PERTEMBUNGAN Manchester United-Leicester City hujung minggu lalu memaparkan kisah dua pasukan yang amat bertentangan.
Kemenangan selesa 4-2 The Foxes mencadangkan bahawa masalah kecederaan yang membelenggu mereka sejak permulaan musim ini mungkin telah berakhir. Malah, mereka mungkin bakal kembali memaparkan keistimewaan sebagai satu pasukan yang terkenal dengan usaha keras tanpa mengenal erti penat demi mencapai kemenangan.
Sebaliknya, United yang memulakan musim dengan penuh rasa teruja sejak ketibaan Cristiano Ronaldo dan harapan penyokong seantero dunia, kini dilihat sebagai dilanda krisis.
Ya, mungkin ada yang beranggapan ini masih lagi awal musim.
Tidak kurang juga pastinya ada yang mengucapkan ayat sebegini: "Bila United menang, semua orang kata mereka bakal juara. Bila United kalah, terus kata mereka dalam krisis."
Jika kita ketepikan segala aspek sejarah dan nostalgia, krisis yang tidak dapat dinafikan ini mampu dilihat dengan lebih jelas dari dua sudut utama -- pengelolaan pengurus pasukan dan mentaliti pemain.
Memetik satu analisis daripada akhbar The Daily Mail, pengurus Leicester, Brendan Rodgers, merupakan seseorang yang mampu mengenal pasti dengan tepat punca masalah yang dihadapi pasukan dan pantas mengambil tindakan untuk memperbetulkannya.
"Sebelum tempoh rehat perlawanan antarabangsa tempoh hari, saya tahu pasukan kami perlu diperbetulkan daripada segi mentaliti. Jadi, saya tidak henti-henti memikirkan apakah kata-kata yang paling wajar untuk saya ucapkan kepada pemain saya.
"Saya sedar bahawa masalah kami bukan daripada sudut taktikal semata-mata, tetapi daripada segi emosi juga. Kami terlalu pasif dalam kebanyakan perlawanan musim ini, walhal persembahan terbaik kami hadir apabila kami bermain secara agresif.
"Dengan itu, kami telah berusaha untuk memperbetulkan sebarang kelonggaran di bahagian pertahanan, meningkatkan kelajuan di bahagian sayap dan mengutuhkan kerjasama pasukan daripada aspek memberikan tekanan terhadap lawan," ujar Rodgers dalam temu bual pasca perlawanan.
Setelah masalah dikenal pasti, strategi yang berpatutan terus dilaksanakan demi memastikan pasukan tidak terus merudum, itu gaya Rodgers, dan tidak hairanlah dia disasarkan sebagai pengganti Pep Guardiola di Manchester City pada masa akan datang.
Bagaimana pula dengan pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer? Malang sekali, tidak ada banyak perkara positif yang boleh kita bicarakan.
The Red Devils yang dilimpahi pemain yang cukup berbakat, kini dilihat tidak mempunyai sebarang kerjasama utuh mahupun strategi yang mantap dalam menguasai perlawanan.
Dalam perlawanan-perlawanan setakat ini, satu-satunya strategi jelas adalah dengan menyandarkan harapan kepada pemain-pemain utama seperti Ronaldo, Bruno Fernandes ataupun Mason Greenwood untuk mencipta keajaiban bagi mengelakkan mereka terjerumus kepada kekalahan.
Ya, strategi 'mengharapkan keajaiban' ini memang berjaya sebelum ini.
Sewaktu menentang West Ham, gol lewat daripada Jesse Lingard memberikan mereka kemenangan manakala David De Gea menjadi wira untuk mengelakkan kesudahan seri pada minit terakhir.
Menentang Wolverhampton, Greenwood menjaringkan gol cantik ketika perlawanan cuma berbaki 10 minit.
Berdepan Villarreal pula, Ronaldo pula yang menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan.
Ya, sememangnya kemenangan sebegini cukup menghiburkan dan memberikan rasa teruja tetapi sampai bilakah ia mampu berlanjutan? Sepanjang musim? Tidak mungkin sama sekali.
Leicester jelas sekali mendedahkan segala kepincangan yang United cuba sembunyikan, cuma kali ini mereka tidak lagi mampu membalas.
Adakah Ronaldo satu beban untuk pasukan?
Jawapannya tidak, belum lagi. Tetapi jika dia berterusan memberikan persembahan seperti sewaktu menentang Leicester, dia pastinya akan menjadi beban.
Ronaldo tidak banyak melakukan larian. Dia juga tidak banyak memberi sumbangan daripada aspek bertahan dari barisan hadapan dan ini hanya akan memberikan lebih banyak tekanan kepada semua ahli pasukan yang lain untuk bekerja lebih kuat lagi demi menutup kekurangannya.
Satu lagi masalah yang membelenggu United sejak sekian lama ialah tiadanya keserasian pemain tengah -- gandingan Paul Pogba dan Nemanja Matic kelihatan begitu rapuh ketika menentang Leicester, memberikan barisan pemain tengah Leicester yang diketuai Youri Tielemans satu perlawanan yang cukup selesa.
Dominasi Tielemans ini merupakan satu skrip berulang, di mana perkara yang sama turut berlaku sewaktu kedua-dua pasukan bertembung penghujung musim lalu tetapi nampaknya United langsung tidak belajar daripada kesilapan ini.
Masalah yang lebih besar adalah pelbagai gabungan pemain lain sudah dicuba, namun tidak ada satu pun yang benar-benar kelihatan menjadi.
United bakal berhadapan dengan Liverpool dalam perlawanan seterusnya dan peminat United harus boleh lupakan saja kemungkinan untuk terus menutup kelemahan ketika menjadi tuan rumah kepada Mohamed Salah dan rakan-rakan Ahad ini.
Soalan yang kita bicarakan sejak awal tadi wajar ditanyakan kepada Solksjaer sekali lagi: "Ole, berapa lama lagikah segala kelemahan ini akan berterusan? Berapa lama lagikah kamu mahu menyandarkan pada kenangan demi menutup segala kekurangan pasukan?"
Memori manis mampu bertahan hanya seketika apabila disajikan dengan kekalahan cukup pahit demi membuka mata.
Astro Arena
Mon Oct 18 2021
The Red Devils yang dilimpahi pemain yang cukup berbakat, kini dilihat tidak mempunyai sebarang kerjasama utuh mahupun strategi yang mantap dalam menguasai perlawanan.- Foto REUTERS
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Man United tewas kelab kerdil, Ten Hag 'naik angin'
Perlawanan itu seri tanpa jaringan menuju ke masa kecederaan sebelum Noah Holm menemui jaringan dengan berbaki beberapa saat.
Manchester United sambar Zirkzee
Zirkzee bersetuju menandatangani kontrak lima tahun dengan kelab Liga Perdana Inggeris itu termasuk pilihan lanjutan 12 bulan lagi.
Saya akan 'menikmati' masa dalam penjara - Patrice Evra
Evra kelihatan tidak mengendahkan situasi itu ketika dia menari di sekeliling gelanggang bola keranjang seolah-olah berada di dalam penjara.
EPL: Jonny Evans lanjut kontrak setahun lagi di Manchester United
JONNY Evans melanjut tempohnya di Manchester United sehingga penghujung musim depan selepas menandatangani kontrak lanjutan setahun.
Michael Olise dedah faktor tolak Man United, Chelsea sebelum sertai Bayern
Bayern mengesahkan pembelian Olise bernilai GBP52 juta dari Crystal Palace dengan perjanjian lima tahun pada Ahad.
EPL: Erik ten Hag gembira lanjut kontrak di Manchester United
Manchester United mengesahkan Erik ten Hag telah menandatangani lanjutan kontrak yang akan bertahan hingga penghujung musim 2025-26.
Hasrat Dan Ashworth sertai Manchester United tercapai
Manchester United telah memuktamadkan pelantikan Dan Ashworth sebagai pengarah sukan baharu.
EPL: Man Utd kurang senang Erik ten Hag 'mulut tempayan'
Erik ten Hag dilaporkan telah menyinggung perasaan pihak atasan di Manchester United berikutan pendedahan mengenai rundingan mereka di Ibiza.
Ten Hag sahkan Manchester United cari pengurus lain
Pada akhirnya kelab itu membuat kesimpulan bahawa mereka mempunyai jurulatih terbaik, kata Ten Hag merujuk pada diri beliau.
EPL: Jadon Sancho akan dijual, Man Utd cari pemain baru
Menerusi perbincangan yang diadakan, pemain berusia 24 tahun itu tetap akan dijual musim panas ini.