MAJLIS Sukan Negara (MSN) menyokong perancangan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) untuk membubarkan skuad kebangsaan selepas dua atlet mereka dikesan positif bahan terlarang jenis anabolic steroid.
Tindakan itu sebagai langkah terakhir bagi membendung penularan gejala itu dalam skuad negara, sekali gus mengelakkan sukan angkat berat di Malaysia berisiko lumpuh untuk jangka masa panjang.
Nadi Arena sebelum ini melaporkan dua atlet angkat berat negara, termasuk pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2018, Azroy Hazalwafie Izhar Ahmad, didapati terlibat dengan penggunaan bahan terlarang dan boleh dikenakan penggantungan maksimum selama empat tahun sekiranya didapati bersalah.
Kedua-dua atlet terbabit juga dilaporkan sedang menjalani penggantungan sepanjang proses siasatan berjalan.
Kes positif doping berkenaan sudah pasti akan mengundang risiko buat PABM memandangkan badan induk itu juga boleh digantung oleh Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF).
BACA: Doping: PABM rancang bubar skuad kebangsaan
BACA: Dua atlet angkat berat positif doping digantung serta-merta - PABM
Dalam satu temu bual bersama Nadi Arena, Pengarah Bahagian Persediaan Atlet MSN, Jefry Ngadirin, berkata: "Ia adalah satu tindakan yang wajar untuk membubarkan skuad kebangsaan. (Dengan itu) atlet akan pulang ke negeri masing-masing dan seandainya mereka mahu meneruskan latihan, biarlah ia diteruskan di negeri mereka.
"Apabila mereka sudah bersedia dan PABM juga dibenarkan untuk kembali bertanding di luar negara, kami akan membuat pemilihan dan menghantar mereka ke luar negara.
"Atlet dan jurulatih memegang tanggungjawab bersama dalam skuad kebangsaan.
"Sekiranya ada atlet di bawah kendalian mereka (jurulatih) terjejas atau didapati bersalah dalam isu doping seperti ini, maka keperluan jurulatih juga akan dilihat, sama ada khidmat mereka akan diteruskan atau ditamatkan. Kami akan membincangkannya dengan persatuan (PABM) dalam mesyuarat jawatankuasa kerja yang akan datang," katanya.
Astro Arena
Thu Sep 09 2021

Kes positif doping berkenaan sudah pasti akan mengundang risiko buat PABM memandangkan badan induk itu juga boleh digantung oleh Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF). - Foto Astro ARENA
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Doping: Hukuman sivil terhadap pesalah wajar dipertimbangkan
Atlet yang terlibat dikatakan hanya mementingkan diri sendiri hingga mengheret sukan itu ke tahap bakal dibubarkan.

Doping: MSN sokong bubar skuad angkat berat negara
Tindakan itu sebagai langkah terakhir bagi membendung penularan gejala itu dalam skuad negara, sekali gus mengelakkan sukan angkat berat di Malaysia berisiko lumpuh untuk jangka masa panjang.

Doping: PABM rancang bubar skuad kebangsaan
PABM kecewa kerana kes itu berlaku sewaktu kem latihan berpusat sehingga merancang untuk mengambil tindakan drastik.