Dalam usaha membendung kesalahan doping dalam kalangan atlet, kira-kira 1,500 sampel diuji semasa berlangsung Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 dari 18 Ogos hingga 2 Sept lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Perubatan dan Antidoping Majlis Olimpik Asia (OCA) Tan Sri Dr M. Jegathesan berkata sampel yang diambil sehingga hari terakhir temasya sukan tersebut masih diuji di Makmal Analisis Doping di Doha, Qatar.
Setakat semalam, OCA sudah mengumumkan dua atlet terbabit dengan kesalahan doping pada Sukan Asia ke-18 itu.
"Jumlah sampel diuji itu hampir sama dengan jumlah dilakukan pada edisi sebelum ini di Incheon, Korea Selatan. Kita masih menunggu beberapa lagi keputusan ujian tersebut.
"Kita akan hanya membuat laporan penuh mengenai kesemua perkara tersebut selepas ujian itu selesai. Pada masa sama apabila proses bagi setiap kes selesai, kita akan umumkan kes terbabit," kata Dr Jegathesan yang merupakan bekas atlet Malaysia, ketika dihubungi Bernama.
Bekas Raja Pecut Asia itu berkata selain daripada jumlah sampel yang diuji, penggunaan risikan dan penarafan risiko bagi sasaran ujian juga memainkan peranan penting dalam mengenal pasti penggunaan bahan terlarang dalam kalangan atlet.
Pada 24 Ogos lepas, OCA mengumumkan kes doping pertama pada Sukan Asia 2018, beberapa hari selepas temasya itu dibuka secara rasmi pada 18 Ogos, membabitkan atlet gusti Turkmenistan, Rustem Nazarov yang beraksi dalam kelas bebas 57kg lelaki.
Atlet berusia 24 tahun itu hilang kelayakan bersaing pada temasya sukan tersebut selepas diuji positif furosemide yang merupakan bahan terlarang di bawah kategori S5, agen diuretik dan pelindung dalam senarai bahan terlarang 2018 dikeluarkan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA), semasa ujian pra pertandingan dilakukan.
Semalam, OCA menarik balik pingat emas daripada atlet gusti Mongolia yang juga juara dunia, Orkhon Purevdorj dalam kelas bebas 62kg wanita selepas beliau diuji positif mengambil steroid anabolik semasa ujian doping pertandingan dijalankan.
Kesalahan doping itu tidak mengejutkan kerana pada bulan lepas, enam daripada 10 kes doping pada Temasya Sukan Dalam Dewan dan Seni Mempertahankan Diri Asia (AIMAG) 2017 di Ashgabat, Turkmenistan dilakukan atlet gusti.
Sejumlah enam kes doping dikenal pasti semasa Sukan Asia 2014, termasuk melibatkan atlet wushu Malaysia Tai Cheau Xuen, menyebabkan pingat emas dimenanginya dalam acara nanquan wanita ditarik balik selepas didapati positif menggunakan sibutramine.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 07 2018
Setakat Khamis, OCA sudah mengumumkan dua atlet terbabit dengan kesalahan doping pada Sukan Asia ke-18 itu. - Reuters
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hannah gesa atlet elak jalan singkat 'kejar' kekayaan
Katanya, kemenangan dalam sukan harus dicapai dengan bermaruah dan integriti agar kejayaan yang dikecapi dapat dibanggakan dan dihormati.
KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.
Penglibatan sebagai penganjur Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak
Belanja besar itu berbaloi kerana Kerajaan Persekutuan yakin dengan kemampuan Sarawak selepas kejayaan menganjurkan SUKMA dan Para SUKMA.
Woodball: Amsyar Sirhan impikan berada lima teratas bagi kategori terbuka lelaki
Beliau optimis dengan sasaran tersebut berdasarkan kemahiran bermain sukan itu sejak berusia 12 tahun lagi.
Nicol David dilantik sebagai duta pendidikan ITA
Katanya, beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk menjadi suri teladan kepada atlet muda di Malaysia dan seluruh dunia.
UiTM juara keseluruhan SUKIPT 2024
UiTM mengetepikan juara bertahan dua tahun lalu, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengumpul 38 emas, 19 perak dan 21 gangsa.
Sukan Paralimpik: Misi lengkapkan 10 emas bermula esok
Bermula esok, obor perjuangan kontinjen negara akan terus dinyalakan pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar
Anwar tegaskan setiap tindakan harus diambil berdasarkan bukti serta fakta, dan bukan mengikut persepsi semata-mata.
Sukma 2024: Selangor optimis capai kedudukan tiga teratas
Selangor turut meletakkan sasaran memenangi 13 hingga 15 peratus daripada keseluruhan 488 pingat emas yang dipertandingkan.
Hanya 20 peratus atlet terlibat program celik kewangan, persaraan - Shalin Zulkifli
Hanya 20 peratus daripada lebih 500 atlet kebangsaan yang menyertai program celik kewangan.