Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini mendenda Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebanyak AS$42,500 (RM179,784) berikutan kesalahan penyokong semasa Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos lepas.
AFC dalam laman web rasminya, www.the-afc.com, berkata Jawatankuasa Disiplin dan Etika AFC membuat keputusan tersebut pada mesyuaratnya, 27 Okt lepas.
Mengikut laporan, FAM dikenakan denda AS$15,000 (RM63,452) setiap satu ekoran kesalahan penyokongnya semasa perlawanan Malaysia menentang Brunei pada 14 Ogos, dan aksi antara Malaysia dan Singapura pada 16 Ogos.
"Sekumpulan penyokong didapati melanggar Artikel 58.1 (Diskriminasi), dibacakan dengan Artikel 65.1 (Kelakuan Penonton) Kod Disiplin dan Etika AFC," menurut laporan itu.
Dilaporkan bahawa penyokong Malaysia menyanyikan lagu yang tidak beretika terhadap pasukan lawan pada kedua-dua perlawanan tersebut.
"Denda tersebut hendaklah dijelaskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan tersebut diumumkan mengikut Artikel 11.3 kod berkenaan.
"Persatuan Bola Sepak Malaysia juga dimaklumkan sekiranya kesalahan sama berulang, hukuman lebih berat akan dikenakan," kata laporan itu.
FAM juga didenda AS$7,500 (RM31,725) berikutan tindakan penyokong membakar mercun pada minit ke-87 semasa aksi Malaysia menentang Indonesia pada 26 Ogos, dan didenda AS$5,000 (RM21,152) kerana melanggar Artikel 64.1 kod tersebut disebabkan tindakan penyokong membaling 50 hingga 60 botol minuman ke padang semasa perlawanan antara Indonesia dan Kemboja pada 24 Ogos.
Selain insiden semasa Sukan SEA 2017, FAM juga diarah membayar denda AS$7,500 (RM31,725) kerana kesalahan penyokong membaling 10 hingga 15 objek (botol dan bekas minuman) ke arah pengadil selepas aksi kelayakan Piala Asia 2019 menentang Hong Kong di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 7 Sept.
Skuad kebangsaan juga didenda, masing-masing AS$6,000 (RM25,380) dan AS$5,000 (RM21,152), bagi kesalahan pasukan apabila beberapa pemain mengganggu pengadil, manakala jurulatih negara Eduardo Manuel Marthinho Vingada membuat komen dengan mengkritik pengadil semasa sidang akhbar selepas perlawanan tersebut.
Jawatankuasa Disiplin dan Etika AFC juga mendenda ketua pasukan kebangsaan, Safiq Rahim kerana terjahan berbahaya ketika aksi kelayakan Piala Asia 2019 berdepan Hong Kong di Stadium Hong Kong pada 10 Okt.
Safiq digantung satu perlawanan, termasuk satu penggantungan automatik selepas diperintah keluar padang setelah dilayangkan kad merah ketika perlawanan berkenaan.
"Penggantungan satu perlawanan itu akan dikenakan pada aksi kelayakan Piala Asia 2019 antara Malaysia berdepan Korea Utara pada 10 Nov ini.
"Safiq juga diarah membayar denda AS$1,000 (RM4,230) mengikut Artikel 48.2 Kod Disiplin dan Etika AFC," menurut laporan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 31 2017

FAM dikenakan denda AS$15,000 (RM63,452) setiap satu ekoran kesalahan penyokongnya semasa perlawanan Malaysia menentang Brunei pada 14 Ogos, dan aksi antara Malaysia dan Singapura pada 16 Ogos. -Foto REUTERS

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Malaysia kekal dalam Kumpulan J kelayakan Piala Asia B-23 2022
Undian semula itu bagi mengekalkan keseimbangan bilangan pasukan di semua kumpulan selepas Korea Utara menarik diri daripada pertandingan.

Pengadil kebangsaan dicabar bukti kewibawaan
Subkhiddin Mohd Salleh menggalakkan setiap pengadil kebangsaan membuat persediaan rapi dari segi mental dan fizikal.

FAM setuju lanjut tempoh penswastaan kelab kepada KFA
Ia susulan negeri berkenaan masih terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.

Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditunda
FIFA dan AFC dalam satu kenyataan berkata, penundaan tarikh itu sebagai langkah pencegahan COVID-19 yang menular di seluruh dunia.

Harimau Malaya fokus baki perlawanan kelayakan Piala Dunia
Pembatalan Piala AFF Suzuki pada tahun ini akibat COVID-19, memudahkan Tan Cheng Hoe untuk merangka persiapan terbaik.

Lang Merah layak beraksi dalam saingan Piala AFC
Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pasukan Lang Merah tidak dapat beraksi kerana gagal kemukakan penyata kewangan beraudit kepada FAM.

Stadium moden bakal dibina bersama pejabat FAM di Putrajaya
Presiden FAM berkata ia selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan presint itu sebagai pusat sukan menerusi kewujudan Bandar Bola Sepak.

Piala AFC: Perlawanan Malaysia - Korea Utara ditunda
Penangguhan kali kedua dibuat selepas mempertimbangkan beberapa faktor terutamanya aspek keselamatan.

FAM cadang skuad Harimau Muda C beraksi di Sukan Sea 2017
Acara bola sepak di Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur, kini kemungkinan akan dihadkan kepada bawah 21 tahun berbanding bawah 23 tahun dalam edisi temasya dwi tahunan itu sebelum ini.

FAM tunggu jawapan AFC berhubung isu visa pemain import Pahang - Hamidin
FAM masih menunggu keputusan AFC berhubung masalah visa tiga pemain import Pahang yang gagal memasuki Indonesia sebelum menghadapi pusingan kedua Piala AFC menentang Persipura Jayapura.