Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mempunyai kuasa mengambil tindakan terhadap mana-mana pasukan yang enggan melepaskan pemain mereka bagi menyertai latihan pusat skuad Bawah 22 Tahun (B-22) kebangsaan.
Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan hal ini kerana pusingan kelayakan Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2018 dari 19 hingga 23 Julai ini di Thailand yang melibatkan skuad berkenaan, tidak disenaraikan dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Beliau, bagaimanapun memaklumkan beberapa pasukan bersetuju melepaskan pemain masing-masing selewat-lewatnya 12 Julai ini, kecuali Pahang dan Pulau Pinang yang masih belum memberi sebarang kata putus berhubung perkara berkenaan.
"Setakat hari ini (Jumaat), kita menerima pengesahan berserta surat rasmi daripada beberapa pasukan untuk melepaskan pemain mereka pada 12 Julai ini untuk menyertai kem latihan pusat kecuali Pahang dan Pulau Pinang," katanya.
Hamidin berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau sesi latihan skuad wanita kebangsaan yang akan beraksi pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, di sini, pada Jumaat.
Sehubungan itu, Hamidin menasihatkan pasukan yang terlibat dengan panggilan pemain mereka ke latihan pusat skuad kebangsaan supaya mengutamakan kepentingan negara berbanding negeri mahupun kelab masing-masing.
"Saya kira semua pihak yang terlibat perlu menyedari dan memahami bagaimana perlunya pemain-pemain terbaik ini melaporkan diri apabila dipanggil menggalas tugas negara," jelasnya.
Pengendali skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee, sebelum ini melahirkan kebimbangan selepas hanya enam daripada 26 pemain melaporkan diri pada hari pertama latihan pusat skuad berkenaan, Rabu lepas.
Jumlah itu berkurangan kepada dua pemain semalam, selepas empat pemain dilaporkan kembali ke pangkuan masing-masing bagi menghadapi saingan Piala Malaysia.
Pasukan B-22 negara yang turut dikenali sebagai skuad Projek Sukan SEA bakal menguji skuad B-22 Myanmar pada aksi persahabatan, 13 Julai ini sebelum berlepas ke Thailand bagi menyertai pusingan kelayakan Kejohanan AFC B-23 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 07 2017
HAMIDIN: Semua pihak yang terlibat perlu menyedari dan memahami bagaimana perlunya pemain-pemain terbaik ini melaporkan diri apabila dipanggil menggalas tugas negara. Gambar fail
Imigresen serbu pusat karaoke, 49 GRO dan pelanggan ditahan
JIM Perak menyerbu empat premis pusat hiburan karaoke yang menawarkan GRO warga Myanmar dengan bayaran antara RM450 hingga RM600 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.
AWANI Ringkas: Pendatang asing tanpa izin | Kekecohan di Wisma Transit
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Ahad – 06 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Polis siasat dakwaan buli di sekolah berasrama penuh di KL
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kejadian buli membabitkan anak seorang penyanyi dan beberapa individu lain di sebuah sekolah berasrama penuh di ibu negara.
Peruntukan tebatan banjir Sungai Damansara diluluskan, kurangkan risiko di Sungai Buloh
Peruntukan berjumlah RM481 juta bagi Projek Tebatan Banjir Sungai Damansara telah diluluskan sebagai usaha mengurangkan risiko banjir di kawasan Parlimen Sungai Buloh.
AWANI 7:45 [05/10/2024] – Tunggu perkenan Majlis Raja-Raja | Inflasi dan gaji jadi tumpuan | Kes terpencil | Zionis terus angkuh
- Tiga negeri fatwakan GISB sesat, siasatan libat 10 peruntukan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
Pekebun boleh kemuka tuntutan akibat serangan haiwan liar
Pekebun yang mengalami kerugian hasil tanaman akibat ancaman haiwan liar boleh mengemukakan tuntutan pampasan terhadap kerosakan yang berlaku.
AWANI Ringkas: GISB Holdings | Kes tembakan di Song | PR1MA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki rugi RM224,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga tempatan berputih mata apabila kerugian RM224,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi WhastApp.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 Oktober 2024
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
Malaysia kekal dalam Kumpulan J kelayakan Piala Asia B-23 2022
Undian semula itu bagi mengekalkan keseimbangan bilangan pasukan di semua kumpulan selepas Korea Utara menarik diri daripada pertandingan.
Pengadil kebangsaan dicabar bukti kewibawaan
Subkhiddin Mohd Salleh menggalakkan setiap pengadil kebangsaan membuat persediaan rapi dari segi mental dan fizikal.
FAM setuju lanjut tempoh penswastaan kelab kepada KFA
Ia susulan negeri berkenaan masih terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.
Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditunda
FIFA dan AFC dalam satu kenyataan berkata, penundaan tarikh itu sebagai langkah pencegahan COVID-19 yang menular di seluruh dunia.
Harimau Malaya fokus baki perlawanan kelayakan Piala Dunia
Pembatalan Piala AFF Suzuki pada tahun ini akibat COVID-19, memudahkan Tan Cheng Hoe untuk merangka persiapan terbaik.
Lang Merah layak beraksi dalam saingan Piala AFC
Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pasukan Lang Merah tidak dapat beraksi kerana gagal kemukakan penyata kewangan beraudit kepada FAM.
Stadium moden bakal dibina bersama pejabat FAM di Putrajaya
Presiden FAM berkata ia selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan presint itu sebagai pusat sukan menerusi kewujudan Bandar Bola Sepak.
Piala AFC: Perlawanan Malaysia - Korea Utara ditunda
Penangguhan kali kedua dibuat selepas mempertimbangkan beberapa faktor terutamanya aspek keselamatan.
FAM cadang skuad Harimau Muda C beraksi di Sukan Sea 2017
Acara bola sepak di Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur, kini kemungkinan akan dihadkan kepada bawah 21 tahun berbanding bawah 23 tahun dalam edisi temasya dwi tahunan itu sebelum ini.
FAM tunggu jawapan AFC berhubung isu visa pemain import Pahang - Hamidin
FAM masih menunggu keputusan AFC berhubung masalah visa tiga pemain import Pahang yang gagal memasuki Indonesia sebelum menghadapi pusingan kedua Piala AFC menentang Persipura Jayapura.