4 atlet negeri ke Sukan Olimpik Tokyo - Exco
Kerajaan negeri Selangor akan memberi sumbangan wang tunai RM10,000 masing-masing kepada empat atlet negeri itu yang akan bersaing pada temasya Sukan Olimpik Tokyo, bermula 23 Julai ini.

Gavin Green layak ke Sukan Olimpik Tokyo
Gavin berjaya melayakkan diri setelah menduduki ranking ke-56 daripada 60 pemain golf dalam Ranking Olimpik di akhir tempoh kelayakan pada Isnin.

Golf: Gavin kekok kembali jalani latihan di lapangan
Tiga sukan yang sedang memburu kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo tahun depan, iaitu golf, memanah dan pelayaran, diberi keutamaan.

Golf Piala Dunia: Gavin, Leong duduki tempat ke-22
Mereka menamatkan permainan dalam pusingan akhir 'foursomes' pada Ahad dengan 74 pukulan menjadikan keputusan keseluruhan empat hari, enam bawah par 282 dalam kejohanan di South Oakleigh.

Hari mengecewakan bagi Green, Fung
Pada pusingan akhir di Glenmarie Golf and Country Club di sini hari ini, Green, yang bermain menentang Rafa Cabrera Bello dari Sepanyol, kalah dengan keputusan 43.

Gavin, pemain Malaysia pertama raih gelaran Order of Merit Jelajah Asia
Gavin Kyle Green mencipta sejarah apabila muncul pemain golf Malaysia pertama merangkul gelaran Order of Merit Jelajah Asia 2017.

Gavin raih gelaran sulung jelajah Asia di Taiwan Masters
Pemain golf profesional Malaysia, Gavin Kyle Green menamatkan kemarau gelaran apabila merangkul kejuaraan sulung Jelajah Asia di Taiwan Masters, semalam.