TOTTENHAM melepaskan Cristian Stellini daripada jawatan ketua jurulatih sementara dan menggantikannya dengan Ryan Mason selepas diaibkan dengan kekalahan 1-6 di tangan Newcastle United hujung minggu lalu.
Stellini dilantik sebagai pengurus interim berikutan pemergian Antonio Conte bulan lalu tetapi bekas penolong jurulatih pasukan itu tidak dapat mengubah nasib Spurs dalam usaha mereka untuk melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.
Tottenham ketinggalan 0-5 dalam 21 minit pertama perlawanan berdepan pesaing penamat empat teratas, Newcastle, dan mereka menjadi pasukan kedua tercepat dibolosi lima gol dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL).
Ia juga merupakan kali pertama Spurs tewas dengan perbezaan lima gol dalam saingan liga selepas kali terakhir dibelasah 0-5 oleh Liverpool pada 2013, sekali gus ketinggalan enam mata di belakang pasukan di tangga ketiga, Newcastle, biarpun sudah beraksi lebih satu perlawanan.
Dengan Stellini hanya dapat melakar satu kemenangan daripada empat perlawanan sejak menggantikan Conte, Pengerusi Spurs, Daniel Levy, memilih untuk sekali lagi mengubah ketua jurulatih pasukan itu buat kali kedua dalam tempoh sebulan.
Untuk rekod, Mason sebelum ini pernah menjadi pengurus interim Spurs selepas pemergian Jose Mourinho pada 2021, di mana mereka tewas 0-1 kepada Manchester City dalam final Piala Liga Inggeris (EFL).
Dia akan memulakan tugasnya dengan berdepan Manchester United awal pagi Jumaat ini, pada ketika The Red Devils akan turun ke Stadium Tottenham Hotspur dengan kelebihan enam mata dan dua perlawanan dalam tangan. - Stadium Astro
Astro Arena
Tue Apr 25 2023

Stellini dilantik sebagai pengurus interim berikutan pemergian Antonio Conte bulan lalu. - Foto AP
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

EPL: Tottenham ganti Stellini dengan Mason selepas diaibkan Newcastle
Stellini digantikan dengan Ryan Mason selepas diaibkan dengan kekalahan 1-6 di tangan Newcastle United hujung minggu lalu.

Son dibawa masuk tepat pada masa - Stellini
Son diletakkan di bangku simpanan untuk kemenangan semalam, ketika Spurs bergelut menewaskan West Ham dan mara ke empat teratas EPL.