“Komuniti kami kecil. Kami perlu melindungi antara satu sama lain,” kata kapten pasukan Counter Strike Global Offensive (CSGO) Singapura Phoenix, Nurlelawati Hussain yang menyifatkan peserta Kejohanan E-Sukan Wanita Asia (FEAR) terpaksa berdikari menguruskan diri di sebalik beberapa masalah yang timbul dalam kejohanan itu.
Nurlelawati berkata penganjuran kejohanan FEAR itu dilihat mempunyai beberapa kelemahan, terutama dari segi pengurusan komunikasi antara penganjur dan pemain.
“Jika dibandingkan dengan kejohanan antarabangsa yang lain, memang ada perbezaan yang ketara.
“Masalah penginapan, pemberitahuan jadual penerbangan pada saat akhir dan kecelaruan jadual perlawanan.
“Perkara ini terpaksa disuarakan, memandangkan kami hadir sebagai pemain luar yang datang ke Malaysia,” kata Nurlelawati kepada Astro AWANI ketika ditemui selepas menyertai kejohanan FEAR anjuran Kelab E-Sukan Ansara di sebuah universiti swasta di sini, pada Ahad.
Menurut Nurlelawati, penganjur sepatutnya menyediakan krew untuk membantu pengurusan kebajikan dan komunikasi pemain dari luar negara sepanjang kejohanan itu berlangsung.
"Ada pasukan mempunyai halangan dari segi penggunaan bahasa yang terhad dan mereka tidak tahu ke mana mereka harus pergi. Mungkin selepas ini penganjur sepatutnya lebih teratur dalam urusan komunikasi bersama pemain luar terutamanya," katanya.
Dia berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan pemain profesional CSGO tanah air, Ramona Azween baru-baru ini berhubung kekecewaan dan kehampaannya mengenai penganjuran kejohanan tersebut.
Dalam satu kenyataan, Ramona memperincikan bagaimana masalah-masalah tersebut tidak sepatutnya timbul terutama dari segi kekhuatiran keselamatan pemain luar.
"Sepatutnya sebagai tuan rumah, kebajikan, keselesaan dan keselamatan pemain luar perlu diutamakan terutama apabila ia melibatkan lima hingga enam pemain wanita dalam sesebuah pasukan.
“Menerusi penglibatan saya dalam dunia kompetitif selama 15 tahun ini, memang satu perkara yang menyedihkan untuk melihat kualiti penganjuran kejohanan seperti tidak banyak berubah.
“Masalah yang sama masih berlaku dan saya percaya, kita perlu keluar dari kepompong kitaran ini,” jelas dalam satu kenyataan.
Jelas Ramona, penganjuran kejohanan peringkat antarabangsa di negara ini sepatutnya menepati piawaian tertentu terutama pada masa akan datang jika Malaysia mahu diangkat sebagai hab e-sukan Asia Tenggara.
Bagi pemain Pasukan CSGO Indonesia, FF Gaming Victoria Alxandra McIrwin pula, dia turut senada dengan Ramona dan Nurlelawati.
Victoria berkata, kesulitan demi kesulitan yang berlaku sepanjang kejohanan itu berlangsung sememangnya memenatkan dan menguji ketahanan fizikal dan mental pemain.
"Bayangkan apabila kami diarahkan untuk berada di lokasi kejohanan pada jam 10 pagi, tapi akhirnya kami hanya boleh bermain pada jam 5 petang.
"Lokasi penganjuran juga dilihat seperti tidak selamat dan tidak sesuai memandangkan ia terlalu terbuka dan terdedah kepada cuaca teruk seperti hujan lebat."
"Apabila hujan, percikan air dapat dirasai dan ianya tidak selamat memandangkan terdapat banyak barangan elektronik dalam kejohanan itu," kata Victoria.
Sementara itu, Presiden Kelab E-Sukan ANSARA, Prof Muhammad Sadruddin Mohd Saidfudin yang juga wakil kepada penganjur kejohanan itu berkata pihaknya mengambil maklum terhadap perkara itu dan akan mengambil tindakan yang selanjutnya bagi mengatasi masalah berkaitan.
Kejohanan FEAR merupakan sebahagian daripada acara Konvensyen E-sukan Malaysia (MEC) yang menawarkan hadiah wang terkumpul melebihi RM300,000.
Mariah Ahmad
Sun Nov 11 2018
Dari kiri: Kapten Pasukan CSGO Singapura, Phoenix Nurlelawati Hussain (Alel), Kapten Pasukan CSGO Malaysia, Sphynx, Ramona Azween (#GFi) dan Pemain Pasukan CSGO Indonesia, FF Gaming VictoriaVictoria Alxandra McIrwin (Blizzter).
Laman web mahkamah Korea Selatan disyaki digodam DDoS
Gangguan ke atas rangkaian secara tiba-tiba itu hanya menjejaskan laman sesawang mahkamah yang menyediakan perkhidmatan awam.
Lebih 90 peratus peserta MyLesen berjaya miliki lesen - Loke
Loke berkata, baki peserta program MyLesen masih mengikuti latihan dan ujian akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini.
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
FEAR: Bila ratu CSGO mula buka mulut
Penganjuran Kejohanan E-Sukan Wanita Asia (FEAR) yang melibatkan pemain luar negara dilihat berlangsung dengan caca merba.