HARVEY Elliot dipuji selepas sentiasa memberikan ancaman buat lawan sewaktu Liverpool tewas 5-0 di tangan Aston Villa dalam aksi suku akhir Piala EFL, awal pagi tadi.
Elliot, 16, menyinar tatkala skuad termuda Liverpool mencatat kekalahan di Villa Park.
Pemain sayap muda itu telah melakukan tiga penampilan bersama skuad senior dalam Liga Perdana Inggeris dan Neil Critchley, jurulatih pasukan B-23 yang mengendalikan pasukan selepas Jurgen Klopp dan pemain utama bertolak ke Qatar bagi menghadapi saingan Piala Dunia Kelab, berkata Elliot semakin hampir untuk menyertai pasukan utama juara Eropah itu.
"Dia semakin hampir kerana telah berlatih dengan skuad utama secara kerap," katanya.
"Dia telah menerima pendedahan bersama skuad utama, pengurus dan staf pasukan banyak memikirkan tentangnya. Saya fikir dia kerap memberi ancaman sepanjang perlawanan dan ia memberi petanda baik buat kami. Namun, dia mengharapkan ramai pemain memberikan bola kepadanya dan saya fikir khidmat untuk dia juga sangat bagus.
"Saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa kerana melihatnya secara kolektif, seluruh pasukan termasuk barisan simpanan. Saya fikir kami bermain seperti Liverpool dan ia sangat penting.
"Kami bercakap tentang sesuatu yang patut kami kawal sebelum perlawanan, ia penting buat kami. Baik atau tidak, kami tidak akan berhenti. Saya tidak fikir anda boleh mengecam mana-mana pemain Liverpool dan mengecewakan mereka. Mereka sendiri terdesak."
Tatkala barisan muda Liverpool menampilkan permulaan cemerlang, mereka ketinggalan 3-0 sebelum rehat selepas dua gol daripada Jonathan Kodjia serta satu jaringan daripada Conor Hourihane sebelum ditambah dengan gol sendiri Morgan Boyes.
Critchley mendedahkan Klopp menghantar pesanan pada waktu rehat kepada pasukan untuk terus memberi asakan walaupun ketinggalan sebelum Wesley menyumbat gol kelima Villa dalam waktu kecederaan.
"Kami menerima sedikit maklumat daripada pengurus untuk terus beraksi seperti biasa, tampil dengan garang," tambahnya.
"Jadi, dia memantau perlawanan itu bersama staf dan pemain, saya juga harapkannya. Saya pasti dia berbangga dengan corak permainan kami."
Klopp dan anak buahnya akan berdepan Monterrey dalam aksi separuh akhir Piala Dunia Kelab, awal pagi esok.
Astro Arena
Wed Dec 18 2019
Elliot menyinar tatkala skuad termuda Liverpool mencatat kekalahan di Villa Park. - Astro ARENA
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Elliot hampir jadi pemain utama Liverpool
Pemain sayap muda itu telah melakukan tiga penampilan bersama skuad senior dalam Liga Perdana Inggeris.