KUALA LUMPUR: Pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei mengakui kurang fokus ketika perlawanan menjadi punca beliau dan pasangannya, Chen Tan Jie gagal mengekalkan prestasi pada Terbuka Hong Kong 2023, baru-baru ini.
Beliau berkata jurulatihnya, Rexy Mainaky turut mengingatkan mereka supaya lebih memberi tumpuan dalam setiap perlawanan bagi mengelak daripada melakukan kesilapan yang boleh membawa kepada kekalahan pada Sukan Asia Hangzhou 2022.
"Kami memang perlu lebih fokus, jurulatih (Rexy) pun memang ada marah sebab kita tidak fokus dalam gelanggang jadi untuk kurangkan kesilapan itu, fokus sangat penting," katanya selepas menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, di sini pada Selasa.
Baru-baru ini, Ee Wei-Tan Jie, yang kini menghuni ranking kesembilan dunia, menduduki tempat ketiga di Terbuka China pada awal September, gagal menampilkan aksi konsisten apabila tewas di tangan gandingan China, Guo Xin Wa-Wei Ya Xin 21-18, 12-21, 19-21 pada pusingan kedua Terbuka Hong Kong.
Dalam pada itu, Ee Wei berkata persiapannya ke temasya empat tahun sekali itu berjalan lancar.
Menurutnya kehadiran beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie ke kem latihan pusat di ABM banyak membantu beliau dan pasangannya untuk membuat persiapan ke Sukan Asia buat pertama kali itu.
"Saya seronok banyak 'sparring' di sini jadi saya boleh belajar sebanyak mungkin daripada rakan-rakan yang turut sama berlatih, ini temasya pertama saya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2023
![Ee Wei akui perlu lebih fokus di gelanggang Ee Wei akui perlu lebih fokus di gelanggang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687675146_ChenTangJie.jpg)
Pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei mengakui kurang fokus ketika perlawanan menjadi punca beliau dan pasangannya, Chen Tan Jie gagal mengekalkan prestasi pada Terbuka Hong Kong 2023, baru-baru ini. - Foto BERNAMA
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350574_ExistsUngu.jpg)
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
KKM peruntukkan RM21.5 juta naik taraf 58 klinik daif Sabah
KKM memperuntukkan RM21.5 juta untuk menaik taraf 58 klinik kesihatan daif di seluruh negeri Sabah.
![Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720338475_TokMatseremban.jpg)
Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad
Menteri Luar mengesahkan Malaysia telah menyerahkan nota diplomatik kepada PBB bagi menegaskan kedaulatan negara ini, susulan tuntutan Filipina terhadap Sabah.
![Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei panik - Rexy Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei panik - Rexy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704467137_RexyMainaky.jpg)
Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei panik - Rexy
Rexy berkata Tang Jie-Ee Wei dilihat tergopoh-gapah untuk mencuri mata daripada pihak lawan, dalam saingan berlangsung di Axiata Arena itu.
![Prestasi cemerlang Tang Jie-Ee Wei beri saingan sengit dalam beregu campuran negara Prestasi cemerlang Tang Jie-Ee Wei beri saingan sengit dalam beregu campuran negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681573017_TangJieEeWei.jpg)
Prestasi cemerlang Tang Jie-Ee Wei beri saingan sengit dalam beregu campuran negara
Malaysia kini mempunyai beberapa pasangan campuran negara yang mempamerkan aksi konsisten ketika berada dalam gelanggang.
![BAM 'restu' keputusan Toh Ee Wei BAM 'restu' keputusan Toh Ee Wei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/81534597779_PEARLYTANTOHEEW.jpg)
BAM 'restu' keputusan Toh Ee Wei
Wong Choon Hann berkata tidak adil jika BAM mendesak dengan menetapkan jangka masa tertentu untuk Ee Wei kembali berlatih.