Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedia menjalin kerjasama dengan Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) yang meluahkan hasrat mahu mengadakan ujian doping terhadap semua pemain yang beraksi dalam Liga Malaysia.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain FAM, Abdul Aziz Yeop, tidak keberatan jika Ketua Unit Adamas, Nishel Kumar, mahu melakukan ujian doping dalam kalangan pemain bola sepak.
Walaupun begitu, Aziz menegaskan Adamas perlu mengikut prosedur yang ditetapkan FAM selain memberi makluman lebih awal jika mahu menjalankan sebarang ujian ke atas mana-mana pemain.
"Pada masa sekarang, mereka telah berkerjasama dengan pihak kami untuk melakukan ujian doping.
"Tetapi seandainya mereka berhasrat untuk menambah baik proses ujian doping, kami sangat mengalu-alukan.
"Yang penting, mereka kena maklumkan FAM kerana ini melibatkan pengurusan persatuan negeri," jelasnya.
Selain itu, Aziz berharap jumlah sepuluh ujian doping pada tahun ini dapat dipertingkatkan ke satu angka lebih tinggi jika Adamas dapat membantu FAM.
Ia turut meliputi ujian sebelum musim Liga Malaysia bermula yang tidak pernah dilakukan oleh FAM setakat ini.
"Kalau sebelum ini kita hanya membuat dua ujian, tetapi pada tahun 2016 kami telah meningkatkan kepada 10 ujian.
"Sekiranya dapat ditambah lagi, itu lagi baik," katanya.
Nadi Arena pada Khamis melaporkan Adamas mahu menyelaraskan ujian terhadap semua persatuan sukan kebangsaan, termasuk bola sepak, bagi tujuan proses pengumpulan data dan memastikan ujian lebih tersusun.
Astro Arena
Sat Nov 05 2016
FAM sedia menjalin kerjasama dengan Adamas yang meluahkan hasrat mahu mengadakan ujian doping terhadap semua pemain yang beraksi dalam Liga Malaysia.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
FAM sedia jalin kerjasama dengan Adamas
FAM sedia menjalin kerjasama dengan Adamas yang meluahkan hasrat mahu mengadakan ujian doping terhadap semua pemain yang beraksi dalam Liga Malaysia.
Pemain Perak, PDRM positif ujian doping
Ia dikesan hasil ujian unit antidoping FAM selepas perlawanan Liga Super di antara Perak dan PDRM di Stadium Hang Jebat, Melaka, 4 Mei lalu.