AVEIRO, PORTUGAL: Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua dalam apa yang disebut berkemungkinan penampilan antarabangsa terakhirnya di tanah air apabila Portugal menewaskan Ireland 3-0 dalam perlawanan pemanas badan terakhir Euro 2024 pada Selasa.

Pasukan tuan rumah mendahului pada minit ke-18 apabila Joao Felix menjaringkan gol berikutan sepakan sudut pendek yang dilakukan dengan baik sebelum empat minit kemudian Ronaldo merembat sepakan percuma.

Pemain berusia 39 tahun itu melencongkan gol cemerlang dengan kaki kirinya pada awal babak kedua sebelum menambah satu lagi pada minit ke-60 menjadikan jumlah keseluruhan 130 gol antarabangsa dalam 207 penampilan untuk negaranya.

Terdapat spekulasi bahawa Ronaldo, yang bermain di Euro pertamanya pada 2004 dan memenangi kejohanan itu pada 2016 mungkin akan menamatkan karier antarabangsanya atau bersara daripada kerjaya sebagai pemain bola sepak selepas kejohanan tahun ini di Jerman.

Portugal memulakan kempen Kumpulan F Euro 2024 menentang Republik Czech di Leipzig dalam masa seminggu sebelum berdepan Turki dan Georgia.