KUALA LUMPUR:Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengintai peluang untuk menjalin kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Diraja Belgium demi manfaat bersama kedua-dua pihak.
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata cadangan kerjasama itu disuarakan Duta Besar Belgium ke Malaysia Pascal H. Gregoire yang mengadakan kunjungan hormat ke Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini pada Selasa.
Beliau, pada masa sama, memaklumkan Gregoire turut memuji keberanian FAM meneruskan agenda penswastaan sebagai antara usaha mentransformasi saingan bola sepak tempatan.
"Kami berkongsi pandangan selain berbincang mengenai potensi kerjasama antara dua negara, apatah lagi kita maklum Belgium menduduki ranking teratas FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa), sekalipun memiliki jumlah penduduk hanya 11 juta.
"Kami juga menimbang kemungkinan mengadakan program kemasyarakatan sebagai usaha mempromosi kedua-dua negara ke audiens masing-masing," jelas Hamidin menerusi hantaran terbaharu dalam laman Facebook FAM.
Berdasarkan kedudukan terbaharu ranking FIFA, Belgium berada di tangga pertama dengan kutipan 1,773 mata, manakala Malaysia menduduki tangga ke-154 dunia setelah mengutip 1,040 mata.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 20 2020
HAMIDIN: Kami juga menimbang kemungkinan mengadakan program kemasyarakatan sebagai usaha mempromosi kedua-dua negara ke audiens masing-masing. - Gambar fail
Pelarasan Cuti: Impak positif kepada pelbagai sektor di Johor
Astro AWANI meninjau pandangan dalam kalangan warga Johor mengenai pelasaran cuti hujung minggu kepada Sabtu Ahad bermula 1 Januari 2025 ini.
Banjir diramal landa Kelantan, Pahang bermula hari ini - JPS
JPS memaklumkan 10 daripada 11 jajahan di Kelantan dijangka terlibat iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.
Dua anggota tentera didakwa rogol kanak-kanak
Dua anggota tentera didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tuduhan merogol kanak-kanak berusia 10 tahun, April tahun lalu.
Nahas Jeju Air, tiada rakyat Malaysia terlibat setakat ini - Wisma Putra
Kedutaan Malaysia di Seoul sedang giat mengumpul maklumat daripada sumber rasmi dan memantau situasi dengan teliti selepas sebuah pesawat penumpang Korea Selatan yang membawa 181 orang terhempas di lapangan terbang di barat daya negara itu pada Ahad.
Innovathon 2: Ciptaan bahan pembinaan penebat dipilih juara minggu kelima
Dengan proses penghasilan yang singkat, Bio Polyol mempunyai kebolehulangan yang tinggi (konsisten) dan sifar sisa serta tiada pembebasan gas bertoksik.
AWANI Ringkas: Masih ada lori 'tayar botak' berani beroperasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jeju Air mohon maaf susulan tragedi yang mengorbankan 179 penumpang
Jeju Air dalam satu kenyataan di media sosial syarikat memaklumkan, pihaknya akan melakukan segala yang termampu bagi membantu pihak yang terlibat susulan tragedi ini.
Nahas Jeju Air: Semua kecuali dua mangsa dianggap meninggal dunia
Menurut pihak berkuasa, operasi kini beralih kepada usaha untuk mengeluarkan mayat-mayat mangsa, setelah 96 kematian disahkan setakat ini.
Hujan lebat berterusan diramal landa Terengganu, Kelantan, Pahang sehingga esok
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan meliputi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Gua Musang sehingga esok.
Nahas Jeju Air: 96 disahkan maut, dua berjaya diselamatkan
Difahamkan pihak berkuasa sedang berusaha menyelamatkan mangsa di bahagian ekor pesawat di mana dua penumpang telah diselamatkan.
CEO FAM: Tokoh korporat paling layak, Tony Fernandes calon sesuai - Penganalisis
Tokoh korporat dilihat sebagai individu paling layak untuk mengisi kerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pertama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Pemilihan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif baharu FAM hampir selesai - Tunku Ismail
Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan pemilihan calon Ketua Pegawai Eksekutif baharu bagi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hampir selesai.
Senarai calon bertanding Jawatankuasa Eksekutif FAM 2025-2029 diumum lewat Januari
FAM sudah menghantar e-mel notis kongres dan borang pencalonan dengan tarikh tutup pada 16 Jan kepada kesemua ahli gabungannya semalam.
FAM gantung Persatuan Bolasepak Kelantan berkuatkuasa serta-merta
FAM secara majoriti mengambil keputusan untuk menggantung keahlian Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) daripada menjadi Ahli Gabungan FAM.
Saya satu-satunya yang anda ada, yang lain setakat bercakap - TMJ
Tunku Mahkota Ismail menjawab mengenai dirinya yang dikaitkan dengan sebuah 'page' bola sepak yang mendakwa seorang pemain berpangkalan di Eropah mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.
FAM jawab kenyataan Fandi Ahmad, pengadil buat keputusan tepat
FAM mempertahankan keputusan pengadil sewaktu Sri Pahang bertemu JDT dalam perlawanan Liga Super Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Selasa lalu.
Pau Marti persoal tindakan FAM umum jurulatih baharu
Pau Marti Vicente mengakui pelik dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan jurulatih baharu ketika skuad negara masih mengharungi kejohanan Piala ASEAN.
Projek FAM: Presiden FIFA taruh kepercayaan, yakin TMJ kemudi bola sepak negara
Tunku Ismail telah mengadakan pertemuan bersama Infantino bagi membincangkan mengenai penstrukturan tersebut.
Lagi bagus FAM diswastakan, elak campur tangan luar kawal jurulatih - Penganalisis
Tidak menjadi kesalahan sekiranya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diswastakan kerana ia memberi kebebasan yang lebih luas tanpa campur tangan politik.
Peter Cklamovski dilantik Ketua Jurulatih Kebangsaan, Nafuzi Zain terajui B-23 Harimau Malaya
Struktur organisasi baharu skuad Harimau Malaya permulaan kepada revolusi untuk memperkasakan skuad bola sepak kebangsaan.