KUALA LUMPUR: Malaysia berkemungkinan besar akan diwakili oleh dua atlet, seorang lelaki dan seorang wanita di Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, yang dijadualkan dari 4 hingga 20 Feb tahun hadapan.
Tepat 50 hari sebelum upacara pembukaan Beijing 2022, Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) Moira Tan berkata atlet ski berpangkalan di Amerika Syarikat Jeffrey Webb dan Aruwin Salehhuddin, bersedia untuk beraksi, Jeffrrey, 23, penyertaan keduanya di Olimpik, pada ketika ini berlatih di Amerika Syarikat.
Manakala Aruwin, 17, telah memindahkan latihannya ke Crotia bagi berlatih bersama-sama peluncur ski yang terbaik di dunia, untuk penampilan sulungnya itu.
"Pengesahan terakhir akan diterima daripada pihak penganjur dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bulan hadapan, tetapi kedua-dua atlet ini hampir pasti akan beraksi di Beijing, walaupun acara masih belum dipastikan.
"Kami juga sedang mengintai peluang untuk acara skeleton, namun buat masa ini ranking masih terlalu jauh (untuk layak)," katanya ketika dihubungi hari ini.
Acara Skeleton adalah satu acara di mana pelumba berlumba dengan keadaan meniarap ke hadapan, di atas sebuah geluncur, pada kelajuan yang mencapai 130 kilometer sejam.
Malaysia, sebuah negara tanpa salji, mencipta sejarah dengan penampilan pertama di Olimpik Musim Sejuk tiga tahun lepas di Sukan Olimpik Pyeongchang, Korea Selatan menerusi Julian Yee dan Jeffrey.
Peluncur ais Julian, 25, menamatkan acara pada kedudukan ke-25 bagi acara perseorangan lelaki, manakala Jeffrey menduduki tempat ke-68 dalam acara 'giant slalom' lelaki, namun gagal menamatkan acara dalam slalom.
Bagaimanapun Mopira berkata, Julian mungkin tidak layak untuk menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk kali ini, selepas pandemik COVID-19 menyebabkan persediaan peluncur ais berpangkalan di Kanada terganggu dan tidak dapat menyertai banyak kejohanan kelayakan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 16 2021

Malaysia berkemungkinan besar akan diwakili oleh dua atlet, seorang lelaki dan seorang wanita di Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, yang dijadualkan dari 4 hingga 20 Feb tahun hadapan. - Gambar fail/REUTERS

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua atlet Malaysia ke Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022
Malaysia berkemungkinan besar akan diwakili oleh dua atlet, seorang lelaki dan seorang wanita di Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, yang dijadualkan dari 4 hingga 20 Feb tahun hadapan.