Jurulatih skuad Harimau Malaya Dollah Salleh tidak memandang rendah keupayaan Myanmar, yang menjadi lawan pertama skuad negara pada aksi pembukaan kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Jalan Besar, Singapura Ahad ini.
Pengendali kelahiran Melaka itu mengakui jentera serangan Myanmar, yang diketuai Kyaw Ko Ko, mampu memberi ancaman kepada skuad negara dan menuntut barisan pertahanan bekerja keras mengekang asakan penyerang kelab Yangon United FC itu.
"Saya dan (penolong jurulatih) Mohd Reduan Abdullah ke Laos baru-baru ini bagi melihat sendiri keupayaan pasukan bertanding (pada pusingan kelayakan Piala AFF Suzuki) dan saya akui Myanmar sebuah pasukan yang agak hebat.
"Bagi saya, kekuatan mereka di bahagian serangan dan saya nampak beliau (Kyaw Ko Ko) adalah tonggak utama pasukan Myanmar. Saya akan ingatkan pertahanan kita supaya awasi pemain ini," katanya selepas sesi latihan terakhir skuad negara di padang Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil di sini pada Khamis.
Dollah turut mengakui pemain masih cuba menyesuaikan diri dengan aksi di padang rumput tiruan bagi menghadapi dua perlawanan awal kumpulan B termasuk aksi kedua menentang Thailand pada 26 Nov di Stadium Jalan Besar.
"Pemain masih menyesuaikan diri dengan padang (tiruan) dan saya lihat ada peningkatan dalam kalangan pemain. Myanmar dan Thailand juga akan menghadapi perkara yang sama (beraksi di atas padang rumput tiruan) di Stadium Jalan Besar," katanya.
Malaysia hanya akan beraksi di padang rumput biasa di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub menentang Singapura pada 29 Nov ini.
Sementara itu, pemain veteran negara Mohd Shukor Adan menggesa rakan sepasukan mengutip tiga mata penuh dalam dua aksi awal menentang Myanmar dan Thailand bagi mencerahkan peluang skuad negara ke separuh akhir.
"Yang penting perlawanan menentang Myanmar dulu di mana kita perlu mencuri mata bagi menaikkan semangat untuk berdepan lawan seterusnya. Dalam bola sepak, apa-apa boleh berlaku, jadi yang penting pemain memberi fokus sepenuhnya," kata kapten kelab Felda United FC itu.
Berkongsi pandangan sama pemain tengah Harimau Muda A, Gary Steven Robbat berkata pemain begitu bersemangat bagi menghadapi edisi ke-10 kejohanan bola sepak membabitkan negara Asia Tenggara itu.
Pemain kelahiran Kedah itu turut mengakui persaingan sengit merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan negara, terutama di bahagian tengah, dan beliau bertekad menampilkan aksi terbaik jika diberi kepercayaan oleh jurulatih jika disenaraikan.
Skuad Harimau Malaya bakal berlepas ke Singapura pada Jumaat sebagai persiapan awal menghadapi kejohanan bola sepak dwitahunan itu.
Bernama
Fri Nov 21 2014
Jurulatih skuad Harimau Malaya Dollah Salleh mengakui pemain masih cuba menyesuaikan diri dengan aksi di padang rumput tiruan. - Gambar fail
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Jangan 'tangkap muat' pemain warisan - Dollah
Pemilihan pemain warisan untuk menyarung jersi Harimau Malaya perlu dilakukan secara teliti supaya matlamat memperkuatkan pasukan kebangsaan tercapai.
Semangat pasukan era 70-an kembali dalam Harimau Malaya - Dollah Salleh
Katanya, aksi yang diperagakan Harimau Malaya juga membawanya mengimbau kembali ke zaman kegemilangan bola sepak tanah air pada 1970-an.
Piala Asia: Sikap terburu-buru hukum barisan negara - Dollah Salleh
Dollah Salleh menyimpulkan punca kekalahan ialah skuad Malaysia terlalu ghairah memburu gol selepas dibolosi pada minit ke-12.
Piala Asia: Dion Cools, Matthew Davies pilihan Dollah sarung lilitan kapten
Ia memerlukan seorang pertahanan yang boleh mengarahkan dan berpesan kepada rakan sepasukan, kata Dollah.
Samassa, Rowley cemerlang bantu Tok Gajah benam Negeri Sembilan
Mamadou memainkan peranan penting apabila banyak menyelamatkan gawang daripada dibolosi dan Rowley hampir menjaringkan hatrik.
Dollah Salleh terlibat nahas jalan raya
Kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu membabitkan MPV yang dinaiki tujuh orang penumpang serta dipandu oleh seorang lelaki berusia 34 tahun.
Mengenang Shebby: Tangisan, pelukan iringi perjalanan akhir legenda bola sepak
Jasad legenda bola sepak negara, Serbegeth Singh selamat disemadikan di Pusat Pembakaran Mayat di ibu kota pada petang Jumaat.
'Mulut bising' Shebby masih terngiang-ngiang di telinga Dollah
Pemergian Serbegeth Singh dikenang rakan seperjuangan, Dollah Salleh.
Isu kecederaan belenggu Sri Pahang lawan Kedah Darul Aman
Tok Gajah kehilangan khidmat Baqiuddin Shamsudin, Helmi Eliza, lebih-lebih lagi ketiadaan pengaruh Nor Azam Azih.
Pemain naturalisasi: Jangan tangkap muat lagi, kata Dollah
Jika ia demi kepentingan bola sepak negara, keputusan untuk menghentikan seketika projek itu membawa kepada pelbagai persoalan.