KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki negara, Speedy Tigers, mungkin memiliki ranking teratas dalam kalangan negara peserta namun ia tidak bermakna laluan mudah untuk merangkul gelaran sulung Kejuaraan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh dari 1 hingga 10 Nov ini.
Di atas kertas, Malaysia dengan reputasi sebagai pasukan ranking ke-10 dunia serta kelebihan di gelanggang sendiri dilihat mampu mencipta sejarah merangkul kejuaraan itu buat pertama kali sejak kejohanan jemputan berprestij itu diperkenalkan pada tahun 1983.
Bagaimanapun, ketua jurulatih, A Arul Selvaraj engan mendabik dada mengenai peluang merangkul kejuaraan tanpa kehadiran juara 10 kali, Australia, juara dua kali, Great Britain dan juara lima kali, India, kali ini.
Kejohanan ini buat pertama kali akan menawarkan mata ranking dunia buat semua enam pasukan bertanding, sekali gus menambahkan lagi prestij kejohanan ini.
Selain Malaysia, kejohanan ini disertai Korea Selatan, ranking ke-12, Afrika Selatan (14), Jepun (17), Pakistan (18) dan Mesir (20).
"Kita tidak boleh meramalkan apa yang akan berlaku dalam kejohanan ini...kami mahu memberi tumpuan satu demi satu perlawanan. Sudah pasti peminat tempatan mempunyai harapan yang tinggi manakala semua pasukan mahu mencapai kejayaan," katanya.
Arul Selvaraj menjelaskan barisan pemain hanya beraksi sebagai satu pasukan pada kejohanan utama kedua ini selepas Piala Asia 2022 dan kejohanan ini adalah sebahagian daripada persediaan menghadapi Piala Dunia 2023 di India, Januari depan, katanya kepada Bernama semalam.
Pencapaian terbaik skuad negara pada Piala Sultan Azlan Shah ialah muncul naib juara sebanyak lima kali pada edisi 1985, 2007, 2009, 2013 dan 2014.
Beliau berkata sasaran utama skuad Speedy Tigers adalah memenangi pingat emas pada temasya tertangguh Sukan Asia 2022 di Hangzou, China, September tahun depan, sekali gus layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Arul Selvaraj, yang tiba di Ipoh bersama skuad pada Khamis, akan mengumumkan skuad akhir 18 pemain, hari ini.
Beliau mengesahkan ketua pasukan, Muhammad Marhan Mohd Jalil dan Muhammad Shahril Saabah yang masing-masing cedera, serta penyerang, Faizal Saari, yang ketika ini beraksi bersama kelab ZSV Schaerweijde di liga utama Belanda, tidak tersenarai dalam skuad Piala Sultan Azlan Shah.
Speedy Tigers akan membuka kempen dengan menentang Korea Selatan pada 1 Nov ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 29 2022

Arul Selvaraj akan mengumumkan skuad akhir 18 pemain, hari ini. - Gambar fail BERNAMA
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Speedy Tigers bermula langkah kiri di Oman
Kekalahan itu sekali gus menambah luka skuad negara apabila gagal membalas dendam ke atas pasukan di bawah kendalian Weng Haiqin itu.

Fokus satu demi satu perlawanan - Arul
Di atas kertas, Malaysia dilihat mampu mencipta sejarah merangkul kejuaraan buat pertama kali sejak kejohanan diperkenal pada 1983.