Juara dunia lumba basikal acara keirin, Mohd Azizulhasni Awang tidak mengejar ganjaran selepas dinobatkan sebagai juara dunia acara itu sebaliknya berharap kejayaannya itu menjadi motivasi kepada atlet lain agar mencapai kejayaan serupa.
Azizulhasni atau nama jolokannya ''The Pocket Rocketman'' berkata kejayaan yang dikecapi kini selepas menunggu selama 10 tahun adalah semata-mata untuk pencapaian peribadi di samping menaikkan nama negara dan juga negeri kelahirannya, Terengganu di peringkat antarabangsa.
"Dari awal lagi saya memang telah berdikari dan saya memegang kata-kata ini, "if you go after performance money will come to you" (Jika anda menunjukkan prestasi yang cemerlang, ganjaran pasti datang)...saya buat ini bukan untuk ganjaran.
"Saya juga terkejut dengan ganjaran besar daripada kerajaan negeri, saya tidak menjangkakan semua ini. Terima kasih kerajaan negeri. Saya berharap kejayaan ini dapat menyuntik semangat kepada atlet yang lain bagi sama-sama mencipta sejarah di peringkat yang lebih tinggi," katanya.
Kerajaan Terengganu memberi ganjaran RM200,000 atas kejayaan Azizulhasni iaitu melibatkan wang tunai RM100,000, manakala RM100,000 lagi adalah bagi membiayai latihan Azizulhasni di dalam atau luar negara.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis meraikan kejayaannya yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman serta barisan kepimpinan negeri dan kira-kira 2,000 rakyat negeri ini di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.
Anak kelahiran Dungun itu juga berharap kejayaannya itu dapat menarik lebih ramai rakyat negeri ini berkecimpung dalam arena sukan lumba basikal sekali gus mengelak mereka terlibat dalam gejala sosial.
Sementara itu Ahmad Razif berkata kerajaan negeri ketika ini akan terus memberi fokus kepada sukan yang atletnya berjaya menempa nama hingga ke peringkat antarabangsa seperti sukan lumba basikal dan acara kuda lasak endurance, hoki dan bola sepak.
Katanya, bagi menyokong usaha itu kerajaan negeri juga akan memberikan ganjaran insentif latihan sebanyak RM2,000 setiap bulan kepada mana-mana atlet negeri ini yang berjaya mewakili negara dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Pembinaan velodrom di Dungun juga antara langkah untuk meningkatkan mutu sukan lumba basikal negeri ini. Kami juga telah mendapat kelulusan bajet kerajaan persekutuan sebanyak RM1 juta bagi projek berkenaan yang akan dimulakan bila-bila masa sahaja pada tahun ini," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 19 2017
Azizulhasni menghadiahkan sarung tangan yang ditandatanganinya kepada Datuk Seri Ahmad Razif pada majlis meraikan kejayaan beliau di Wisma Darul Iman hari ini. -- fotoBERNAMA
Inisiatif Jalur dan Jalan China beri nafas baharu kepada Laluan Sutera - Menteri Kanan Kemboja
Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) China telah memberikan nafas baharu kepada Laluan Sutera yang berkurun-kurun usianya dengan skop yang menyeluruh, merangkumi daratan dan lautan, ruang udara serta siber
Bapa Sharnaaz Ahmad meninggal dunia
Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.40 pagi tadi.
Menelusuri landskap penyakit jarang jumpa di Asia
Malaysia, berpotensi mendukung pemajuan penjagaan dan rawatan bagi rantau ASEAN dengan membangunkan ekosistem yang menggalakkan kesedaran, kesediaan, mempercepat peraturan dan kepimpinan dasar.
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong bertanya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung kenderaan elektrik dalam sesi soal jawab lisan.
Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas apabila banjir gelombang kedua melanda negeri itu, pada Selasa.
Untung bersih MAHB naik kepada RM210.37 juta pada suku ketiga
MAHB pada Selasa berkata perolehan kumpulan meningkat kepada RM1.53 bilion berbanding RM1.28 bilion sebelumnya.
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Hezbollah akan kekal aktif selepas gencatan senjata
Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.
Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.
Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi
Beliau berkongsi perkara itu menerusi media sosial, sambil menyenaraikan beberapa kelebihan dan pengalamannya sepanjang bergelar atlet.
'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kekuatan mental dan fizikal pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.
'Azizulhasni pejuang sejati' - Shah Firdaus
Pelumba berusia 28 tahun dari Johor itu mengakui banyak kejayaan yang sudah dilakar oleh rakan seperjuangannya itu yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman di pentas antarabangsa.
Adakah ini balasan kerana langgar janji kepada keluarga? - Azizulhasni
Beliau berasa bersalah kerana menghampakan rakyat Malaysia dan memohon maaf kerana tidak dapat menunaikan impian membawa pulang pingat emas pertama negara.
Sudah tiba masanya Azizulhasni jadi jurulatih
Hamidin berkata, pengalaman dimiliki Azizulhasni amat bernilai kepada atlet pelapis trek berbasikal negara.
Olimpik Paris 2024 gagal? Hamidin minta semua pihak berpijak di bumi nyata
Ketua Kontinjen berpendapat, sebahagian besar atlet yang mewakili negara menunjukkan peningkatan dari segi rekod dan prestasi pada Olimpik Paris 2024.