Pengendali skuad kebangsaan, Dollah Salleh memberi amaran kepada anak buahnya supaya mengelak daripada melakukan kesilapan apabila bertemu juara tiga kali, Thailand pada perlawanan kedua kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Jalan Besar, di sini, pada Rabu.
Katanya beliau menyedari kekuatan pasukan 'Gajah Perang' itu yang semakin menyerlah dengan kemunculan banyak pemain muda berbakat pada setiap edisi kejohanan bola sepak dwitahunan itu.
"Perlawanan menentang Thailand pastinya sukar kerana mereka antara pasukan pilihan untuk merangkul kejuaraan kali ini tetapi kami sudah bersedia untuk berdepan mereka.
"Saya harap segalanya akan menjadi dan kita akan mempamerkan permainan terbaik menentang Thailand esok," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pengurus pasukan, di sini pada Selasa.
Dollah juga menggesa anak buahnya supaya mengelak daripada mengutip sebarang kad seperti yang berlaku dalam aksi pembukaan menentang Myanmar, Ahad lepas, menyebabkan pemain tengah Gary Steven Robbat diarah keluar padang oleh pengadil dari Turkmenistan, Kurbanov Charymurat selepas dilayangkan dua kad kuning.
Dalam pada itu, penyerang veteran negara, Mohd Safee Sali yang dijangka berganding dengan Norshahrul Idlan Talaha pada aksi menentang Thailand esok, tekad membuktikan sentuhan magisnya belum hilang walaupun banyak menghabiskan masa di bangku simpanan.
Pemenang anugerah Kasut Emas pada edisi 2010 itu berkata masalah stamina bukan menjadi kebimbangannya, namun lebih kepada mendapatkan semula keyakinan diri selepas disisihkan dalam beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa sebelum ini.
"Saya tidak mahu meletakkan tekanan kepada diri sendiri. Saya hanya datang (ke sini) untuk membantu pasukan negara mencapai keputusan positif.
"Alhamdulillah, semua berjalan lancar buat saya ketika ini dan lebih penting, saya bebas daripada sebarang kecederaan," kata penyerang kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu selepas sesi latihan skuad negara di venue berkenaan, Selasa.
Sementara itu, penolong ketua jurulatih Thailand, Kairung Threejagsang menggesa pemain mudanya untuk menggandakan usaha apabila bertemu Malaysia walaupun mereka adalah pasukan pilihan untuk menjuarai kejohanan berkenaan.
Beliau berkata kemenangan ke atas pasukan Malaysia akan mencerahkan peluang mereka untuk mara ke pusingan seterusnya.
"Kebanyakan pemain Malaysia terdiri daripada pemain muda dan berpengalaman, sama seperti kami, jadi kami perlu berhati-hati apabila berdepan mereka.
"Saya cukup yakin kami boleh mencatat satu lagi kemenangan jika mereka menampilkan prestasi yang sama ketika menentang Singapura sebelum ini," kata Kairung.
Juara bertahan, Singapura yang tumpas 1-2 kepada Thailand dalam perlawanan pembukaan di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub pada Ahad lepas, akan berdepan Myanmar pada perlawanan kedua di venue yang sama.
Bernama
Wed Nov 26 2014
Dollah juga menggesa anak buahnya supaya mengelak daripada mengutip sebarang kad seperti yang berlaku dalam aksi pembukaan menentang Myanmar, Ahad lepas - Foto Bernama
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
G7 desak pemain serantau di Asia Barat bertindak cermat dalam krisis
Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) mengulangi kebimbangan mereka terhadap krisis di Asia Barat dan menyeru pemain serantau supaya bertindak dengan bertanggungjawab serta berhemah.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
AS sokong operasi Israel di Lubnan meski risiko meluaskan konflik
Pentadbiran Joe Biden menyatakan bahawa adalah wajar untuk Israel meneruskan serangan darat dan udara terhadap Hezbollah buat masa ini, menurut jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Matthew Miller.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo, pada masa ini terdapat banyak perbincangan, tidak hanya antara syarikat-syarikat di negara serantau malah dunia berhubung perkara itu.
Lawatan negara Anwar ke Pakistan raih potensi perdagangan RM2.65 bilion - Tengku Zafrul
Pakistan turut beri komitmen untuk tingkat import minyak kelapa sawit dari Malaysia dan import produk berasaskan kayu, baja, petrokimia.
Tiada potensi penyelesaian diplomatik konflik Israel-Palestin
PM Anwar Ibrahim akui usaha diplomatik gagal hentikan kekejaman Israel di Palestin dan Lubnan, menyalahkan sokongan kuat dari Amerika Syarikat sebagai punca.
Jangan 'tangkap muat' pemain warisan - Dollah
Pemilihan pemain warisan untuk menyarung jersi Harimau Malaya perlu dilakukan secara teliti supaya matlamat memperkuatkan pasukan kebangsaan tercapai.
Semangat pasukan era 70-an kembali dalam Harimau Malaya - Dollah Salleh
Katanya, aksi yang diperagakan Harimau Malaya juga membawanya mengimbau kembali ke zaman kegemilangan bola sepak tanah air pada 1970-an.
Piala Asia: Sikap terburu-buru hukum barisan negara - Dollah Salleh
Dollah Salleh menyimpulkan punca kekalahan ialah skuad Malaysia terlalu ghairah memburu gol selepas dibolosi pada minit ke-12.
Piala Asia: Dion Cools, Matthew Davies pilihan Dollah sarung lilitan kapten
Ia memerlukan seorang pertahanan yang boleh mengarahkan dan berpesan kepada rakan sepasukan, kata Dollah.
Samassa, Rowley cemerlang bantu Tok Gajah benam Negeri Sembilan
Mamadou memainkan peranan penting apabila banyak menyelamatkan gawang daripada dibolosi dan Rowley hampir menjaringkan hatrik.
Dollah Salleh terlibat nahas jalan raya
Kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu membabitkan MPV yang dinaiki tujuh orang penumpang serta dipandu oleh seorang lelaki berusia 34 tahun.
Mengenang Shebby: Tangisan, pelukan iringi perjalanan akhir legenda bola sepak
Jasad legenda bola sepak negara, Serbegeth Singh selamat disemadikan di Pusat Pembakaran Mayat di ibu kota pada petang Jumaat.
'Mulut bising' Shebby masih terngiang-ngiang di telinga Dollah
Pemergian Serbegeth Singh dikenang rakan seperjuangan, Dollah Salleh.
Isu kecederaan belenggu Sri Pahang lawan Kedah Darul Aman
Tok Gajah kehilangan khidmat Baqiuddin Shamsudin, Helmi Eliza, lebih-lebih lagi ketiadaan pengaruh Nor Azam Azih.
Pemain naturalisasi: Jangan tangkap muat lagi, kata Dollah
Jika ia demi kepentingan bola sepak negara, keputusan untuk menghentikan seketika projek itu membawa kepada pelbagai persoalan.